Hukum mereka yang terlibat
PIHAK polis tidak perlu mengambil masa yang lama bagi menangkap pihak yang terlibat menghina bendera Jalur Gemilang oleh segelintir golongan yang bengong dan terpesong.
Tindakan mengibarkan bendera asing selain bendera kebangsaan adalah satu penderhakaan pada negara. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kelak nanti akan menjadi ikutan dan amalan pada masa hadapan.
Jelas mereka yang terlibat terdiri dari anak-anak muda yang tidak reti apa-apa dan fikiran mereka telah diracuni para pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab.
Mereka bukan sahaja bengong, keliru, malah telah tersesat jalan dan terpesong jauh. Dan paling biadap ialah sikap mereka yang memijak gambar Perdana Menteri.
Inilah gambaran akhlak para pemimpin pembangkang dan para penyokongnya yang kini sedang bercita-cita menuju ke Putrajaya.
Gesaan PM Datuk Seri Najib Razak agar menyekat kemaraan pembangkang ke Putrajaya terbukti kebenarannya. Mereka tidak layak dan jika diberi beri peluang mereka akan hancurkan segala apa yang telah dibina dan diasaskan selama 55 tahun.
Belum lagi berkuasa, bendera kebangsaan sudah hendak diganti dengan yang lain. Pemimpin negara tidak dihormati. Dan bukan mustahil sekiranya diberi kuasa, institusi Raja yang menjadi payung negara akan diganti dengan republik.
Golongan derhaka ini adalah terdiri dari mereka yang telah diracuni fikiran mereka dan telah tersesat jalan. Bukan mudah untuk membawa mereka ke pangkal jalan. Tidak semudah memerangi anasir komunis secara bersenjata di hutan.
Akta ISA telah dimansuhkan. Kerajaan mesti bertindak keras ke atas kumpulan ini dengan undang-undang yang ada bagi memastikan ia tidak akan memusnahkan segala institusi yang telah diasaskan yang menjadi benteng kekuatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan