Khamis, 17 April 2014

Azmin kempen KeadilanRaya


TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali melancarkan kempen dengan slogan baru KeadilanRaya dalam misinya mempertahankan kedudukan dalam pemilihan parti itu.

Apa yang menarik perhatian poster kempennya  dihiasi dengan gambar negarawan dan pemimpin yang disegani seperti Mahatma Gandhi, Sun Yat Sen, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin Al Helmy. Diselit juga pemimpinnya Anwar Ibrahim dan gambarnya sendiri ditengah-tengah.

Gambarnya dan Anwar tidak ada siapa yang hendak komplen. Memang dah patut pun. Tetapi dari mana dan apa tujuan diletakkan gambar Gandhi, Tunku, Yat Sen dan Burhanuddin ?

Mereka semuanya adalah tokoh terbilang dan bertaraf negarawan. Siapa Azmin ? Azmin bukan Gandhi. Bukan Tunku atau Sun Yat Sen. Malah Azmin hanya ibarat seperti kuman jika dibandingkan dengan tokoh nasionalis Al Helmy.

Azmin tidak layak dan tidak berhak untuk berada disisi tokoh-tokoh terbilang tersebut. Nampak sangat dia sudah tidak ada modal lagi dan mahu mencari publisiti murahan dalam mempertahankan jawatannya. Tindakannya itu hanya mencemarkan imej baik para pemimpin tersebut.

Kenapalah dia tidak bubuh gambar Datuk Hj Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Lim Kit Siang ? Tidakkah mereka itu lebih sesuai dan lebih munasabah ? Atau bubuh sahaja gambar pemimpin setaraf dengannya seperti Datuk Husam Musa !

Anwar Ibrahim pun tumpang sekaki berada disisi Gandhi dan Al Helmy.

Politik murahan dari seorang yang sudah terkepit menjelang pemilihan parti !



Rabu, 16 April 2014

Kerusi Timbalan Presiden PKR : Parti akan berpecah

PERTANDINGAN jawatan dalam parti PKR yang dijangka bermula akhir bulan ini sehinga Mei depan boleh dianggap seperti pertunjukkan sarkis ! Apa tidaknya jawatan Presiden parti akan ditandingi oleh dua calon suami isteri yang telah sanggup sehidup semati.

Tetapi tentu ada kejutannya nanti disaat akhir kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mencongak akan menarik diri dan memberi laluan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Itu bagi jawatan Presiden. Untuk jawatan Timbalan Presiden, nampaknya lebih sengit dan mencabar kerana ia sekarang sudah wujud kem atau blok. Setakat ini empat calon bertanding. Mereka penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan calon tidak terkenal Datuk K. Ramachandran.

Namun perebutan kerusi Timbalan Presiden lebih tertumpu pada Azmin, Saifuddin dan Khalid yang mengekori dari belakang. Ramachandran boleh dikira tidak akan memberi saingan serius. Barangkali, calon keturunan India ini mengharapkan undi dari kaumnya yang kedua besar jumlah ahlinya selepas Melayu dalam parti itu.

Apa pun fokus hanyalah tertumpu pada Azmin dan Saifuddin kerana hingga kini keduanya telah mempunyai kem mereka sendiri. Yang menarik perhatian adalah kem Saifuddin yang terdiri dari calon-calon heavyweight. Mereka ialah Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Speaker DUN Selangor yang juga calon Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dan ini ditambahkan lagi dengan Naib Presiden, Tian Chua yang menarik diri dari bertanding Timbalan Presiden yang telah secara terbuka berada di kem Saifuddin. Tokoh pemuda tahan lasak, Cikgu Bad juga menyokong Saifuddin.

Dari senarai tersebut kem Saifuddin terdiri dari mereka yang hebat dalam parti. Dan ini sebagai mesej dan signal mereka tidak mengikhtiraf Azmin sebagai orang nombor dua parti dan kepimpinannya. Kem Azmin pula tidak kelihatan gahnya hanya Ketua Wanita dan beberapa orang sahaja. Tan Sri Khalid langsung tidak ada kem dan dia bersendirian dengan mengharap para ahli memilihnya sebagai alternatif.

