Khamis, 10 April 2014

PKR: Siapa buli siapa ?

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali meluahkan rasa bimbangnya kerajaan pusat akan membuli kerajaan negeri Selangor dalam isu perjanjian penstrukturan industri air di negeri itu. Menurut Azmin sehingga kini dia dan para pemimpin PKR tidak mengetahui butiran secara terperinci kandungan MOU yang telah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Putrajaya.

Dalam kes ini soalan perlu ditanya pada Azmin; siapa buli siapa ? Kerajaan negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat yang diketuai parti PKR. Azmin adalah Timbalan Presiden parti itu. Dan Anwar Ibrahim adalah selaku Penasihat Ekonomi kerajaan negeri.

Justeru itu apa yang telah berlaku ? Adalah suatu yang memalukan Anwar dan Azmin tidak tahu apa-apa berkaitan dengan urusan pentadbiran negeri Selangor; di mana PKR menerajui pentadbiran negeri itu di samping DAP dan Pas.

Tan Sri Khalid hanyalah seorang Menteri Besar dan tidak memegang apa-apa jawatan tinggi parti seperti Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Bagaimana Tan Sri Khalid boleh membelakangkan mereka dalam isu besar seperti ini ?

Di mana letaknya nilai Penasihat Ekonomi atau Timbalan Presiden parti ?

Jelaslah dalam isu air ini bukan Putrajaya buli Selangor tetapi Tan Sri Khalid sudah buli Anwar dan Azmin. Ertinya, Anwar dan Azmin sudah kena main !

Dan Azmin kini kena main lagi bila Tan Sri Khalid mencabarnya dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR bulan depan. Bagi menutup keaiban dan kelemahan PKR dalam isu ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution turut terjun bertanding mencabar Azmin dan Khalid. Langkah Saifuddin adalah untuk memastikan kedua pemimpin tersebut disingkirkan dari pentadbiran parti dan negeri Selangor.

Masalahnya Saifuddin bukan ADUN atau ahli Parlimen. Dia hanya Setiausaha Agung parti. Jadi potensinya untuk menjadi calon menteri besar terkeluar dengan sendirinya. Kecuali ada lagi langkah seperti Langkah Kajang seperti yang telah berlaku.

Faktor Dr Wan Azizah Wan Ismail pula bagaimana ? Siapa buli siapa nih ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan