PENGARUH Syiah dalam parti Pas bukanlah perkara baru. Ia telah menjadi satu rahsia umum betapa ramainya para pemimpin dan ahli parti menganut fahaman ini.
Setakat ini tidak pernah ada langkah dan tindakan dari pemimpin tertinggi parti bagi menyekat pengaruhnya dari terus berkembang dan bertapak dalam parti.
Ia seolah sesuatu yang ingin disembunyikan dan tidak bersedia untuk didedahkan pada umum. Masalahnya pemimpin seperti Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Dr Haron Din seperti bisu dan tidak mampu membuka mulut.
Mereka bertiga adalah bertaraf Tok Guru dan ulama, namun bolehlah difahami sikap mereka ini lebih cenderung untuk menjaga kepentingan parti mengatasi kepentingan lainnya. Timbul pertanyaan; apakah parti lebih penting dari soal agama ?
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz yang lantang dalam semua isu politik lebih banyak diam dalam soal Syiah dalam partinya. Dia bukan Syiah dan kelihatan dia juga tidak menentang keras secara terbuka.
Ada pemimpin tertinggi Pas secara terbuka melahirkan kekaguman terhadap pemimpin Hizbullah, Syed Hasan Nasrallah yang mendapat dukungan dari Iran. Sedangkan Pengerusi Ulama Sedunia, Dr Yusuf Qardhawi baru-baru ini telah menuduh Hizbullah persis parti syaitan.
Pengaruh ajaran Syiah di negara ini kelihatan semakin berkembang dengan meningkatnya jumlah ahli. Dan ini merunsingkan pada masa hadapan akan timbulnya konflik mazhab seperti yang berlaku di setengah negara Arab.
Lebih membimbangkan lagi Syiah akan terus berkembang dan bertapak kukuh dalam parti Pas yang dikira sebagai parti yang mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat melayu. Tambahan lagi Pas akan terus berusaha menjadi parti alternatif pada Umno.
Sekiranya ada penafian penglibatan para pemimpin Pas dalam ajaran Syiah ia adalah suatu yang tidak mengejutkan. Kerana mereka tetap tidak akan mengakuinya dan mereka akan terus bertakiyah bagi mengaburi pandangan umum.
Sayugia diingatkan dalam perlembagaan parti Pas ada menyebut semua ahli parti wajib berpegang pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Soalnya, kenapakah Ahli Majlis Syura Ulama Pas boleh pandang sebelah mata isu besar yang melibatkan akidah umat Islam ? Apa isu politik parti lebih penting dan mengatasi segalanya ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan