Annuar Musa mungkin kena hukum
TIMBALAN Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini telah mengkritik persembahan hambar skuad senior kebangsaan di bawah jurulatih Datuk K.Rajagopal.
Selang beberapa hari beliau sekali lagi menegur pencapaian skuad Olimpik Ong Kim Swee yang gagal mengutip sebarang mata dalam kelayakan Olimpik London 2012.
Bagi Tan Sri Annuar sebagai salah seorang nombor dua dalam FAM, beliau perlu bersuara demi memertabat dan meningkatkan imej bolasepak negara.
Tetapi FAM seolah-olah sebuah badan yang tidak boleh ditegur, apalagi dikritik. Khabarnya, FAM telah pun menghantar surat tunjuk sebab di atas kritikannya itu.
Ini bukanlah kes pertama seumpamanya. Lama dahulu bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil telah dihukum dan digantung dari memegang sebarang jawatan ekoran kritikannya terhadap pimpinan dan pengurusan FAM.
Malah tahun lepas bekas jurulatih kebangsaan dan Kelantan, B.Satianathan juga telah dihukum selama enam bulan akibat menjawab soalan dari seorang wartawan yang menyentuh jadual perlawanan melibatkan pasukan Terengganu.
Selepas itu kes yang hampir serupa melibatkan jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan yang telah mengkritik seorang pengadil. Wan Jamak baru sahaja menamatkan tempoh pergantungan itu selama enam bulan.
Nampaknya FAM adalah sebuah badan yang kebal dan tidak boleh disentuh langsung. Seperti kata Annuar, jika apa yang dikatakannya itu satu kesalahan, maka ia adalah satu perkara yang aneh dan janggal kerana beliau berhak bersuara untuk kebaikan dan kemajuan bolasepak negara.
Sekiranya dalam kes ini Annuar dikenakan hukuman dan tindakan hanya kerana bersuara, maka sudah sampai masanya FAM perlu menilai dan mencermin kembali kedudukan dan tugasnya sebagai badan induk yang bertanggungjawab membangun bolasepak tanahair.
Adalah tidak munasabah dengan hanya memberi teguran, apatah lagi dari seorang pemimpinnya sendiri boleh dianggap satu kesalahan. FAM telah banyak berjasa dan memberi sumbangan pada sukan bolasepak negara. Jangan kerana tidak boleh menerima kritikan menjejaskan imej dan jasa FAM selama ini.
Ahad, 18 Mac 2012
FAM tidak boleh dikritik
Sabtu, 17 Mac 2012
Insiden di Kandahar
Sarjan Robert Bales diterbangkan ke AS
ASKAR Amerika yang terlibat dalam pembunuhan 16 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak di Kandahar, Afghanistan baru-baru telah diterbangkan secara sulit ke negaranya.
Sarjan Robert Bales akan dihadapkan di mahkamah tentera di atas tindakannya. Banyak pihak di Kabul menuntutnya dibicarakan di Afghanistan. Sekiranya ia dibicarakan di situ Bales bakal dihukum mati jika disabit bersalah.
Insiden pembunuhan orang awam ini telah menjejaskan hubungan tentera Amerika dan kerajaan Kabul. Rakyat Afghan pula mula mempersoalkan peranan dan kehadiran tentera Amerika di negara mereka.
Menurut sumber tentera AS, tindakan askar itu berpunca dari tekanan mental dan persekitaran kerana sebelum ini salah seorang rakan dalam pasukannya telah terkorban. Bales juga tertekan kerana sebelum ke Afghanistan beliau pernah berkhidmat di Iraq dan mengalami kecederaan.
Tindakan pihak AS menghantar pulang anggotanya untuk dibicarakan membuktikan pemerintah Afghanistan, terutama Presiden Hamid Karzai tidak mempunyai kuasa membicarakan orang yang telah meragut nyawa rakyat tempatan.
Peristiwa malang sebegini bukanlah pertama kali berlaku dan ia telah membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati majoriti rakyat Afghan. Dan ini telah menyukarkan lagi tugas dan peranan tentera AS dalam memerangi kumpulan Taliban.
Nyawa tentera AS juga semakin terdedah pada serangan-serangan balas dari Taliban sebagai tindakan balas ke atas kejadian yang berlaku.
ASKAR Amerika yang terlibat dalam pembunuhan 16 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak di Kandahar, Afghanistan baru-baru telah diterbangkan secara sulit ke negaranya.
Sarjan Robert Bales akan dihadapkan di mahkamah tentera di atas tindakannya. Banyak pihak di Kabul menuntutnya dibicarakan di Afghanistan. Sekiranya ia dibicarakan di situ Bales bakal dihukum mati jika disabit bersalah.
Insiden pembunuhan orang awam ini telah menjejaskan hubungan tentera Amerika dan kerajaan Kabul. Rakyat Afghan pula mula mempersoalkan peranan dan kehadiran tentera Amerika di negara mereka.
Menurut sumber tentera AS, tindakan askar itu berpunca dari tekanan mental dan persekitaran kerana sebelum ini salah seorang rakan dalam pasukannya telah terkorban. Bales juga tertekan kerana sebelum ke Afghanistan beliau pernah berkhidmat di Iraq dan mengalami kecederaan.
Tindakan pihak AS menghantar pulang anggotanya untuk dibicarakan membuktikan pemerintah Afghanistan, terutama Presiden Hamid Karzai tidak mempunyai kuasa membicarakan orang yang telah meragut nyawa rakyat tempatan.
Peristiwa malang sebegini bukanlah pertama kali berlaku dan ia telah membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati majoriti rakyat Afghan. Dan ini telah menyukarkan lagi tugas dan peranan tentera AS dalam memerangi kumpulan Taliban.
Nyawa tentera AS juga semakin terdedah pada serangan-serangan balas dari Taliban sebagai tindakan balas ke atas kejadian yang berlaku.
Khamis, 15 Mac 2012
Claudio Ranieri kecewa
INTER MILAN tersingkir dari Piala Juara-Juara setelah tewas pada Olympique Marseille secara agreget.
Milan adalah bekas juara tiga kali. Dengan ini ia gagal memenangi apa-apa gelaran musim ini. Pencapaian ini mengecewakan kelab ini setelah mereka pernah merangkul tiga kejuaraan sekaligus semasa di bawah pengurus Jose Mourinho (2009-2010).
Ketiga kejuaraan itu ialah Liga Serie A, Copa Italia, dan UEFA Champions League. Ertinya, Milan telah memenangi secara "treble".
Claudio Ranieri tentulah orang paling kecewa dengan kegagalan Inter Milan mengekalkan imej kelab ini sebagai sebuah kelab terkuat di Eropah. Yang jelas Ranieri gagal mengulangi rekod kejayaan yang dicipta Mourinho. Ranieri mungkin akan dipecat.
Beliau adalah antara pengurus yang sering berpindah bermula di Napoli, Fiorentina, Valencia, Atletico Madrid, Chelsea, Parma, Juventus, AS Roma dan terakhir Inter. Tidak banyak kejayaan yang dicapainya di kelab-kelab tersebut kecuali di Valencia.
Dengan tersingkirnya beliau sebagai pengurus di Inter menjadikannya sebagai salah seorang pengurus paling kecewa di dunia. Apatah lagi Inter adalah sebuah pasukan yang disegani, namun kini berada di tangga bawah Serie A; satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ranieri tidak berjaya menyaingi Mourinho.
K.Rajagopal kena tegur
dibawah kendalian jurulatih K.Rajagopal yang tidak begitu memberansangkan akhir-akhir ini.
Ini termasuklah dua perlawanan persahabatan baru-baru ini menentang Sabah dan pasukan kebangsaan Filipina. Dengan Sabah pasukan negara menang 1-0 dan Filipina seri 1-1.
Menurut Annuar, K.Rajagopal perlu menghasilkan keputusan yang menasabah dan tidak memberi berbagai alasan dengan hasil perlawanan persahabatan itu. Sebagai juara Piala Suzuki AFF dan pingat Emas Sukan SEA, pasukan negara harus mula tunjukkan prestasi sebenar sebagai persediaan mempertahankan Piala AFF November ini.
K.Rajagopal ada memberi alasan beliau sedang mencuba beberapa pemain baru. Tetapi beliau tidak boleh terlalu banyak bereksperimen dengan skuad yang sedia ada. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaiki beberapa kelemahan yang sering menghantui pasukan kebangsaan seperti hilang fokus di barisan pertahanan, hantaran bola yang sia-sia dan sebagainya.
Selain dari mengekalkan para pemain yang menjulang Piala AFF, Rajagopal perlu mengambil beberapa pemain senior atau kuda tua sebagai pelengkap pasukan. Pemain-pemain itu seperti Hairuddin Omar, Shukur Adan atau seumpamanya yang mampu memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan.
Seperti kata Tan Sri Annuar, Harimau Malaya mulai dari sekarang perlu menunjukkan taringnya dengan menghasilkan keputusan yang menyakinkan dari perlawanan-perlawanan persahabatan. Dan kemampuan K.Rajagopal sebagai jurulatih memang tidak diragui dengan rekod kejayaan yang telah beliau capai.
Dengan barisan pemain yang ada Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan AFF dan membuktikan ia sebagai sebuah pasukan terkuat di Asia Tenggara.
K.Rajagopal ada memberi alasan beliau sedang mencuba beberapa pemain baru. Tetapi beliau tidak boleh terlalu banyak bereksperimen dengan skuad yang sedia ada. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaiki beberapa kelemahan yang sering menghantui pasukan kebangsaan seperti hilang fokus di barisan pertahanan, hantaran bola yang sia-sia dan sebagainya.
Selain dari mengekalkan para pemain yang menjulang Piala AFF, Rajagopal perlu mengambil beberapa pemain senior atau kuda tua sebagai pelengkap pasukan. Pemain-pemain itu seperti Hairuddin Omar, Shukur Adan atau seumpamanya yang mampu memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan.
Seperti kata Tan Sri Annuar, Harimau Malaya mulai dari sekarang perlu menunjukkan taringnya dengan menghasilkan keputusan yang menyakinkan dari perlawanan-perlawanan persahabatan. Dan kemampuan K.Rajagopal sebagai jurulatih memang tidak diragui dengan rekod kejayaan yang telah beliau capai.
Dengan barisan pemain yang ada Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan AFF dan membuktikan ia sebagai sebuah pasukan terkuat di Asia Tenggara.
Selasa, 13 Mac 2012
Dari Iran Cartoon...
Presiden Barrack Obama lebih berhati-hati dalam menangani isu ini dengan mengambil jalan rundingan dan sekatan bagi menyekat Iran. Israel pula lebih memilih menerusi cara ketenteraan dengan melancarkan serangan ke semua tapak loji nuklear Iran.
Obama tahu sekiranya Iran diserang ia berkeupayaan menyerang dan bertindak balas ke sasaran dan kepentingan Barat di Eropah. Ini tentunya akan membawa kemusnahan seluruh rantau.
Amerika dan barat menjangka melalui sekatan antarabangsa terhadap Tehran ia akan memberi kesan untuk jangka panjang. Namun, Obama, baru-baru ini menegaskan dihadapan para pelobi Yahudi dalam kempennya ke White House untuk penggal kedua berikrar akan mempertahankan Israel dan pilihan menggunakan ketenteraan terhadap Iran masih terbuka.
Iraq kini musnah
KOTA Baghdad bukan lagi sebuah kota 1001 malam. Selepas pencerobohan tentera asing pada 2003 yang diterajui Amerika dan Britain kini Iraq semakin mundur kebelakang jika dibandingkan semasa era regim Saddam Hussein.
Semasa era Saddam semua puak dan mazhab Sunnah, Syiah, Yahudi dan lain-lain hidup aman damai dan tidak berlaku pembunuhan antara satu sama lain.
Tetapi setelah Saddam tumbang dan kehadiran tentera asing di bumi Iraq mereka saling bertelingkah dan berbunuhan.
Tentera penceroboh telah berjaya melaksanakan dasar pecah dan perintah bagi memudahkannya menguasai hasil minyak yang merupakan matlamat utama Amerika dan Britain menceroboh bumi Iraq.
Dengan hanya beralasan Saddam mempunyai dan menyimpan senjata kimia dan biologi, George Bush dan Tony Blair telah berjaya melaksanakan rancangan mereka. Walaupun pihak IAEA telah mengesahkan Saddam tidak memiliki senjata merbahaya itu - mereka tidak menghiraukannya.
Rakyat Iraq terus menderita dalam suasana negara yang tidak stabil dan kacau bilau. Walaupun ianya mempunyai sebuah kerajaan melalui pilihanraya, namun ia gagal memberi keamanan dan kemakmuran pada rakyatnya.
Suatu masa Iraq lebih hebat dari Qatar dan tidak seburuk di Darfur, Sudan. Tetapi kini ia tidak lebih baik dari keduanya. Rakyat Iraq merindui masa lampau dan keindahannya. Sebahagiannya mengakui Iraq tidak punya masa depan.
Gaza terus dibedil
GAZA terus dihujani jet-jet pengebom Israel yang telah mengorbankan orang awam dan kanak-kanak.
Rejim Yahudi itu bertindak sebagai serangan balas terhadap roket dan mortar dari pejuang Hamas ke dalam wilayahnya.
Tentera Israel berkata, lebih 100 roket dan mortar dilancarkan dari Gaza dalam tempoh 24 jam.
Dengan perkembangan ini proses damai masih jauh dan tidak mungkin tercapai sebuah negara Palestin merdeka berjiran dengan Israel.
Tidak ada apa yang boleh dilakukan
dunia dan PBB bagi menghalang
Israel dari terus mengebom Gaza dan
membunuh rakyat Palestin.
Bagi rejim Israel apa yang
dilakukannya itu tidak lebih dari apa
yang telah dilakukan oleh
rejim Bashar Al Assad di
Syria.
Kini tentera Syria telah
melancarkan serangan udara
dibeberapa buah bandar utama bagi
menghapuskan para puak penentang
kerajaan. Banyak orang awam
terkorban termasuk kanak-kanak.
Bagi Benjamin Netanyahu,
barangkali, tindakan Assad lebih
kejam dan teruk darinya.
Isnin, 12 Mac 2012
Teman setia...
SELAIN dari timbunan buku seekor kucing jantan menjadi teman setia saya bila keseorangan.
Usianya baru mencecah dua tahun. Ibunya yang melahirkan sudah tiga bulan hilang entah ke mana. Barangkali sudah dapat teman baru.
Saya sebenarnya tidak begitu gemar dengan jenis haiwan ini. Pertama; tidak tahan dengan bau najisnya. Kedua; bulunya. Orang kata bulu kucing boleh membawa penyakit. Saya tidak pasti.
Tapi dengan gelagat kucing ini telah menarik minat saya untuk mendekatinya. Selain ia seekor kucing yang aktif, ia memang jinak dan cerdik. Lihatlah gelagatnya itu. Di atas buku-buku itulah tempat yang paling disukainya. Bila saya tutup pintu hadapan ia akan melompat melalui tingkap. Satu cara sahaja saya boleh halangnya dari masuk dalam rumah iaitu dengan menutup tingkap. Tetapi saya pula kepanasan. So, saya terpaksa mengalah.
Setiap awal pagi ia akan bising dihadapan pintu; isyarat mahu diberi makanan. Selagi ia belum diberi makan selagi itulah ia membising...ngiau...ngiau ! Selepas kenyang ia tidak akan mengganggu saya lagi. Bagus kucing ini ialah setelah diberi makan ia akan menjalankan kerja dan operasinya setiap hari.
Antara kerjanya yang paling saya senang ialah memburu dan menangkap tikus-tikus yang berkeliaran disekeliling rumah. Setakat ini, alhamdullilah, jumlah tikus telah mencapai angka sifar. Bukan tikus sahaja binatang lain seperti cicak, "karung" habis dibahamnya.
Oleh kerana rumah saya dikelilingi hutan berbagai jenis haiwan boleh muncul tiba-tiba. Dan pernah berlaku(kisah benar) seekor biawak bersaiz besar telah tersesat masuk di dalam pagar rumah. Biawak itu tidak terjumpa jalan keluar dan berlari ke hulu ke hilir cuba melepaskan dirinya. Kucing saya ini tidak meninggalkan biawak itu seinci pun. Ia terus mengekorinya. Saya lihat biawak itu cukup marah bila kucing itu bertentangan dengannya dan mengekori dari belakang. Mulanya saya juga rasa cemas takut-takut kucing itu diterkam biawak itu.
Tetapi selang beberapa minit biawak tersebut dapat melepaskan dirinya melalui satu lubang berhampiran pagar. Saya lega. Biawak lepas keluar dan kucing selamat. Apa yang menjadi perhatian saya ialah kucing itu tidak berundur malah terus menerus mengekorinya.
Saya ada "sense" yang kucing ini akan pastikan tidak ada penceroboh masuk ke halamannya. Keberaniannya berdepan dengan biawak besar mencuri perhatian saya. Saya pernah berseloroh dengan anak saya kalau lembu tidaklah besar sangat pasti dikejarnya. Lembu-lembu peliharaan banyak juga berkeliaran di hadapan rumah. Kebiasaannya ia akan memerhati sahaja gelagat lembu-lembu itu tanpa menghampirinya.
Yang paling menyentuh perasaan saya ialah ketika waktu petang saya sampai di rumah ia seolah duduk di depan pintu pagar menanti ketibaan saya. Begitulah saban hari tabiatnya. Bila saya keluar dari kereta ia akan bising dan menggigit kaki saya seakan mahu diberi makan segera.
Kucing saya ini tidak bernama seperti orang lain yang memberi pelbagai nama pada kucing kesayangan mereka. Saya tidak berhasrat dan terlintas untuk memberi apa-apa nama atau panggilan. Biarlah ia seadanya. Lagi pun apalah ada pada nama.
Nota: Sorry, gambar gelap sikit. Baru sedang belajar pegang kamera!
Ahad, 11 Mac 2012
Hubungan Amerika - Afghan semakin buruk
SEORANG tentera Amerika telah menembak secara rambang membunuh 16 orang awam termasuk kanak-kanak di wilayah Kandahar.
Insiden ini telah membangkitkan kemarahan orang ramai dan mengeruhkan lagi hubungan tentera Amerika dengan penduduk tempatan.
Bagi Presiden Hamid Karzai kejadian yang meragut nyawa orang awam ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.
Sebelum ini ada dua insiden sensitif yang melibatkan tentera Amerika yang membangkitkan kemarahan rakyat Afghanistan dan umat Islam seluruhnya. Pertama; perbuatan beberapa orang tentera Amerika membuang air kecil ke atas mayat-mayat pejuang Taliban. Kedua; pembakaran kitab-kitab Al Quran di sebuah pangkalan tentera.
Kedua insiden tersebut sudah cukup menjejaskan hubungan Washington dan Kabul, malah lebih teruk penerimaan rakyat Afghanistan terhadap kehadiran Amerika di negara mereka terus dipersoalkan. Sedangkan pihak tentera Amerika sentiasa memainkan peranan bagi menjalin hubungan mesra dengan rakyat tempatan dalam usaha memerangi puak Taliban.
Dengan berlakunya ketiga insiden malang itu ia menyukarkan lagi kehadiran tentera Amerika di bumi Afghan dan cabaran yang bakal dihadapinya. Yang pasti sentimen anti Amerika akan terus membakar dan tidak mudah padam di kalangan orang awam.
Jurucakap tentera AS telah mengeluarkan kenyataan kekesalan dan memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. Dan berjanji akan membawa tentera yang terlibat ke muka pengadilan.
Langgan:
Catatan (Atom)









