Dr Mahathir melahirkan rasa kecewa terhadap Singapura yang menolak cadangan Malaysia membina jambatan baru bagi mengatasi kesesakan di Tambak Johor.
Projek jambatan kedua itu gagal kerana Singapura tidak bersetuju.
Justeru itu semasa Dr Mahathir menjadi PM ke 4 dari 1981 -2003, beliau mahu membina jambatan bengkok sebagai ganti. Kerana pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan Singapura sebab ia dibina dalam wilayah Johor.
Projek jambatan bengkok telah pun diluluskan dan siap untuk dibina semasa Dr Mahathir sebelum bersara pada 2003.
Namun bila Pak Lah Badawi mengambil alih jawatan PM, dia membatalkan projek tersebut.
Dan ini menimbulkan kemarahan Dr Mahathir sehingga hubungan keduanya menjadi tegang.
Begitu juga bila Najib Razak menggantikan Pak Lah, dia juga enggan meneruskan membina jambatan bengkok itu dengan alasan ia perlu mendapat persetujuan Singapura terlebih dahulu.
Kini Dr Mahathir kembali menjadi PM ke 7 - apakah dia akan meneruskan projek jambatan bengkok yang tertangguh itu?
Berita terkini melaporkan Dr Mahathir menuduh Singapura mahu membeli air dari Malaysia dengan harga yang murah tetapi tidak mahu memberi kerjasama bagi membina jambatan baru menghubungi kedua negara.
Singapura tentunya mempunyai alasan strategik menolak cadangan DrMahathir itu.
Namun apa pun yang masih membingungkan rakyat hingga sekarang ialah keputusan Dr Mahathir menarik balik rayuan Malaysia di Mahkamah Antarabangsa mengenai tuntutan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca yang kini menjadi milik Singapura.
Semasa era Najib Razak, Malaysia telah mengemukakan rayuan setelah ditemui bukti-bukti baru bagi menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik Malaysia.
Sehingga hari kerajaan pimpinan Dr Mahathir tidak menjelaskan sebab dan faktor penarikkan balik rayuan tersebut setelah ia difailkan di Hague.
Rakyat perlu mengetahui alasan penarikkan balik rayuan tersebut setelah sebelum ini dilaporkan Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara telah menemui dan memiliki bukti baru dalam bentuk surat dokumen yang ditemui di London.
Apa pun nasi sudah jadi bubur. Kerana tempoh rayuan tersebut telah pun tamat.
Namun rakyat masih berhak mengetahui sebab dan faktor Dr Mahathir menarik balik rayuan tersebut.
Pulau Batu Putih kini adalah wilayah Singapura.