Tidak perlu berteka-teki lagi
SUDAH hampir setahun para pemerhati politik membuat berbagai andaian dan ramalan tentang tarikh PRU 13.
Suasana dan demam pilihan raya sudah ada dan suhunya semakin hari semakin tinggi. Namun hingga kini semboyan belum lagi dibunyikan.
Orang ramai terus membuat ramalan hari pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Ada pendapat percaya ia akan diadakan selepas bulan puasa atau penghujung tahun ini. Sayugia tarikh matang parlimen sekarang akan berakhir pada April 2013. Ertinya, selepas tarikh itu secara otomatis parlimen akan terbubar dengan sendirinya dan memberi laluan PRU 13 diadakan.
Kalau dikira dari sekarang kerajaan kini mempunyai 11 bulan sahaja bagi menamatkan mandat pada 2008. Sebelas bulan bukanlah satu masa yang panjang. Tidak ada apa yang " miracle" boleh dilakukan dalam tempoh tersebut kerana boleh dikatakan hampir semua yang layak mengundi telah pun mempunyai pendirian sendiri.
Justeru itu tidak perlulah berteka-teki bila PRU 13 akan diadakan. Sama ada selepas puasa atau hujung tahun ini ianya tidak banyak memberi kesan atau perbezaan dengan tarikh akhir iaitu April 2013.
Pakatan Rakyat berkata mereka sudah cukup bersedia bila-bila masa sahaja. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah melakukan berbagai persiapan rapi untuk mendapatkan mandat baru rakyat.
Cuma yang tinggal hanya perang psikologi dan mainan isu bagi mengatasi pihak lawan menjelang semboyan dibunyikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan