SEMPENA meraikan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, sayugia memetik sebahagian wawancara Ahmad Lutfi Othman dan Suria Janib dengan Haji Mohamad Sabu pada 14 Jun 1998, dalam majalah Tamadun, keluaran Julai, 1998.
Inilah sebahagian kecil kandungan wawancara tersebut :
Soalan : Sekiranya berlaku peralihan kuasa iaitu Anwar menggantikan Mahathir, agaknya bagaimana nasib PAS ?
Mat Sabu : Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihanraya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama. Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya, Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM. Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihanraya yang akan datang.
Soalan : Kata orang, berbanding Mahathir, Anwar dilihat jarang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekeh Islam ?
Mat Sabu : Anwar memang lebih bijak berbanding Mahathir. Mahathir tidak reti menerangkan Islam tetapi Anwar lebih pandai. Misalnya, apabila menerangkan hukum hudud, Mahathir akan menolaknya secara total tetapi Anwar akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini, soal awlawiyyat atau prioriti. Jadi penolakan Anwar lebih lunak ! Memang keduanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah.
Itulah secara ringkas isi kandungan wawancara tersebut yang teks asalnya sebanyak lima halaman penuh. Majalah Tamadun diusahakan dan diterbitkan oleh orang yang aktif dan berkepentingan dalam organisasi PAS. Segala soal jawab tersebut, terpulanglah kepada kita untuk menilainya dan terpenting menjadi bahan "renungan" bagi mereka yang minatnya mengikuti perkembangan politik semasa.
Kepada Timbalan Presiden PAS yang baru tentang pandangannya 13 tahun dahulu itu........alahai.....alahai
Selasa, 7 Jun 2011
Mat Sabu berkomentar tentang Anwar
Tiga kelab EPL berkunjung ke Malaysia
SAH tiga kelab tersohor di England, Liverpool, Arsenal dan Chelsea akan berkunjung ke Malaysia bulan depan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan.
Kunjungan Liverpool ke sini merupakan kali pertama dalam siri Jelajah Asia 2011. Manakala Arsenal dan Chelsea pernah beberapa kali ke Kuala Lumpur sebelum ini. Begitu juga dengan Manchester United yang lebih kerap ke Malaysia.
Kesanggupan ketiga kelab EPL ini datang dan menguji pasukan kebangsaan merupakan satu petanda baik bagi kemajuan dan perkembangan bolasepak tanahair. Sebelum ini pasukan negara agak sukar mencari pasukan yang berkualiti sebagai perlawanan ujian dan mencari pengalaman.
Barangkali, pencapaian dan prestasi Harimau Malaya akhir-akhir ini dengan menjuarai acara bolasepak di Sukan SEA dan Piala Suzuki telah mendorong mereka ingin menguji pasukan negara. Mereka sebagai sebuah kelab besar dan popular tentunya lebih selektif dalam memilih pasukan sebagai lawan dalam perlawanan persahabatan.
Dan Harimau Malaya pula sejak menjadi juara Piala Suzuki belum lagi tewas dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan Hong Kong dan sebuah kelab Perancis yang merupakan juara Liga di Singapura.
Bagi pasukan negara ini adalah peluang dan kesempatan yang bermanfaat untuk memperkemas dan memperbaiki segala kelemahan sebelum menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia akan menentang Taiwan dan jika menang mereka akan berdepan pula dengan Singapura bagi pusingan kedua.
Coach Rajagopal tentu akan memperolehi banyak "tips" dan ramuan berguna dalam siri tiga perlawanan persahabatan ini bagi memastikan Harimau Malaya dapat mengatasi Taiwan dan Singapura, serta layak ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014.
Dalam sejarah bolasepak, Malaysia tidak pernah layak ke pusingan yang lebih jauh dan sering tersingkir lebih awal. Tetapi kali ini dengan prestasi dan pencapaian yang membanggakan serta kualiti yang ada pada para pemain muda kita, harapan untuk mencapai kejayaan begitu cerah sekali.
Apatah lagi pasukan negara kini memiliki sekumpulan para pemain yang rata-rata berusia bawah 23 tahun, masih muda dan mempunyai semangat yang tinggi setiap kali turun ke padang. Inilah aset yang paling penting dalam membentuk sebuah pasukan yang kuat dan disegani.
Cuma kita mengharapkan tidak ada pemain dalam pasukan Harimau Malaya terlibat dalam gejala rasuah seperti yang dihebohkan akhir-akhir ini. Kalaulah ada pemain yang terlibat, maka hancurlah harapan peminat untuk melihat negara ini mengembalikan semula sejarah kegemilangan bolasepak tanahair. Dan lebih memalukan lagi imej negara akan tercemar.
-------------------------------------------

Isnin, 6 Jun 2011
Mampukah PAS ganti UMNO ?
DENGAN perkembangan terbaru dalam parti PAS dan segala kenyataan yang dikeluarkan barisan pemimpin yang terpilih serta ucapan dasar Presiden, adakah parti itu sedang menuju landasan yang betul bagi mengganti UMNO sebagai parti orang melayu dan Islam di negara ini ?
PAS percaya ia boleh menjadi parti alternatif pada UMNO melalui kerjasamanya dengan DAP dan PKR. Analisis keputusan pilihanraya kecil yang sebanyak 16 kali - 8 dimenangi pembangkang dan 8 dimenangi Barisan Nasional.- menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya menarik pengundi-pengundi Cina menyokongnya. Manakala pengundi melayu masih lagi berpihak pada Barisan Nasional. Begitu juga keputusan pilihanraya di Sarawak yang lalu menunjukkan trend yang sama.
Sekiranya PAS ingin mengetuai Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti ia perlulah menarik lebih ramai pengundi melayu meninggalkan UMNO.
Tetapi ucapan Presiden PAS baru-baru ini yang mahu memperjuangkan negara kebajikan sebagai ganti pada negara Islam yang menjadi perjuangannya selama ini menarik perhatian. Mengapakah PAS berubah posisi dari negara Islam ke negara kebajikan pula ?
Apakah PAS terpaksa kompromi dan bertolak ansur dengan rakan mereka DAP dan PKR ?
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, telah menyatakan PAS mesti berusaha menawan hati dan pemikiran rakyat, lebih-lebih lagi orang melayu, untuk menggantikan UMNO.
Tetapi dengan pendirian PAS yang terbaru ini boleh menimbulkan keraguan dikalangan orang melayu dengan sikap PAS yang berubah-ubah. Ini ditambah lagi dengan pendirian Tok Guru Nik Aziz yang menolak ketuanan melayu dan melayu sebagai satu bangsa dalam politik negara ini.
Isu-isu seperti ini tidak akan membawa PAS ke mana. Malah ia akan memberi kelebihan pada UMNO sebagai political mileage padanya. Majoriti orang melayu masih tidak jelas dan sangsi dengan pendirian PAS tentang negara Islam dan sikapnya tentang bangsa melayu sebagai peribumi.
Orang-orang melayu sudah tentu tidak akan "bereksperimen" dan mengambil sikap "mencuba-cuba" tentang masa depan mereka. PAS seharusnya membuktikan dan menjelaskan peranan yang akan dipikulnya bila mereka ke Putrajaya kelak.
Apa yang menakutkan sokongan terhadap PAS akan membawa rebah. DAP dan PKR pula bermaharajalela dan mengaut keuntungan dari percaturan politik Pakatan Rakyat.
PAS adalah parti tertua dan senior dalam Pakatan Rakyat. Dan ini perlu diterjemahkan dalam segala tindakan dan agenda parti pembangkang. PAS tidak harus mengekori, ia mesti menguasai dan mengepalai Pakatan Rakyat.
Namun, suasana sekarang adalah sebaliknya. Sekira keadaan ini berterusan harapan PAS untuk mengganti UMNO bagaikan bermimpi di siang hari, apatah lagi menawan Putrajaya.
- Catatan ini telah disiarkan dalam akhbar Siasah, keluaran 10 - 16 Jun 2011.

Ahad, 5 Jun 2011
Angin perubahan melanda PAS
KEPUTUSAN pemilihan di muktamar PAS kali ini mengejutkan dan diluar jangkaan para pemerhati dalam dan luar. Ia menyaksikan sebahagian besar calon-calon berlatarkan ulamak tidak mendapat tempat.
Usaha Datuk Dr. Haron Din disaat-saat akhir dengan memberi sokongan terbuka gandingan Hadi-Nasha tidak memberi kesan pada para perwakilan. Selepas keputusan, sebagai Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din, telah menyatakan beliau tidak kecewa dan menerima kehendak para ahli.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, Mat Sabu mendapat 420 undi, Tuan Ibrahim 339 undi dan Nasharuddin yang terendah sebanyak 224 undi.
Sebelum pertandingan sudah dijangka undi bagi calon ulamak akan berpecah. Sekiranya undi Nasha dan Tuan Ibrahim dicampur ia berjumlah 563 undi berbanding 420 undi yang diperolehi Mat Sabu. Tetapi itulah sifat demokrasi dan pengamalnya pula terpaksa akur.
Untuk jawatan Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Amar Abdullah yang dikira ulamak diketepikan dan diisi dengan Sallahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
Dengan barisan saf yang baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, buat pertama kalinya akan dikelilingi pemimpin kanan dari golongan profesional. Mampukah Haji Hadi menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai Presiden atau beliau terpaksa tunduk dengan Timbalan dan Naibnya ?
Sebelum muktamar ini pun kepimpinan Haji Hadi banyak dipersoalkan dari dalam dan luar parti. Ada yang berpendapat beliau gagal sebagai ketua parti dan tidak begitu lantang dalam isu-isu yang melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Sehingga ada cawangan yang mencadangkan agar jawatan Presiden dipertandingkan. Dan kelihatan ada usaha dari parti menolak cadangan tersebut semata-mata ingin menjaga air muka dan maruah Presiden. Justeru itu jawatan Presiden kekal tanpa bertanding.
Tetapi isu ini timbul kerana ada timbul rasa tidak puas hati dari ahli akar umbi terhadap kepimpinan Presiden. Dengan barisan pemimpin yang baru terpilih kedudukan Presiden akan selamat buat seketika, sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi.
Bila sampai masa muktamar akan datang, rasanya kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden tetap akan dicabar. Bukan mustahil Presiden PAS juga akan diganti dengan calon Presiden dari golongan profesional.
Jadi, Haji Hadi, sekiranya beliau ingin terus kekal sebagai Presiden PAS, beliau kenalah ubah stail kepimpinannya ke arah lebih aggresif dan lantang senada dan seiring dengan Timbalan dan Naib-Naib Presiden yang baru terpilih.
Sekiranya beliau masih dengan cara kepimpinannya sekarang, maka beliau akan menjadi calon pemimpin ulamak yang terakhir yang akan disingkirkan.

Sabtu, 4 Jun 2011
Anwar Ibrahim mula bela diri
ANWAR Ibrahim akan melakukan pembelaan dalam kes liwatnya di Mahkamah Tinggi, 6 Jun ini. Semoga tidak ada lagi penangguhan atau melambat-lambatkan proses yang berlangsung di mahkamah nanti.
Tidak perlu menimbulkan soal konspirasi atau fitnah dan soal keadilan bila proses perbicaraan berjalan. Kerana inilah masa dan ruang untuknya membela dan membersihkan namanya yang telah tercemar dengan pelbagai tuduhan.
Rakyat dan seluruh lapisan masyarakat sudah cerdik dan celik. Mereka mampu menilai dan mempertimbangkan yang mana satu kebenaran dan fitnah. Mereka bukan boleh dibodoh-bodohkan dengan segala sajian yang dihidangkan pada mereka.
Sekiranya benar ada konspirasi atau fitnah politik, maka tidak perlu khuatir kerana rakyat akan menghukumnya melalui peti undi dalam PRU ke 13 yang tidak berapa lama lagi.
Dan Datuk Seri Anwar, sekiranya beliau berada dipihak yang benar, tidak perlu bimbang dan khuatir. Biarkan proses mahkamah berjalan dengan lancar. Kalau hakim tidak adil, rakyat akan menjadi hakim menentukan nasib kerajaan kelak.
Mohd Saiful Bukhari begitu konsisten dalam usahanya mencari kebenaran dan meneruskan kes liwat ini tanpa bertangguh lagi. Sikap ini dapat dilihat dari awal lagi. Manakala pihak pembelaan sering cuba menangguh-nangguhkan dan melewatkan perbicaraan ini berjalan dengan lancar.
Ini tidak selari dengan sikap untuk mencari kebenaran. Seolah ada sesuatu yang hendak disembunyikan dari didedahkan pada umum.
Seperti biasa bila perbicaraan berjalan, banyak perkara yang akan didedahkan sehinggalah ke perkara yang sulit dan rahsia.
Apakah semua yang diperkatakan dan didedahkan akan mengikut skrip yang telah diatur ? Seperti kata Tun Dr. Mahathir, adalah tidak logik untuk mengatur dan mengawal hampir 100 orang semua peringkat untuk menjayakan sebuah konspirasi ?
Saya berharap pendirian saya ini salah. Dan memang kes Anwar ini adalah kes politik untuk menyekat kemaraannya ke Putrajaya. Selagi mahkamah tidak mensabitkannya, selagi itulah beliau tidak bersalah.
Tetapi dengan segala apa yang berlaku mutakhir ini dan penafian-penafian yang dibuat, telah menimbulkan banyak persoalan dan keraguan. Banyak berlaku kesamaran dan kekeliruan.
Justeru itu menjadi bebanan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghilangkan segala kesamaran dan kekeliruan itu dengan membela dirinya di mahkamah secara habis-habisan.
Kita sebagai rakyat tentunya mengharap kes liwat akan selesai dan dikambus rapat-rapat agar tidak ada lagi selepas ini. Sudah hampir 12 tahun rakyat dibebankan dengan kes liwat ini. Semoga selepas ini rakyat dapat menghirup udara dan nafas yang segar dan bukan lagi isu-isu yang jijik dan memualkan.

Jumaat, 3 Jun 2011
Krisis kewangan Asia 1997/98 dibukukan
TUN Dr. Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tidak ada ujian paling getir dihadapinya sebagai seorang pemimpin ialah menghadapi krisis kewangan yang melanda Asia oleh pihak spekulator.
Banyak konglomerat, syarikat-syarikat besar dan ahli perniagaan jatuh bangkrap ekoran nilai matawang jatuh dan faedah pinjaman bank naik melambung. Di Malaysia NPL (Non Performing Loan) jatuh dari enam bulan hingga ke tiga bulan.
Nilai ringgit terus jatuh berbanding US Dollar. Indonesia, Thailand dan Korea Selatan paling teruk kesannya. Di Indonesia rusuhan berlaku akibat harga barang keperluan naik berlipat ganda. Di Korea Selatan pula, Daewoo, sebuah konglomerat terbesar terpaksa diambilalih oleh pihak pemodal barat.
Akhirnya, akibat tekanan kewangan yang tenat, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan jatuh ke tangan IMF.
Tetapi Malaysia di bawah Dr. Mahathir telah mengambil langkah bijak dan menolak "resepi" IMF dalam menangani krisis kewangan masa itu. Langkahnya ialah dengan menambat ringgit nilai RM 3.80 bersamaan satu US Dollar.
Tindakan ini dikecam hebat oleh IMF serta negara-negara barat. Malah mendapat tentangan juga di dalam negeri dari pihak-pihak tertentu.
Keputusan dan langkah yang diambil Dr. Mahathir telah menyelamatkan negara dan rakyatnya dari jatuh ke tangan IMF yang meletakkan syarat memenuhi segala formula yang diberikannya dalam mengendali dan mengurus kewangan negara.
Ketokohan dan kehebatan seorang pemimpin diuji bila ia berdepan dengan masalah dan krisis. Bila seseorang pemimpin itu berjaya menyelesaikan masalah dan berjaya mencari jalan keluar, maka dia dianggap lulus ujian dan membuktikan ia adalah pemimpin yang berkesan.
Kehebatan seorang pemimpin bukan diukur di sudut retorik dan janji-janji manis sahaja, tetapi dari segi idea dan kemampuannya melaksanakan idea-idea tersebut. Dan Dr. Mahathir termasuk dalam kategori tersebut.
Bagi generasi muda tentulah ingin mengetahui dan mempelajari bagaimana Dr. Mahathir dalam saat genting itu membuat keputusan demi kebaikan negara dan cara-cara beliau menghadapi spekulator kewangan yang mengaut keuntungan dengan merosakkan sistem kewangan negara-negara di Asia.
Ini dapat diperolehi dengan terbitnya buku, "Notes to the Prime Minister- The untold story of how Malaysia beat the currency speculators." Buku ini diusahakan penasihat ekonominya pada masa itu- Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Menurut Nor Mohamed, buku ini mengandungi nota-nota dan perbincangan antara beliau dan Dr. Mahathir dalam menangani kesan krisis kewangan masa itu.
