Rabu, 2 April 2014

Azmin Ali dan Tian Chua tidak perlu bertanding

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan jawatan parti itu bulan depan. Bagi jawatan Presiden tidak ada unsur suspen kerana telah disahkan jawatan tersebut suami lawan isteri; hanya dua orang menjadi calon iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa yang menjadi tumpuan hanyalah bagi jawatan Timbalan Presiden. Setakat ini ada enam calon akan merebut jawatan tersebut. Selain penyandangnya Azmin Ali; lainnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan dua calon lagi entah siapa. Mereka tidak dikenali umum dan tidak begitu penting.
Saifuddin Nasution

Tumpuan hanya pada empat calon tadi iaitu Azmin, Khalid, Saifuddin dan Tian Chua. Ertinya saingan sengit empat penjuru bagi jawatan nombor dua. Apakah perlu pertandingan empat penjuru bagi jawatan nombor dua itu dalam parti seperti PKR ?

Azmin adalah Timbalan Presiden sekarang. Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar Selangor, Saifuddin pula ialah Setiausaha Agung parti dan Tian Chua adalah Naib Presiden.
Tan Sri Khalid Ibrahim

Azmin merasakan dia perlu kekal dan layak sebagai pemimpin. Dia tidak merahsiakan cita-citanya untuk menjadi menteri besar Selangor. Manakala Khalid telah buktikan pengurusan dan pentadbirannya di Selangor adalah terbaik yang mendapat pujian dari dalam dan luar.

Bagi Saifuddin, dia yakin dapat mengatasi dan menewaskan Azmin sebagai Timbalan Presiden. Tian Chua pula merasakan dirinya lebih senior dan antara yang terawal berjuang dalam parti sejak ia ditubuhkan.

Namun sebagai pemerhati luar, saya merasakan antara empat calon tersebut hanya Tan Sri Khalid dan Saifuddin merupakan calon yang boleh dianggap serius dan paling layak berada di kerusi nombor dua parti itu.
Azmin Ali

Tan Sri Khalid dan Saifuddin kelihatan lebih matang jika dibandingkan dengan Azmin dan Tian Chua. Trek rekod kerja mereka berdua boleh menjadi buktinya.

Azmin dan Tian Chua lebih bijak jika mereka menarik diri dari bertanding dan memberi laluan bagi pertandingan satu lawan satu. Azmin sudah pun sepenggal memegang jawatan itu. Dia perlu memberi laluan pada calon lain pula. Tian Chua pula perlu terima hakikat dia tidak layak berada di kerusi Timbalan Presiden.
Tian Chua

Azmin dan Tian Chua tidak boleh disamakan dengan kematangan yang ada pada Tan Sri Khalid dan Saifuddin. Mereka berdua jauh lebih berwibawa dan dewasa dalam bersiasah. Azmin dan Tian Chua lebih sesuai berperanan di jalan-jalanraya bila ada perhimpunan atau program reformasi.

Tian Chua telah buktikan dia boleh tidur atau berguling-guling di atas jalan kerana nak unjuk rasa pada kerajaan. Begitu juga dengan Azmin.

So, Azmin dan Tian Chua tidak payahlah bertanding. Bagi laluan saja pada Tan Sri Khalid dan Saifuddin !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan