Kerajaan Mahiaddin perlu berhati-hati kerana rakyat sekarang sedang marah. Marah yang amat sangat.
Banyak sangat perkara tidak betul berlaku terutamanya dari pihak atasan. Perlanggaran SOP oleh pak-pak menteri dan golongan VIP telah memburukkan lagi keadaan.
Terbaru Timbalan Speaker Parlimen pun sendiri telah langgar SOP di kebun durian bersama rakan-rakan sendirian berhad!! Jamu dan pesta durian lah konon-kononnya.
Ada Perdana Menteri pun macam tidak wujud. Seluruh kabinet macam badut sarkis. Tiada haluan. Masing-masing jaga kedudukan dan kepentingan sendiri.
Fenomena bendera putih seluruh negara adalah satu mesej dan lambang kegagalan kerajaan Mahiaddin.
Rakyat sedang marah.
Ingat, kerajaan Umno/BN bawah Najib Razak tersungkur dalam Pru14 dan hilang kuasa di Putrajaya kerana kemarahan rakyat tidak dapat dibendung disebabkan berbagai isu.
Selepas Najib jatuh naik pula Mahathir 2.0 selama 22 bulan juga telah menghadapi masalah yang sama. Rakyat marah kerana harapan mereka dikecewakan.
Justeru kerajaan Mahathir 2.0 telah mengalami kekalahan yang besar sebanyak tujuh kali Pilihan Raya Kecil secara berturut-turut. Rakyat marah. Sebab manifesto bukan kitab suci.
Akhirnya Mahathir 2.0 tumbang dengan sendirinya tanpa peti undi.
Kini giliran Mahaiddin.
Rakyat marah lagi. Marah yang amat sangat sehingga naik bendera putih sebagai simbol kegagalan kerajaan membela nasib hidup mereka.
Berhati-hati bila rakyat naik marah.
Najib dan Mahathir 2.0 sudah terkena sumpahannya.
Nasib Mahiaddin kini ibarat telur dihujung tanduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan