Sabtu, 1 Julai 2017
Isu DOJ Kerajaan Mesti Bertindak Balas
LANGKAH DOJ (Jabatan Keadilan Amerika) mahu merampas harta yang mempunyai kaitan dengan dana 1MDB yang dituduh bersumber dari wang pengubahan haram atau money laundering telah menjejas imej bangsa dan negara.
Namun setakat ini tiada respons atau tindak balas kerajaan selain menuduh ianya sebagai mainan politik dan percubaan campur tangan asing menjelang PRU14.
PM Najib Razak seperti sedia maklum bersikap bisu tidak membuat sebarang kenyataan secara tegas dan jelas.
Sebaliknya yang menjawab bagi pihak Najib adalah menteri-menteri cap ayam seperti Salleh Keruak, Rahman Dahlan, Annuar Musa dan lain-lain.
Jawaban-jawaban mereka pun tidak boleh dipakai dan memberi sebarang keyakinan pada rakyat khasnya.
Sekiranya dibandingkan di era Dr Mahathir (1981-2003) isu seperti ini yang mencabar maruah bangsa maka tindak balas adalah ditahap maksimum.
Seluruh ahli parti serta rakyat akan bangkit beramai berdemo tanda protes dan menyerahkan surat bantahan di kedutaan negara berkenaan.
Sekadar contoh bila PM Lee Kuan Yew menuduh bandar Johor Baharu sebagai kota ' penjenayah' maka semua bangkit seluruh negara mengadakan protes bantahan terhadap kenyataan Kuan Yew itu. Mereka berdemo diseberang Tambak Johor.
Akhirnya isu ini selesai setelah Lee memohon maaf.
Banyak lagi peristiwa seumpamanya berlaku yang mencabar maruah bangsa namun respons dan tindak balas amat tegas dan pantas. Bukan lembab seperti zaman Najib.
Tetapi era Najib, isu remeh temeh dijadikan isu besar dan dimanipulasi kononnya demi maruah bangsa sehingga mahu menumpahkan darah! Bodoh!!
Mana dia Jamal Yunus dan puak baju merah serta pemuda Umno tidak tercabarkah maruah mereka di atas tuduhan DOJ itu?
Apakah hanya memadai memberi jawaban dan kenyataan-kenyataan bodoh untuk membela MO1?
Siapakah MO1 itu?
Rahman Dahlan cakap MO1 itu adalah Najib Razak.
Rahman Dahlan cakap bukan saya cakap!

Jumaat, 30 Jun 2017
Cyber Trooper Umno Tidak Kompeten
BLOGGER pro Najib dan Umno sering menunggu apa saja berita untuk di spin terhadap Dr Mahathir Mohamad.
Yang terbaru ada komen entah daripada siapa dalam FB menulis perkataan Wali sebagai gelaran pada Dr Mahathir. Tentunya pengomen itu seorang yang memuja Dr Mahathir.
Kita tidak pasti apa latarbelakang si pengomen itu dan apa taraf pendidikkannya sehingga mengangkat Dr Mahathir bertaraf wali.
Biasanya kalau komen yang bertaraf separuh matang atau kurang masak tidak perlulah dilayan. Apa lagi ditulis seorang yang kita tidak tahu level pemikirannya.
Tetapi dalam kes ini sungguh melucukan kerana ia mendapat respons dan reaksi balas daripada pegawai khas JASA(Jabatan Hal Ehwal Khas) . Dan disambut oleh para pro blogger Umno.
Kes si polan ini yang komen menggunakan perkataan wali adalah satu isu remeh temeh. Pertama, dia bukan ada jawatan apa-apa dan bukan ahli politik. Mungkin dia seorang pemuda berniaga di pasar malam atau sebagainya. Buat apa layan tulisannya itu?
Nampak sangat rendahnya standard dan level pegawai JASA dan para blogger pro Umno. Tidak ada isu lainkah yang lebih utama dan serius untuk beri pencerahan isu-isu semasa yang lebih relevan?
Kalau begini lah level para cyber trooper Najib, maka sah lah tuduhan selama ini bahawa mereka semua tidak kompeten dan hanya pemakan dedak.

Isnin, 26 Jun 2017
Tugas AG Untuk Negara Bukan Parti
JANGAN marah saja nak tanya, apakah Peguam Negara sekarang, Tan Sri Apandi Ali memang layak dan kompeten menjawat sebagai Peguam Negara?
Atau perlantikannya hanya berdasarkan tangan-tangan politik?
Sejak memegang jawatan Peguam Negara (AG) menggantikan Tan Sri Gani Patail, beliau dilihat tidak begitu kompeten berbanding AG terdahulu.
Banyak kenyataan akhbarnya dan reaksi balas bersabit isu-isu nasional berkaitan perundangan lebih menimbulkan persoalan dari jawaban.
Memang Apandi Ali dilihat tidak seperti AG terdahulu seperti, Tun Salleh Abbas, Tan Sri Abu Talib Othman, Tan Sri Mohtar Abdullah dan terakhir Tan Sri Gani Patail.
Mereka semua ketika menjadi AG memperlihat dan kelihatan seorang AG yang berwibawa sebagai pengamal undang-undang.
Dan mereka semua bukan ahli parti politik atau terlibat secara langsung aktiviti parti termasuk memegang jawatan dalam parti.
Apandi Ali pernah bertanding dalam pilihan raya sebagai calon Umno di Kelantan. Dia juga pernah pegang jawatan parti diperingkat bahagian.
So ini lah problemnya sekarang bila dia kini seorang AG! Segala tindakannya banyak menimbulkan berbagai persepsi umum.
Sepatutnya seorang AG yang dilantik perlu punya rekod bersih dari mempunyai kaitan atau pernah aktif dalam mana-mana parti politik.
Jawatan AG adalah besar dan penting demi kepentingan negara. Bukan untuk kepentingan sesuatu parti atau individu.
Salleh Abbas, Abu Talib Othman dan Gani Patail misalnya, mereka berkhidmat pada negara bukan parti atau individu.

![]() |
| Tan Sri Apandi Ali |

| Tun Salleh Abbas |
Dan mereka semua bukan ahli parti politik atau terlibat secara langsung aktiviti parti termasuk memegang jawatan dalam parti.
Apandi Ali pernah bertanding dalam pilihan raya sebagai calon Umno di Kelantan. Dia juga pernah pegang jawatan parti diperingkat bahagian.
![]() |
| Tan Sri Abu Talib Othman |
So ini lah problemnya sekarang bila dia kini seorang AG! Segala tindakannya banyak menimbulkan berbagai persepsi umum.
Sepatutnya seorang AG yang dilantik perlu punya rekod bersih dari mempunyai kaitan atau pernah aktif dalam mana-mana parti politik.
![]() |
| Tan Sri Mohtar Abdullah |
Jawatan AG adalah besar dan penting demi kepentingan negara. Bukan untuk kepentingan sesuatu parti atau individu.
Salleh Abbas, Abu Talib Othman dan Gani Patail misalnya, mereka berkhidmat pada negara bukan parti atau individu.
Ahad, 25 Jun 2017
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Pada hari raya semasa menjamu selera jangan terlalu ikut nafsu dengan makan dan minum secara berlebihan.
Makan dan minumlah dengan sederhana. Paling penting jangan makan sehingga terlalu kenyang.
Berhati-hati pemakanan yang terlalu manis dan berlemak kerana ia adalah punca segala penyakit.
Pendek kata kurangkan gula dan makanan berlemak.
Ingat fikiran yang cerdas adalah dari tubuh badan yang sihat.
Akhir sekali berhati-hatilah dijalanraya. Pandulah dengan cermat.

PAS Parti Konpius
PAS adalah satu parti keliru. Pemimpin tertinggi konpius dan para ahli lebih-lebih lagi terkonpius.
Tuan Presiden lebih mesra dengan Umno dan bersikap bisu dalam isu penipuan dalam 1MDB yang mendapat perhatian seluruh dunia.
Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man pula bersikap kritikal terhadap kerajaan Umno dalam menguruskan skandal 1MDB itu.
Nampak tidak seiring dan sehaluan Tuan Presiden dan Timbalan parti Isle itu dalam isu tersebut. Apo kono jang??
Ahli-ahli parti akar umbi cukup keliru dengan pendirian kedua pemimpin depa itu. Kerana sebahagian para ahli parti tidak dapat menerima Tuan Presiden depa lebih mesra dengan Umno.
Apakah ini gambaran awal parti Isle itu akan berpecah lagi setelah ianya berpecah sehingga melahirkan parti Amanah?
Kenapa Tuan Presiden cakap lain dan Timbalan Presiden pun cakap lain?
Apa depa berdua tak bertegur sapa kah? Atau memang tak berjumpa langsung? Tolong depa habaq mai!!
Kalau pun Tuan Presiden dan Timbalan tidak sehaluan dalam sesuatu perkara kenapa depa tak bincang dahulu atau berpakat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain.
Bincang dulu kan elok. Kan depa parti Isle. Jangan buat lagu tu, kesian depa dibawah jadi konpius.
Konpius tak apa. Takut jadi bengong!!

Sabtu, 24 Jun 2017
Rakyat Lebih Berkuasa
KABINET Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat skandal matawang asing Bank Negara pada tahun 1990an semasa era Dr Mahathir Mohamad yang melibatkan kerugian berbillion ringgit.
Kes ini sudah berlalu lebih 25 tahun. Dan kerajaan pimpinan Najib kelihatan begitu bernafsu mahu membongkar skandal ini ke akar umbi. Sedangkan sebelum ini tiada usaha dan minat untuk menyiasat kes tersebut.
Ini tentunya lebih bertujuan politik bagi mendiskreditkan imej Dr Mahathir yang kini berulang kali melabel Najib sebagai penyamun, pencuri, perompak dan penyangak dalam isu 1MDB yang kehilangan berbillion dollar dan telah mencemar imej negara seluruh dunia.
Apa kurangnya skandal forex di Bank Negara itu berbanding dengan 1MDB yang terang-terang mempunyai unsur penipuan dan salah guna kuasa mereka yang diberi tanggungjawab menguruskan syarikat pelaburan kerajaan itu.
Bezanya skandal forex itu 25 tahun dulu dan 1MDB baru beberapa tahun lepas sejak Najib berkuasa.
Kenapa tidak tubuhkan sama RCI bagi menyiasat isu 1MDB? Kerana ia lebih relevan dan seluruh rakyat lebih ingin mengetahui dan melihat para pengkhianat duit rakyat dibicarakan dan dihukum.
Kenapa sehingga sekarang akaun 1MDB tidak diaudit? Kerajaan mengakui pengurusan 1MDB lemah dan diurus mereka yang bertaraf mangkuk hayun. Kerajaan cuba mahu perbaiki kelemahannya.
Namun kerajaan kelihatan cuba mahu melindungi mereka yang terlibat dari diheret ke mahkamah.
Laporan Ketua Audit Negara berkaitan penyelewengan 1MDB sehingga sekarang tidak didedahkan pada umum dan diletakkan dibawah Akta OSA. Pada hal Najib sendiri berjanji pada awalnya untuk membentangkannya di parlimen. Ironinya, seluruh ahli parlimen tidak berpeluang untuk meneliti dan membacanya. Apa lagi untuk membahasnya.
Cerita bodoh apakah ini ?
Kerajaan boleh tubuhkan RCI bersabit skandal forex Bank Negara. Tapi dalam masa yang ia juga perlu lakukan perkara sama dalam skandal 1MDB.
Tidak perlulah pilih bulu. Tidak perlulah ada dua set undang-undang: satu untuk kerajaan dan satu untuk pembangkang.
Seperti yang berlaku pada SPRM sekarang ini yang begitu rajin menangkap perasuah dikalangan pegawai kerajaan dan orang awam sedangkan orang-orang politik kelas ikan Yu lepas bebas. Nampak sangat SPRM berani tangkap ikan bilis sahaja.
Keadaan ini tidak akan berubah sekiranya rakyat tidak tahu menggunakan kuasa yang ada pada mereka bagi melakukan perubahan dan reformasi seluruh institusi kerajaan dalam Pru 14 ini.
Ianya terpulang pada rakyat. Dan ini bersabit pada setakat mana kefahaman dan kesedaran mereka apa yang sedang berlaku dalam negara ini.

Rabu, 21 Jun 2017
Dato Senator Pemakan Dedak
SAYA tidak tahu nak ketawa atau berduka bila terbaca posting dalam Fb seorang Senator merangkap Ketua Bahagian Umno, dalam usahanya mempertahankan parti dan pimpinannya dalam isu semasa.
Postingnya ringkas saja dalam lebih kurang 5 hingga 7 baris ayat.
Dia seorang senator berkelulusan ijazah di universiti. Tapi postingnya tidak menggambarkan dia seorang yang berfikiran inteligen dan intelek. Ayat pun huru hara, tak ada noktah dan koma. Main sodok jer... haha...
Itu tak mengapa lah mungkin saja dia mahu simple kan benda yang kompleks.
Tapi yang yang peningkan saya ialah tidak mampunya dia menjawab, memberi penjelasan serta hujah yang bernas bila pengkomen2 mula hujah balas dan bertanya soalan isu-isu semasa yang berbangkit.
Bukan saja tak mampu berhujah malah ada soalan yang tidak terjawab langsung. Apa hal ini Dato? Malulah pada budak-budak dalam Fb itu.
Nampak sangat Dato Senator itu tidak mempunyai pengetahuan yang cukup. Jelas Dato ini memang malas membaca. Asyik main Fb jer barangkali.
Kalau inilah standard Dato, Senator dan Ketua Bahagian parti macam ini apa lah yang hendak diharapkan terutama generasi muda yang menjadi ahli dan pengikutnya?
Dan ini kah level penyokong tegar Presiden parti? Mungkin ini kah yang dikatakan pemakan dedak tegar sehingga tumpul dan tertutup minda?
Saya sengaja tidak mahu sebut namanya. Mahu jaga maruah dan aibnya.

