ISU pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis pada 2002 timbul lagi selepas pihak berkuasa negara itu menamakan Abdul Razak Baginda sebagai suspek yang akan disiasat kerana ada unsur rasuah.
Sebelum ini dilaporkan empat warga Perancis terlibat sama menerima rasuah hasil pembelian kapal selam itu dari Malaysia.
Razak Baginda adalah bekas pegawai Menteri Pertahanan pada 2002. Ketika itu negara masih dibawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Isu pembelian Scorpene ini melibatkan kos RM5 billion. Sudah jadi rahsia umum pembeliannya ada melibatkan unsur rasuah. Dikatakan Razak telah menerima sejumlah wang hasil pembelian itu. Dan ketika itu dia dikatakan rapat dan bekerja dengan Menteri Pertahanan yang membuat keputusan ke atas pembelian Scorpene itu.
Apa yang lebih mendapat perhatian umum tentang kes Scorpene ini adalah kaitan kes pembunuhan seorang wanita Monggolia yang dikatakan memburu Razak untuk mendapatkan bahagian komisen untuk dirinya hasil pembelian kapal selam tersebut.
Kes kematiannya masih misteri sehingga kini walaupun mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang pegawai polis yang menyebabkan pembunuhannya. Namun kes wanita Monggolia itu mempunyai kaitan langsung dengan pembelian Scorpene tersebut.
Dengan timbulnya usaha pihak berkuasa Perancis bagi menyiasat Razak Baginda mengenai adanya perbuatan rasuah dalam pembelian Scorpene itu tentunya akan mengheret siasatan tersebut lebih meluas skopnya hingga melibatkan wanita Monggolia itu.
Bagi pihak Malaysia pula apakah negara mahu menyiasat semula kes Scorpene ini? Apakah SPRM serius mahu mengetahui kes ini dan apakah yang berlaku sebenarnya?
Oleh kerana ia berlaku pada 2002 iaitu semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, maka adalah bertepatan dengan usaha kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat skandal Forex Bank Negara - ia perlu siasat sekaligus isu pembelian Scorpene itu kerana ia ada unsur rasuah melibatkan ratusan juta.
RCI tentunya perlu menyiasat peranan Menteri Pertahanan ketika itu yang telah membuat keputusan pembeliannya. Apakah benar ada unsur rasuah?
Kerajaan berkuasa kini telah berusaha mengorek segala kepincangan dan ketirisan semasa Dr Mahathir berkuasa. Salah satunya kes Bank Negara. Dan dengan perkembangan terbaru dari Perancis ini harap-harap kerajaan juga bertindak menyiasat sama isu Scorpene ini.
Skandal forex Bank Negara itu berlaku pada 1993. Pembelian Scorpene itu pada 2002 - 2003. Tidak jauh jarak masanya. Dan ia berlaku zaman Dr Mahathir.
RCI boleh siasat Dr Mahathir. Dan yang penting dan utama Menteri Pertahanan waktu itu yang membuat keputusan dan tanda tangan pembeliannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan