Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam, berucap dalam dewan rakyat bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mempunyai kuasa berbanding Menteri Ekonomi, Azmin Ali.
Wee menambah, Guan Eng boleh dianggap hanya sebagai penyimpan buku kira-kira sahaja. Ertinya, walaupun sebagai Menteri Kewangan - Guan Eng tidak mempunyai banyak kuasa.
Tidak seperti Azmin yang diberi kepercayaan oleh Tun Mahathir sebagai Menteri Ekonomi. Hujahnya lagi banyak agensi terutama Khazanah Nasional yang dahulunya berada dibawah Kementerian Kewangan telah dipindahkan dibawah kuasa Menteri Ekonomi.
Yang terbaru pula, bila Tun Mahathir menjawab soalan dalam Parlimen daripada Zahid Hamidi berkaitan Kementerian Kewangan - Wee mempersoalkan kenapa Tun M menjawab bagi pihak Guan Eng dan bukan Guan Eng yang menjawab soalan tersebut.
Sekali lagi Wee seolah ingin membuktikan bahawa Guan Eng adalah seorang Menteri Kewangan yang tidak mempunyai taring dan berkuasa dalam kabinet.
Apa pun dakwaan Wee tersebut terhadap Guan Eng sebenarnya hanya terkena dimuka parti Umno yang menjadi rakan sekutu MCA dalam Barisan Nasional.
Kerana selama ini baik sebelum Pru14 dan selepasnya, Umno setiap masa dan sepanjang hari membawa isu bahawa Tun M dan parti Bersatu adalah hanya alat tunggangan DAP dalam politik negara.
Umno seolah tiada isu lain lebih utama dan penting selain menuduh DAP lah yang sebenarnya berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan dan bukannya Tun M atau parti Bersatu, Amanah atau parti PKR.
Tetapi dengan dakwaan Wee itu dalam Parlimen sayugia membuktikan dengan jelas bahawa tuduhan Umno yang DAP sebenarnya lebih berkuasa daripada Tun M dalam kerajaan PH adalah tidak benar sama sekali.
Tun M dan kerajaan PH sepatutnya berterima kasih kepada Timbalan Presiden MCA itu yang telah menjelaskan dan menjernihkan segala keraguan yang telah ditimbulkan Umno kini dan mungkin selamanya. Kerana hanya isu itu sahaja yang ada pada Umno bagi memburukkan imej DAP demi survival Umno dikalangan para pengundi.
Pada para pemimpin Umno khasnya amatilah ucapan Wee Ka Siong itu dengan teliti. Segala tuduhan dan cemuhan terhadap DAP sudah pun dirungkaikan dengan terang benderang oleh orang nombor 2 MCA itu.

Wee Ka Siong |

Lim Guan Eng |