Umno mencemuh dan mempertikai keupayaan Dr Mahathir, 93 tahun untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Memanglah pada usia 93 tahun adalah terlalu tua untuk memimpin negara. Semua negara di dunia memerlukan seorang pemimpin yang muda lagi berkaliber.
Namun kes Dr Mahathir dalam konteks politik di Malaysia adalah berbeza. Malah ia tidak boleh disamakan dengan suasana negara-negara lain di dunia.
Di Malaysia rakyat sudah tidak ada pilihan kerana para pemimpin yang ada tidak mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang ada pada Dr Mahathir.
Semua umum tahu apa kelebihan dan keistimewaan Dr Mahathir sebagai pemimpin.
Walaupun sudah berusia 93 beliau masih mempunyai idea dan pemikiran yang tajam. Mampu berdepan dan bersemuka dengan sesiapa sahaja dalam apa sahaja forum, sidang akhbar, wawancara dan sebagainya.
Beliau mampu menjawab dan berhujah termasuklah dari media asing. Beliau tidak perlu melihat nota atau dibantu sesiapa dalam berhujah dan menjawab pelbagai soalan daripada sesiapa sahaja. Semua isu dan masalah ada di dalam kepalanya. Dia memahami dengan mendalam sesuatu isu dan mampu menghuraikannya secara yang mudah difahami semua orang.
Bahasanya mudah difahami semua lapisan masyarakat. Bagaimana dia bercakap begitu jugalah bila dia menulis begitu mudah difahami serta tajam maksudnya.
Begitu juga dalam urusan pentadbiran. Beliau seorang pentadbir yang cekap dan berkesan. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri membuktikan segalanya.
Sebagai Perdana Menteri, seseorang itu perlu memahami ekonomi dan kewangan. Kebolehan dan pengetahuan Dr Mahathir dalam kedua bidang tersebut tidak boleh dipertikaikan.
Kemampuannya menghadapi dan mengatasi krisis kewangan negara pada 1998 dari terjerumus ke tangan IMF diakui semua pemimpin dunia.
Sekiranya kita ingin senaraikan kebolehan dan kelebihan Dr Mahathir sebagai pemimpin memang panjang.
Namun hakikatnya ciri-ciri dan kelebihan itu tidak terdapat pada para pemimpin Umno kini.
PM Najib Razak, misalnya, walaupun masih berusia 64 tahun, jauh lebih muda tidak mempunyai dan menyamai standard yang ada pada Dr Mahathir.
Yang paling jelas, Najib bukan pemimpin yang mampu bersemuka dengan media, forum diskusi, wawancara dan sebagainya. Jauh sekali berdepan dengan pihak opposisi. Najib tidak berkemampuan dan tidak berkebolehan.
Najib hanya mampu berdepan dengan para media tempatan yang dipilihnya. Najib adalah satu-satunya PM yang tidak ada sidang akhbar terbuka!!. Malah dalam sidang Parlimen sekali pun dia sering mengelak dari di soal pihak pembangkang.
Kenapa begitu sekali low class? Malulah pada pemimpin tua yang berusia 93 tahun itu.
Tetapi Najib memperleceh usia Dr Mahathir sebagai tidak sesuai menjadi pemimpin negara.
Soalnya bukan pada usia seseorang menjadi ukuran untuk menjadi pemimpin. Namun yang menjadi ukuran adalah kualiti, kebolehan dan kemampuan seseorang itu.
Dr Mahathir mempunyai syarat-syarat itu yang tidak ada pada Najib.
Soal usia 93 tahun tidak penting. Lagi pun Dr Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri sementara selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya bagi membetulkan segala kerosakkan yang berlaku pada negara dibawah Najib Razak.
Selepas 2 tahun Dr Mahathir menjadi PM dan membetulkan segala kepincangan, beliau akan berundur dan menyerahkan kepada calon lain yang lebih muda bagi meneruskan kepimpinan negara.
Kerana hanya Dr Mahathir tokoh yang mampu melakukan perjuangan ini. Jadi soal usia tua tidak relevan lagi dalam konteks masalah yang dihadapi negara kini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan