PENGERUSI Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menyatakan parlimen Malaysia kini sedang melalui suatu keadaan "pelik" di mana Tan Sri Speaker disaman ke mahkamah dan banyak perkara dibawa ke mahkamah oleh pihak pembangkang.
Sikit-sikit saman ke mahkamah kata Shahrir. Kemudian bila kes kalah, pembangkang menuduh mahkamah tidak adil.
Reaksi Shahrir adalah ekoran tindakan wakil DAP menyaman Speaker kerana dua soalannya mengenai isu 1MDB ditolak. Menurut Shahrir lagi, sebagai orang lama dalam parlimen perkara ini tidak pernah berlaku pada zamannya.
Ok lah Tan Sri Shahrir, seperti yang dikatakan apa yang berlaku memang pelik. Tetapi Tan Sri, bukan itu sahaja ada banyak lagi perkara yang berlaku dalam negara yang pelik-pelik.
Antaranya:
- MO1 pada awalnya menafikan ada wang masuk ke dalam akaun peribadinya.
- Kemudian setelah diasak baru mengaku ada orang derma 2.6 billion masuk ke akaunnya. Katanya derma daripada seorang kerabat Di raja Saudi.
- Lepas itu Zahid Hamid kata dia tahu penderma itu bukan seorang tetapi beberapa orang.
- Derma itu untuk lawan dan banteras kumpulan militan ISIS
- Ada wakil Umno kata wang itu untuk belanja kempen pilihanraya.
- MO1 kata wang itu sudah dikembalikan pada pendermanya.
-Wakil Umno mengesahkan wang itu sudah habis dibelanjakan.
- MO1 kata 1MDB tidak rugi masih untung lagi. Ada banyak aset.
- Hutang IPIC Abu Dhabi sebanyak 2.6 billion tidak boleh bayar kerana tidak ada duit. Minta tangguh.
- MO1 kata bukan 1MDB tidak boleh bayar tetapi ada masalah "teknikal".
- MO1 kata dia tidak tahu siapa yang masukkan wang RM42 juta ke dalam akaunnya. Wang itu dari SRC.
- Peliknya MO1 mengaku telah belanjakan wang tersebut.
Ya, Tan Sri banyak benda pelik-pelik berlaku bukan sahaja dalam parlimen bahkan di dalam negara.
Sekiranya ada sesiapa ingin menambahkan lagi senarai benda-benda pelik yang berlaku boleh tambah sendiri. Ada banyak lagi...
Betul seperti kata Tan Sri Shahrir kita sekarang sedang melalui satu zaman pelik.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan