Khamis, 17 April 2014

Azmin kempen KeadilanRaya


TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali melancarkan kempen dengan slogan baru KeadilanRaya dalam misinya mempertahankan kedudukan dalam pemilihan parti itu.

Apa yang menarik perhatian poster kempennya  dihiasi dengan gambar negarawan dan pemimpin yang disegani seperti Mahatma Gandhi, Sun Yat Sen, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin Al Helmy. Diselit juga pemimpinnya Anwar Ibrahim dan gambarnya sendiri ditengah-tengah.

Gambarnya dan Anwar tidak ada siapa yang hendak komplen. Memang dah patut pun. Tetapi dari mana dan apa tujuan diletakkan gambar Gandhi, Tunku, Yat Sen dan Burhanuddin ?

Mereka semuanya adalah tokoh terbilang dan bertaraf negarawan. Siapa Azmin ? Azmin bukan Gandhi. Bukan Tunku atau Sun Yat Sen. Malah Azmin hanya ibarat seperti kuman jika dibandingkan dengan tokoh nasionalis Al Helmy.

Azmin tidak layak dan tidak berhak untuk berada disisi tokoh-tokoh terbilang tersebut. Nampak sangat dia sudah tidak ada modal lagi dan mahu mencari publisiti murahan dalam mempertahankan jawatannya. Tindakannya itu hanya mencemarkan imej baik para pemimpin tersebut.

Kenapalah dia tidak bubuh gambar Datuk Hj Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Lim Kit Siang ? Tidakkah mereka itu lebih sesuai dan lebih munasabah ? Atau bubuh sahaja gambar pemimpin setaraf dengannya seperti Datuk Husam Musa !

Anwar Ibrahim pun tumpang sekaki berada disisi Gandhi dan Al Helmy.

Politik murahan dari seorang yang sudah terkepit menjelang pemilihan parti !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan