Khamis, 29 Mac 2018

Dr Mahathir Cabar Najib Dan Hadi Berdebat

Dr Mahathir telah mencabar Najib Razak dan Hadi Awang berdebat dengannya.

Ini ekoran tindakan parti Malaun menganjurkan forum debat antara Dr Mahathir dengan Profesor Kangkung dan beberapa orang yang sewaktu dengannya di markas parti Malaun.

Cabaran balas Dr Mahathir itu adalah munasabah kerana dia adalah ketua parti.  Najib dan Hadi juga adalah ketua parti. Mereka bertiga adalah setaraf disegi kedudukan dalam parti masing-masing.

Justeru itu mereka bertiga adalah layak dan sesuai untuk menyertai forum debat.

Namun para budak parti malaun berhingus mahu anjurkan forum debat seorang Negarawan dengan seorang Prof Kangkung yang bahasa Inggerisnya pun tunggang langgang.

Anjuran forum itu tidak munasabah langsung.  Ia juga tidak adil disudut keadilan kerana ibarat menemukan seorang Phd dengan pemegang Diploma sebagai regu lawan.







Beginilah tuan-tuan tidak payah buang masa dan perhabiskan beras sahaja, terima lah cabaran Dr Mahathir itu untuk berdebat dengan Najib dan Hadi sekali.

Pilih lah tajuk apa pun. Tajuk 1MDB lagi bagus.  Atau bertajuk,  "Siapakah Pencuri, penyamun, penyangak, perompak wang negara ? ".

Najib dan Hadi ada teloq kah hendak berdebat dengan orang tua nyanyuk itu? Hehe...

Jangan jadi macam forum "Nothing To Hide", depa lari hilang entah ke mana. Kesian kat orang tua itu dok tunggu regu lawan tak muncul-muncul kononnya takutkan keselamatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan