Jumaat, 4 April 2014

Ini petikan dari blog MyMassa




PERTEMUAN KEDUA MB KELANTAN - PM BAKAL LAKSANA HUDUD DI KELANTAN


PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO LAKSANA HUDUD,
PKR & DAP CACING KEPANASAN
Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh hari ini sekali lagi membidas usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II.
Walaupun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 1993, Karpal menerusi satu kenyataanya hari ini berkata ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ujar beliau lagi DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan enakmen berkenaan manakala Parlimen pula tidak boleh menguatkuasakan enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan.
“Hudud jelas bukan undang-undang pada masa dan zaman ini. Hanya Parlimen yang berhak meluluskan undang-undang jenayah.
“Hudud beri implikasi dan akibat yang sangat serius. Parlimen tidak akan dan tidak boleh meluluskan enakmen tersebut,” kata Karpal dalam satu kenyataannya hari ini.
Terdahulu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata negeri itu akan membentangkan usul rang undnag-undang persendirian menerusi ahli Parlimennya bagi membuat pengisytiharan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud agar dapat dilaksanakan di negeri itu.
Jelas Ahmad, jika Parlimen meluluskan usul berkenaan, maka kerajaan Kelantan akan melaksanakan hudud seawal tahun hadapan.
Sehubungan itu, Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP itu berpendapat apa yang dinyatakan Ahmad sebagai tidak tepat dan pendirian DAP jelas sejak dahulu tidak akan berkompromi di dalam perlaksanaan hudud.
Diharap pertemuan kedua Menteri Besar Kelantan dan Perdana Menteri tidak lama lagi untuk memuktamadkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan akan terlaksana dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan