UMNO telah melakukan sedikit perubahan dengan melantik Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan parti menggantikan Ahmad Maslan dan satu dua perlantikkan baru bagi mengemaskan jentera parti.
Penulis pojok Awang Selamat menulis kolumnya dalam Mingguan Malaysia berpendapat perubahan itu sepatutnya dilakukan lama dahulu dan lebih awal lagi. Ertinya, langkah perubahan tersebut agak terlewat.
Umno kini menghadapi krisis keyakinan dikalangan ahli partinya sendiri. Seperti kata Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Umno sedang menghadapi defisit keyakinan.
Annuar Musa merupakan tokoh lama dalam parti sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas menteri kabinet dan seorang yang petah bercakap.
Kini bukan sahaja parti Umno menghadapi imej negatif akibat isu-isu sensitif yang dihadapi pimpinan negara malah kesan serius menimpa imej Presiden parti merangkap Perdana Menteri. Ertinya, imej parti dan kewibawaan Presiden sedang dalam ujian yang amat perit.
Bolehkah sekadar Annuar Musa memulihkan imej Presiden dan parti yang begitu terjejas teruk ?
Perubahan yang dilakukan parti dengan beberapa perlantikkan baru tidak akan mampu merubah dan memulihkan imej parti yang sedang menghadapi cabaran paling besar sejak PRU13 dulu.
Sebaliknya kedudukan Presiden; imej, ketelusan, kecekapan, kewibawaan dan sebagainya menjadi fokus perhatian dari dalam dan luar parti. Imej Presiden lah menjadi minat dan tumpuan semua pihak.
Apakah Presiden parti mampu memulihkan imejnya yang telah tercalar agak teruk dengan isu-isu sensitif menyelubungi dirinya ? Segalanya banyak bergantung pada langkah dan tindakannya seterusnya bagi menghapuskan defisit yang sedang dihadapi parti dan kerajaan.
Satu dua perubahan dalam jawatan parti tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhannya. Apa yang lebih penting dan utama adalah sikap dan tindakan Presiden yang boleh menyakinkan ahli parti dan rakyat seluruhnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada parti, pada Presiden dan negara secara menyeluruh.

Tan Sri Annuar Musa |