Sebagai orang yang bukan ahli PKR ini adalah satu perkembangan yang cukup bagus. Bagus kerana melihat pada saingan sengit ditambah lagi dengan wujudnya blok dan kem calon yang bertanding ia akan memberi kesan besar pada parti selepas pemilihan selesai nanti.

Kita kena ingat mereka semua adalah ex-Umno. Cara berpolitik, bergaya dan sebagainya adalah dari acuan Umno. Selepas pemilihan nanti yang menang ambil semua dan yang kalah akan hilang semua. Apa kita fikir orang seperti Azmin atau Saifuddin boleh menerima kekalahan dengan semangat kepartian dan hati terbuka ?

Calon yang kalah pasti tidak berpuas hati dan menjadi musuh dalam selimut dan duri dalam daging. Mereka mungkin bertindak keluar parti atau bergerak parti dalam parti. Bukti pada pemilihan dahulu calon yang kalah Datuk Zaid Ibrahim yang tewas pada Azmin dalam jawatan Timbalan Presiden telah bertindak keluar parti kerana membantah berlakunya penipuan dalam kiraan undi.

Tidak mengira siapa yang akan menang, PKR selepas pemilihan ini akan menjadi sebuah parti yang lemah dan berpecah dalam menghadapi PRU 14 yang dijangka tidak lewat 2018.

Azmin sudah terkenal dengan sikap ambisiusnya dalam kerjaya politik. Saifuddin pula bukan calang-calang sebagai seorang politikus dan pejuang. Dan Tan Sri Khalid yang tidak ada kem pun bukan mudah mahu meninggalkan kerusi empuknya sebagai MB negeri Selangor yang mempunyai aset ber billion-billion !

Selamat bersidang PKR dan selamatlah satu pertunjukkan politik sarkis !







Isnin, 14 April 2014

Apakah Hudud Pas Bersumber Dari Quran ?

PAS sering kali memberi dalih dan alasan bahawa Umno menentang dan penghalang parti itu dari melaksanakan hukum hudud. Selama 23 tahun Pas berkuasa di Kelantan hukum hudud hanyalah tinggal deraf di atas kertas sahaja.

Selama 23 tahun hudud hanya menjadi bahan dan modal politik Pas setiap kali pilihan raya bagi meraih undi dan sokongan orang-orang Islam. Umno telah dianggap kafir dan berbagai tuduhan kerana tidak melaksanakan hukum hudud.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkerat rotan dengan Umno dan lebih rela bersekongkol dengan parti PKR dan DAP. Seolah gambaran yang PKR dan DAP itu lebih "Isle" dari Umno. Pas mengambil pendekatan tahaluf siyasi dengan sanggup bekerjasama dengan dua parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.

Melalui Pakatan Rakyat bagi Pas adalah lebih aula dari bekerjasama dengan Umno. Ertinya, PKR dan DAP adalah rakan sejati dalam mencapai cita-cita Pas melaksanakan hudud berbanding Umno.

Umno acap kali diberi gambaran sebagai pihak yang menentang niat murni Pas itu. Tetapi hari ini telah terbukti belang yang sebenarnya. Para pemimpin PKR dan DAP secara terbuka dan terus terang menolak usaha Pas untuk membawa usul undang-undang hudud ke Parlimen bagi memberi laluan perlaksanaannya di Kelantan selewatnya 2015.

Karpal Singh antara pemimpin DAP paling keras menentang hudud dengan amarannya agar "langkah mayatnya dulu". Namun dalam sehari dua ini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail telah menyatakan dengan tegas dan jelas bahawa hudud bukan agenda persepakatan Pakatan Rakyat.

Setakat ini belum ada sebarang reaksi dari Datuk Nik Aziz Nik Mat di atas semua kenyataan dari para pemimpin sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat. Nik Aziz adalah seorang yang tidak bertolak ansur dan bersikap tegas dalam soal hudud dan Umno sering menjadi sasarannya dengan berbagai tuduhan.

Tetapi kini Umno adalah pihak awal yang menyokong usaha Pas membawanya ke Parlimen bagi membuka jalan perlaksanaannya di Kelantan. Apakah langkah Umno itu tidak ikhlas dan satu langkah politik tidak begitu penting.

Yang penting sekarang Pas sendiri ditentang dan tidak mendapat sokongan dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Di mana sikap dan pendirian Mursyidul Am, Nik Aziz yang begitu garang khususnya terhadap Umno dalam soal hudud ?

Tidakkah dia terasa mukanya dipijak-pijak dan dikencing oleh para pemimpin DAP dan PKR setiap hari ?

Hukum hudud yang dicanangkan Pas ini sebenarnya dikalangan ahli-ahli Pas sendiri mereka tidak begitu jelas dan mendapat gambaran yang sejelasnya. Apatah lagi mereka yang berada di luar Pas. Sebab itulah ada pemimpin Umno dan PKR menggesa Pas memberi penjelasan secukupnya sebelum mereka membawanya ke Parlimen.

Yang tidak jelas itu satu bab. Bab yang lain pula apakah hudud Pas ini sama dengan hudud di Brunei ? Di Arab Saudi dan di Pakistan ? Kenapa hudud itu berbeza-beza dengan satu negeri yang lain ? Dan yang paling pokok dalam soal hudud Pas ini ialah apakah ia bersumber dari Al Quran ?

Sabtu, 12 April 2014

Antara politik dan brotherhood !

Najib Ziarah Haron Din Di IJN

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.
Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin – BRNAMA



Gambar di bawah ini pula kelihatan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Dr Haron Din beberapa bulan dulu.


Dan ini pula kelihatan Datuk Seri Najib Razak menziarahi Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika beliau masih MB Kelantan yang jatuh sakit sedang dirawat di sebuah hospital.

Subahanallah! Para pemimpin Umno masih dapat membezakan antara kepentingan politik dan persaudaraan  seagama.

Khamis, 10 April 2014

PKR: Siapa buli siapa ?

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali meluahkan rasa bimbangnya kerajaan pusat akan membuli kerajaan negeri Selangor dalam isu perjanjian penstrukturan industri air di negeri itu. Menurut Azmin sehingga kini dia dan para pemimpin PKR tidak mengetahui butiran secara terperinci kandungan MOU yang telah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Putrajaya.

Dalam kes ini soalan perlu ditanya pada Azmin; siapa buli siapa ? Kerajaan negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat yang diketuai parti PKR. Azmin adalah Timbalan Presiden parti itu. Dan Anwar Ibrahim adalah selaku Penasihat Ekonomi kerajaan negeri.

Justeru itu apa yang telah berlaku ? Adalah suatu yang memalukan Anwar dan Azmin tidak tahu apa-apa berkaitan dengan urusan pentadbiran negeri Selangor; di mana PKR menerajui pentadbiran negeri itu di samping DAP dan Pas.

Tan Sri Khalid hanyalah seorang Menteri Besar dan tidak memegang apa-apa jawatan tinggi parti seperti Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Bagaimana Tan Sri Khalid boleh membelakangkan mereka dalam isu besar seperti ini ?

Di mana letaknya nilai Penasihat Ekonomi atau Timbalan Presiden parti ?

Jelaslah dalam isu air ini bukan Putrajaya buli Selangor tetapi Tan Sri Khalid sudah buli Anwar dan Azmin. Ertinya, Anwar dan Azmin sudah kena main !

Dan Azmin kini kena main lagi bila Tan Sri Khalid mencabarnya dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR bulan depan. Bagi menutup keaiban dan kelemahan PKR dalam isu ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution turut terjun bertanding mencabar Azmin dan Khalid. Langkah Saifuddin adalah untuk memastikan kedua pemimpin tersebut disingkirkan dari pentadbiran parti dan negeri Selangor.

Masalahnya Saifuddin bukan ADUN atau ahli Parlimen. Dia hanya Setiausaha Agung parti. Jadi potensinya untuk menjadi calon menteri besar terkeluar dengan sendirinya. Kecuali ada lagi langkah seperti Langkah Kajang seperti yang telah berlaku.

Faktor Dr Wan Azizah Wan Ismail pula bagaimana ? Siapa buli siapa nih ??

Rabu, 9 April 2014

Azmin Ali boleh tarik diri dari bertanding

AZMIN Ali telah hilang wibawanya sebagai Timbalan Presdien PKR dalam mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti bulan depan. Ini ekoran ramai pemimpin parti itu seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa orang lagi secara terbuka menyokong dan berada dibelakang Saifuddin Nasution dalam pertandingan jawatan nombor dua parti itu.

Saifuddin adalah Setiausaha Agung PKR merupakan antara calon heavyweight selain dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mampu menewaskan Azmin.

Sokongan terbuka Rafizi, Nurul Izzah dan Nik Nazmi pada Saifuddin memberi mesej jelas mereka menolak kepimpinan Azmin dalam parti. Ini tentunya berkait dengan kualiti dan kematangan Azmin jika dibandingkan dengan Saifuddin.
Dari kiri Nik Nazmi, Rafizi, Saifuddin dan Nurul Izzah

Azmin perlu berpijak di bumi dan menerima realiti bahawa beliau tidak lagi relevan dalam parti. Ada lagi calon yang lebih baik mampu memikul tugas sebagai Timbalan Presiden parti.

Saingan untuk jawatan nombor dua parti pada hakikatnya hanya tertumpu pada dua calon sahaja. Mereka ialah Saifuddin dan Tan Sri Khalid. Calon-calon lain sekiranya ada hanyalah bersifat pengacau dan memenuhi syarat demokrasi parti.
Azmin...Pemimpin yang tersungkur..

Masa masih ada untuk Azmin mempertimbangkan soal pengunduran dirinya dari bertanding. Pendirian pemimpin parti seperti Rafizi, Nurul dan Nik Nazmi sudah cukup memberi tamparan padanya. Tarik dirilah dari bertanding sebelum dikalahkan dan dimalukan dalam pemilihan parti.

Azmin tidak layak menjadi Timbalan Presiden parti apatah lagi berfikir mahu menjadi calon Menteri Besar Selangor. Dia tidak layak !

Tumpukan sahaja tugasnya sebagai ahli Parlimen dan Dun di Selangor. Itu pun terlebih sudah...!!


Jumaat, 4 April 2014

Ini petikan dari blog MyMassa




PERTEMUAN KEDUA MB KELANTAN - PM BAKAL LAKSANA HUDUD DI KELANTAN


PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO LAKSANA HUDUD,
PKR & DAP CACING KEPANASAN
Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh hari ini sekali lagi membidas usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II.
Walaupun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 1993, Karpal menerusi satu kenyataanya hari ini berkata ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ujar beliau lagi DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan enakmen berkenaan manakala Parlimen pula tidak boleh menguatkuasakan enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan.
“Hudud jelas bukan undang-undang pada masa dan zaman ini. Hanya Parlimen yang berhak meluluskan undang-undang jenayah.
“Hudud beri implikasi dan akibat yang sangat serius. Parlimen tidak akan dan tidak boleh meluluskan enakmen tersebut,” kata Karpal dalam satu kenyataannya hari ini.
Terdahulu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata negeri itu akan membentangkan usul rang undnag-undang persendirian menerusi ahli Parlimennya bagi membuat pengisytiharan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud agar dapat dilaksanakan di negeri itu.
Jelas Ahmad, jika Parlimen meluluskan usul berkenaan, maka kerajaan Kelantan akan melaksanakan hudud seawal tahun hadapan.
Sehubungan itu, Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP itu berpendapat apa yang dinyatakan Ahmad sebagai tidak tepat dan pendirian DAP jelas sejak dahulu tidak akan berkompromi di dalam perlaksanaan hudud.
Diharap pertemuan kedua Menteri Besar Kelantan dan Perdana Menteri tidak lama lagi untuk memuktamadkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan akan terlaksana dengan jayanya.

Rabu, 2 April 2014

Azmin Ali dan Tian Chua tidak perlu bertanding

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan jawatan parti itu bulan depan. Bagi jawatan Presiden tidak ada unsur suspen kerana telah disahkan jawatan tersebut suami lawan isteri; hanya dua orang menjadi calon iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa yang menjadi tumpuan hanyalah bagi jawatan Timbalan Presiden. Setakat ini ada enam calon akan merebut jawatan tersebut. Selain penyandangnya Azmin Ali; lainnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan dua calon lagi entah siapa. Mereka tidak dikenali umum dan tidak begitu penting.
Saifuddin Nasution

Tumpuan hanya pada empat calon tadi iaitu Azmin, Khalid, Saifuddin dan Tian Chua. Ertinya saingan sengit empat penjuru bagi jawatan nombor dua. Apakah perlu pertandingan empat penjuru bagi jawatan nombor dua itu dalam parti seperti PKR ?

Azmin adalah Timbalan Presiden sekarang. Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar Selangor, Saifuddin pula ialah Setiausaha Agung parti dan Tian Chua adalah Naib Presiden.
Tan Sri Khalid Ibrahim

Azmin merasakan dia perlu kekal dan layak sebagai pemimpin. Dia tidak merahsiakan cita-citanya untuk menjadi menteri besar Selangor. Manakala Khalid telah buktikan pengurusan dan pentadbirannya di Selangor adalah terbaik yang mendapat pujian dari dalam dan luar.

Bagi Saifuddin, dia yakin dapat mengatasi dan menewaskan Azmin sebagai Timbalan Presiden. Tian Chua pula merasakan dirinya lebih senior dan antara yang terawal berjuang dalam parti sejak ia ditubuhkan.

Namun sebagai pemerhati luar, saya merasakan antara empat calon tersebut hanya Tan Sri Khalid dan Saifuddin merupakan calon yang boleh dianggap serius dan paling layak berada di kerusi nombor dua parti itu.
Azmin Ali

Tan Sri Khalid dan Saifuddin kelihatan lebih matang jika dibandingkan dengan Azmin dan Tian Chua. Trek rekod kerja mereka berdua boleh menjadi buktinya.

Azmin dan Tian Chua lebih bijak jika mereka menarik diri dari bertanding dan memberi laluan bagi pertandingan satu lawan satu. Azmin sudah pun sepenggal memegang jawatan itu. Dia perlu memberi laluan pada calon lain pula. Tian Chua pula perlu terima hakikat dia tidak layak berada di kerusi Timbalan Presiden.
Tian Chua

Azmin dan Tian Chua tidak boleh disamakan dengan kematangan yang ada pada Tan Sri Khalid dan Saifuddin. Mereka berdua jauh lebih berwibawa dan dewasa dalam bersiasah. Azmin dan Tian Chua lebih sesuai berperanan di jalan-jalanraya bila ada perhimpunan atau program reformasi.

Tian Chua telah buktikan dia boleh tidur atau berguling-guling di atas jalan kerana nak unjuk rasa pada kerajaan. Begitu juga dengan Azmin.

So, Azmin dan Tian Chua tidak payahlah bertanding. Bagi laluan saja pada Tan Sri Khalid dan Saifuddin !



Selasa, 1 April 2014

Badut Politik Aka CLOWN !


" Akak akan berjuang bebaskan laki akak"- Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR



" Kita tidak akan biarkan Anwar dipenjarakan walaupun sehari. Kita akan lawan cara kekerasan dan reformasi "- Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR



" Kita akan tumbangkan kerajaan BN dan Najib dalam masa lima bulan dan seterusnya mentadbir Putrajaya " - Tian Chua, Naib Presiden PKR


Inilah tiga watak ahli politik dunggu yang hanya layak dipanggil badut. Mereka persis seperti Mat Jenin yang bermimpi di siang hari.
Semoga kita diselamatkan dipimpin dan dikuasai dari jenis seperti ini.