Bagi Tan Sri Nor, buku ini penting agar generasi akan datang dapat menilai kebijaksanaan dan ketabahan Dr. Mahathir ketika menghadapi krisis ekonomi yang tercatat dalam sejarah negara.
.

Sinar Harian dan harapan pembaca
AKHBAR Sinar Harian kini menjadi salah satu akhbar harian yang popular. Sejak awal penerbitannya dengan nama "Sinar Banar", ia mula beredar di Kelantan dengan harga cuma 50 sen.
Kemudian semakin hari akhbar ini mendapat sambutan yang luar biasa dan melebar edarannya ke kawasan Pantai Timur, terutama Trengganu.
Dan kini ia langkah setapak demi setapak sehingga meluas ke seluruh negara. Pada awalnya kandungan akhbar ini lebih tertumpu pada berita-berita tempatan di Kelantan dan Trengganu. Tetapi kini ia telah bersifat lebih nasional dan menyeluruh.
Justeru itu dari Sinar Banar ia beralih kepada Sinar Harian, telus dan tulus. Harganya pun meningkat sedikit kepada RM 1. Ini kerana isi kandungan berita dan sebagainya telah menyerupai akhbar-akhbar harian utama yang lain.
Kelebihan Sinar Harian ialah ia menyajikan hampir setiap hari dengan kolumnis-kolumnis yang menulis berbagai isu dan topik yang menarik.
Apa yang terpenting sekali ialah Sinar Harian telah berjaya menjadikannya sebagai sebuah akhbar yang "neutral" dengan memberi liputan dan ruang kepada semua pihak, termasuk pihak parti pembangkang.
Di sinilah, barangkali, kelebihan pada Sinar Harian berbanding harian utama yang lain. Para pembaca akhbar kini ingin memperolehi sumber maklumat yang pelbagai dan bukan hanya bercorak "sehala".
Bolehkah Sinar Harian mengekalkan imejnya sebagai akhbar yang "neutral" ? Nashkah edarannya sekarang mencecah 160 ribu sehari. Satu jumlah yang besar bagi sebuah akhbar kecil yang baru bertapak.
Dengan dimiliki syarikat bumiputra dan anak kelahiran Kelantan, Karangkraf, bukan mustahil suatu hari Sinar Harian akan menjadi harian utama di negara ini. Itupun sekiranya akhbar ini tidak dikuasai oleh golongan-golongan yang berkepentingan. Ia perlu kekal bebas seperti hari ini. Dan harganya juga kekal dengan RM 1.
Tidak syak lagi Sinar Harian akan menjadi "alat penimbang" antara Utusan dan Berita sebagai sumber maklumat orang-orang melayu di negara ini.
Semoga Sinar akan terus telus dan tulus.

Rasuah bolasepak menghantui lagi
GEJALA rasuah dalam bolasepak timbul lagi dengan terbongkarnya dalang mengatur keputusan perlawanan Piala Presiden membabit perlawanan antara T-Team dan Negeri Sembilan. Setakat ini ianya masih dalam siasatan.
Sekiranya ini benar berlaku ia cukup malang bagi sukan bolasepak tanahair. Lebih kurang 20 tahun dahulu, gejala rasuah inilah yang telah melumpuhkan dan menghancurkan Liga Malaysia yang merupakan salah satu Liga yang meriah dan terbaik di Asia Tenggara.
Lebih 200 orang pemain termasuk pemain kebangsaan telah digantung dari bermain dan ada yang dibuang daerah akibat dari kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan. Bayangkan 200 pemain, sebahagian besarnya melibatkan pemain-pemain yang ternama dan berbakat.
Dan yang paling teruk menerima kesan dari peristiwa ini ialah pasukan kebangsaan. Selepas tragedi itu, FAM terkapai-kapai dalam membentuk sebuah pasukan kebangsaan. Prestasi pasukan negara terus merosot dan menjunam di arena antarabangsa, malah tercungap-cungap bersaing peringkat ASEAN.
Peristiwa itu telah berlalu dan hampir dilupakan sebagai peristiwa hitam dan penuh pengajaran. Dan dua tahun terakhir ini pasukan bolasepak negara mulai bangkit dengan menjuarai Piala Suzuki dan mengondol emas dalam acara bolasepak di Sukan SEA . Satu pencapaian yang membanggakan semua lapisan masyarakat. Kelihatan prestasi pasukan negara mampu pergi lebih jauh berdasarkan kualiti dan semangat yang ada pada para pemain.
Sehinggalah tercetusnya gejala rasuah ini ia cukup menakutkan dan menghantui bukan saja peminat bolasepak tanahair, malah seluruh rakyat Malaysia. Apakah peristiwa hitam 20 tahun dahulu akan berulang ?
Kita berharap kes ini hanya akan melibatkan hanya dua pasukan yang dalam siasatan iaitu T-Team dan Negeri Sembilan. Semoga tidak ada lain-lain pasukan yang terlibat. Negara tidak sanggup dan mampu lagi untuk menghadapi kes rasuah bolasepak versi kedua dalam tempoh ini.
Sekiranya selepas siasatan didapati ada lagi pasukan-pasukan lain yang terlibat, maka masa depan sukan bolasepak tanahair akan mengalami kehancuran dan zaman yang gelap, malah tidak mungkin bangkit lagi.
Kita berharap tidak ada pemain Harimau atau Harimau Muda yang terlibat. Mereka semua masih muda dan berbakat, malah sering mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan yang disertai mereka.
Mereka tidak harus menghancurkan masa depan mereka, apatah lagi menghancurkan harapan negara yang diletakkan ke atas bahu mereka.

Khamis, 2 Jun 2011
Dr. Haron Din sokong Nasha
AKHIRNYA Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din, memecahkan kesunyian dengan meminta ahli-ahli PAS agar mengekalkan gandingan Hadi-Nasha dalam muktamar parti itu sehari dua lagi. Menurutnya, PAS perlu meneruskan tradisi kepimpinan ulamak, walaupun ia tidak tercatat dalam perlembagaan parti.
Pandangan beliau disokong oleh Subky Abdul Latif, bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, dengan menyatakan jawatan nombor dua parti harus diberi kepada pemimpin berlatarbelakang kelulusan agama atau ulama.
Soalnya, mengapa Dr. Haron Din dan Subky Latif membuat kenyataan ini disaat-saat akhir menjelang muktamar ? Apakah ancaman dan peluang Mat Sabu semakin "real" ?
Pada umumnya, semua orang mengetahui bahawa Hadi, Nasha, Haron Din dan Mustapha Ali berada dalam satu kapal. Cuma sebelum ini ia tidak diperkatakan secara umum, lebih-lebih lagi Presiden parti, Abdul Hadi.
Dan pendirian Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz tidak perlu lagi dipersoalkan kerana sikap orang tua itu sudah terang lagi bersuluh. Anak-anak buahnya seperti Husam Musa, Khalid Samad dan lain-lain masih lagi memendam rasa episod kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin .
Husam yang menentang Nasha untuk jawatan nombor dua parti di muktamar yang lalu telah menggunakan ayat "unacceptable" langkah setengah pemimpin parti yang ingin bekerjasama dengan UMNO. Kini mereka telah meletakkan Mat Sabu sebagai proksi mereka dalam percubaan untuk menguasai parti.
Mat Sabu adalah calon "liberal" yang bukan ulamak dan juga bukan ustaz. Seperti kata Subky, sekiranya Presiden tidak ada, maka Timbalannyalah yang akan mengambilalih menerajui parti. Justeru itu calonnya mestilah tahu Al Quran dan hukum-hukumnya.
Berdasarkan faktor ini, peluang Mat Sabu untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS, amatlah tipis. Seandainya, ya seandainya, Mat Sabu menang, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan nawaitu dan falsafah pemikiran ahli-ahli PAS.
Barangkali, bila Mat Sabu jadi orang nombor dua parti, di mana nak diletaknya muka pemimpin seperti Harun Taib, Ustaz Haji Ahmad Awang, Ustaz Ghani Shamsuddin, Dr Hassan Ali, Azizan Razak, serta ulama-ulama lain. Malah Dr. Haron Din sendiri.
Maka itulah kenyataan Dr. Haron Din tadi mempunyai signifikannya sendiri, malah sebagai usaha memperingati para perwakilan agar tidak silap membuat pilihan supaya nasi tidak jadi bubur. PAS perlu terus dikuasai barisan para ulamak, agar parti tidak hilang arah dan imejnya sebagai satu-satunya harakah Islam di negara ini.
PAS perlu membuat perubahan dan reformasi peranannya dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak harus berada di bawah DAP atau PKR, malah ia perlu lebih menonjol, menguasai dan dominan dalam agenda politik nasional. Ia tidak perlu terikut-ikut dengan tarian DAP dan PKR. PAS mesti bergerak dengan imejnya sendiri. Malah PAS harus buktikan nyawanya dalam politik nasional tidak bergantung pada kedua parti tersebut.
Akhirnya, PAS adalah satu "force" yang disegani dan dihormati dan bukan "alat" memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Sekiranya PAS tidak mampu mengatasi UMNO, ia perlu memainkan peranan sebagai "check and balance" dengan berkesan. Dan bukan menjadi "kuda tunggangan" pada DAP dan PKR..

Rabu, 1 Jun 2011
Khairy Jamaluddin tokoh pemuda yang berkarisma
KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, seorang politikus muda yang berbakat besar dan tidak kurang dengan kontroversi. Semasa Tun Abdullah Badawi , bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, ramai pemerhati lebih tertumpu padanya berbanding Tun Abdullah.
Kononnya, banyak keputusan dan langkah Pak Lah banyak dipengaruhi menantunya itu. Ini telah memberi gambaran yang negatif terhadap kepimpinan Pak Lah masa itu. Lebih mengeruhkan lagi keadaan bila Tun Dr. Mahathir telah mengkritik dan menghentam Khairy secara terbuka.
Dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy telah berjaya menewaskan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pertandingan tiga penjuru yang disertai seorang calon lagi iaitu Khir Toyo. Kesan selepas pertandingan itu cukup kontroversi kerana Dr. Mahathir telah menuduh Khairy bermain politik wang untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda.
Bagaimanapun, tidak ada tindakan dari parti terhadap tuduhan tersebut kerana tidak ada bukti. Namun, sebagai Ketua Pemuda UMNO, Khairy, tidak disenaraikan dalam kabinet Najib. Apakah ini satu hukuman terhadap Khairy ? Atau Najib terpaksa tunduk dengan tekanan dan pengaruh Dr. Mahathir ?
Beberapa bulan dahulu, Khairy, telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang. Kenyataannya ini telah mengejutkan banyak pihak.
Apakah Khairy sungguh-sungguh tidak mahu lagi jawatan tersebut ? Atau ini adalah manifestasi kekecewaannya terhadap layanan parti terhadapnya ? Amatlah janggal sekali sebagai Ketua Pemuda yang tarafnya adalah seperti Naib Presiden, tidak diberi tempat dalam kabinet kerajaan, hatta sebagai Timbalan Menteri.
Tidak pula dapat dipastikan adakah ini hanya satu langkah "politik" Khairi untuk menguji sokongan para pemuda UMNO terhadap pimpinannya. Kerana apa yang pasti Datuk Mukhriz Mahathir akan mencabarnya sekali lagi.
Khairy dan Mukhriz sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Kedua mereka adalah pemimpin muda yang berbakat dan berpotensi besar pada masa hadapan. Mukhriz lebih bersifat "low profile' dan Khairy kelihatan lebih "ultra" dan berani.
Khairy telah memperlihatkan ketokohan dan karismatiknya bila beliau adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang sering menghadiri forum debat berdepan dengan tokoh pemimpin PAS. Keberanian dan kebolehannya berhujah harus dipuji. Dia telah membuktikan bahawa beliau adalah pemidato yang baik dan mempunyai hujah-hujah yang kuat serta berfakta.
Terbaru dalam Siri Wacana Sinar, yang turut disertai Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin serta Khairy dalam debat yang bertajuk "Fitnah : Ancaman Umat Akhir Zaman." Prestasi Khairy dalan Wacana Debat ini tidak mengecewakan.
Beliau juga pernah ikut serta dalam forum di Balai Islam, Kelantan berdepan dengan Datuk Husam Musa. Seperti biasa Khairy telah membuktikan beliau seorang yang mempunyai hujah dan fakta, malah berani pula berhadapan dengan sesiapa saja.
Beliau masih muda dan mempunyai masa depan politik yang baik. Kontroversi dirinya semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri telah mematangkannya dalam dunia politik.
![]() |
| Khairy |

Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

.jpg)

.jpg)