Selasa, 20 Jun 2017
Tangkap Jho Low
ISU 1MDB mendapat tumpuan dan perhatian seluruh dunia. Tapi di Malaysia, kerajaan kelihatan tak ambil pot dan bersikap defensif.
Peliknya siapa saja menimbulkan isu ini akan menghadapi masalah terutama jika si polan yang persoalkannya datang dari kalangan parti berkuasa.
Tindakan akan diambil dalam berbagai cara. Lebih-lebih lagi lah mereka yang berada diluar kerajaan.
Kenapa kerajaan tidak selesaikan isu 1mdb ini secara telus - "once and for all" bagi jelas dan memuaskan semua pihak.
Mengapa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1mdb diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)??
Janji itu hari mahu dedahkan laporan tersebut. Apa yang mahu disembunyikan?? Ada siapakah yang mahu dilindungi?
Komon lah buka pada umum lah laporan tersebut bagi jelas isunya. Tak payah lagi ada main politik atau main persepsi di atas isu skandal yang memalukan sejarah negara ini.
Dan satu lagi siapa dia ni Jho Low yang tak dapat dipisahkan dengan 1mdb. Banyak sangat tuduhan terhadapnya menipu, mencuri duit 1mdb berbillion dengan berpoya-poya dan bermewah-mewah. Akhirnya imej negara dan kerajaan tercalar dan nama menjadi busuk.
Susah sangat kah nak tangkap Jho Low dan bawanya kembali untuk disoal siasat bagi membersihkan dirinya dan juga kerajaan yang terpalit sama.
Nampak kebal sangat Jho Low ini. Pasal apa? Khabarnya dia ni dah jadi pelarian dan meneruskan hidupnya hanya di atas kapal layarnya (Yacht) .
Tak berani kot mendarat takut ditahan pihak berkuasa.
Sekiranya si Jho Low kena tahan pasti isu 1mdb boleh dimuktamadkan.
Orang-orang politik dan rakyat marhaen tak akan bergaduh lagi pasal 1mdb.
Hallo, PDRM, SPRM etc. ambil tindakan lah segera. Walau pun sudah terlambat. Kenapa perlu ambil masa panjang sangat untuk bertindak.
Kes ada prima facie. Sound and clear. Just Do It.

| Jho Low |

Rabu, 31 Mei 2017
Pakatan Harapan Tidak Bersatu
KALU ikut cakap-cakap rakyat dibawah kedudukan kerajaan Najib Razak pasti tidak akan berkuasa lagi selepas PRU14.
Banyak isu-isu ekonomi, politik dll. tidak begitu menyebelahi Umno/BN.
Namun segala cakap dan ramalan itu sekadar tinggal cakap-cakap sahaja.
Ada kelihatan kerajaan Najib akan terus kekal berkuasa selepas PRU14 nanti.
Soal majoriti kemenangan sudah tidak penting lagi. Majoriti kecil pun sudah memadai bagi membentuk kerajaan pusat.
Kerajaan BN seperti biasa mempunyai banyak "senjata" bagi memastikan kemenangan dalam PRU kelak.
Apa lagi Pakatan Harapan kelihatan tidak begitu mantap. Masih ada penyakit tidak bersatu dan mempunyai pendirian berbeza-beza dalam beberapa isu dalaman dikalangan mereka.
Isu pertambahan pengundi yang begitu mendadak dibeberapa kawasan menguatkan lagi ramalan Pakatan Harapan tidak ada harapan membentuk kerajaan. Isu pertambahan dan pemindahan pengundi secara mengejut ke beberapa kawasan tidak mungkin dapat diselesaikan menjelang PRU14.
SPR sendiri mempunyai hujah dan alasan bagi mempertahankan pihaknya dalam isu ini.
Malaysia masih perlu tunggu lagi beberapa tahun ke hadapan untuk melihat parti pembangkang mengambilalih Putrajaya. Ia tidak akan berlaku dalam waktu terdekat ini.
Kecuali pilihanraya dijalankan secara adil, saksama dan bersih di atas padang sama rata. Namun suasana ini tidak akan berlaku. Semuanya akan berjalan dalam penuh muslihat dan sepak terajang bagi menjatuhkan pihak lawan.

Langgan:
Catatan (Atom)