TPM Zahid Hamidi sekali lagi mengingatkan Dr Mahathir bahawa era beliau sudah berakhir. Zahid menggesa Dr Mahathir agar penuhkan sisa-sisa hidupnya dengan membuat amalan sebagai bekalan dalam usia lanjutnya 92 itu.
Bukan sahaja Zahid menasihat begitu malah para pemimpin Pas juga seringkali menasihat Dr Mahathir sedemikian. Mereka mahu negarawan itu duduk diam-diam tanpa mencampuri hal ehwal politik negara.
Yang sebenarnya mereka sudah merasai bahangnya dari sikap Dr Mahathir yang sering memberi pandangan berupa kritikan tajam yang boleh membuka minda orang ramai mengenai isu-isu semasa yang berlaku. Ditambah lagi Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh yang kuat serta pengikut yang masih menghargai kepimpinannya selama 22 tahun sebagai PM.
Ke mana-mana sahaja Dr Mahathir berada beliau mendapat sambutan meriah daripada orang ramai. Beliau pula jenis tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak aktif. Pandangan dan ucapannya yang segar dan menarik sering mendapat perhatian dan ditunggu orang ramai.
Jadi kalau Zahid dan para pemimpin Pas mahu Dr Mahathir duduk diam-diam dan berada di rumah melayan cucu-cucunya sahaja tanpa terlibat urusan politik maka mereka tersilap menilai Dr Mahathir.
Dr Mahathir tidak boleh disamakan dengan tokoh-tokoh pemimpin besar yang lain seperti Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah atau Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketiga bekas pemimpin Umno tersebut kini berada dalam dunia pencen dan menghabiskan masa mereka tanpa berani mengambil sebarang risiko dalam kehidupan selesa mereka. Ku Li walaupun belum pencen namun hakikatnya lebih macam orang pencen.
Mereka bertiga diam sunyi hanya mampu melihat tanpa mampu memberi sebarang fikiran dengan apa yang berlaku dalam negara. Sedangkan sekiranya dibandingkan usia mereka bertiga jauh lebih muda daripada Dr Mahathir.
Itulah beza dan kelebihan Dr Mahathir jika dibandingkan dengan Tun Musa, Ku Li dan Dollah Badawi.

Dari kiri Musa, Ku Li dan Mahathir |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan