Rabu, 31 Mei 2017

Pakatan Harapan Tidak Bersatu

KALU ikut cakap-cakap rakyat dibawah kedudukan kerajaan Najib Razak pasti tidak akan berkuasa lagi selepas PRU14.

Banyak isu-isu ekonomi, politik dll. tidak begitu menyebelahi Umno/BN.

Namun segala cakap dan ramalan itu sekadar tinggal cakap-cakap sahaja.

Ada kelihatan kerajaan Najib akan terus kekal berkuasa selepas PRU14 nanti.

Soal majoriti kemenangan sudah tidak penting lagi. Majoriti kecil pun sudah memadai bagi membentuk kerajaan pusat.

Kerajaan BN seperti biasa mempunyai banyak "senjata" bagi memastikan kemenangan dalam PRU kelak.



Apa lagi Pakatan Harapan kelihatan tidak begitu mantap. Masih ada penyakit tidak bersatu dan mempunyai pendirian berbeza-beza dalam beberapa isu dalaman dikalangan mereka.

Isu pertambahan pengundi yang begitu mendadak dibeberapa kawasan menguatkan lagi ramalan Pakatan Harapan tidak ada harapan membentuk kerajaan. Isu pertambahan dan pemindahan pengundi secara mengejut ke beberapa kawasan tidak mungkin dapat diselesaikan menjelang PRU14.

SPR sendiri mempunyai hujah dan alasan bagi mempertahankan pihaknya dalam isu ini.

Malaysia masih perlu tunggu lagi beberapa tahun ke hadapan untuk melihat parti pembangkang mengambilalih Putrajaya. Ia tidak akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Kecuali pilihanraya dijalankan secara adil, saksama dan bersih di atas padang sama rata. Namun suasana ini tidak akan berlaku. Semuanya akan berjalan dalam penuh muslihat dan sepak terajang bagi menjatuhkan pihak lawan.