Sabtu, 15 September 2018

Politik Matang PAS

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad kini lebih matang jika dibandingkan semasa menjadi Perdana Menteri ke 4 dahulu.

Menurut Hadi, kini setelah menjadi PM buat kali kedua, Dr Mahathir lebih bersikap lunak dengan bersetuju membayar royalti minyak pada Kelantan dan Terengganu. Ertinya, dahulu semasa menjadi PM ke 4, Dr Mahathir berkeras enggan memberi royalti namun kini lebih matang selepas menjadi PM ke 7 dengan mengubah pendiriannya dalam isu royalti pada dua negeri Pantai Timur itu.

Tuan PresiDeng...

Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Presiden Pas itu dalam konteks ayat "lebih matang" terhadap Dr Mahathir.

Kerana Dr Mahathir lebih matang lah dia berjaya menjadi PM buat kali kedua dan menjadi PM tertua di dunia.

Kerana lebih matang lah Dr M mampu menjadi strategis politik hebat kerana mampu mengabungkan parti PKR, DAP, Amanah dan Bersatu dibawah satu lambang bagi menjatuhkan regim BN dan Najib Razak.

Kerana lebih matang lah Dr M mampu bertindak di luar jangkaan dengan bergabung bersama seteru politiknya, Anwar Ibrahim.

Begitu juga seteru-seteru politiknya yang lain seperti Lim Kit Siang, Mohamed Sabu, Gobind Singh Deo dan lain-lain lagi.

Semua ini adalah diluar jangkaan serta mengejutkan Najib Razak dan Tuan Presiden Pas sendiri.

Memang Dr M lebih matang dalam usianya 93 tahun.

Walaupun partinya Bersatu hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen, namun ia terbukti menjadi "King Maker" dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Jadi, Tuan Presiden Pas, cermin lah diri sendiri dalam melihat kematangan negarawan 93 tahun itu.

Apakah Tuan Presiden kini lebih matang? Atau perasan syok sendiri sahaja?

Sampai bila Pas akan terus kekal sebagai pembangkang dalam Parlimen dengan hanya mampu memenangi 18 kerusi dari 222 kerusi?  Paling banyak kerusi pernah dimenangi Pas adalah 21 kerusi.

Justeru gi mana Pas mahu memperjuangkan Hudud dan hukum Syariah sekiranya semata-mata mahu mendapat bantuan dan meletakkan perjuangan hukum Isle itu di bahu Umno atau Pakatan Harapan??

Kerana jelas sekali Pas tidak punya kemampuan untuk melaksanakannya.

Yang tragisnya, bila kedua parti Umno dan PH tidak menyokong dasar perjuangan Pas, maka depa adalah anti Isle?  Kih. .kih.. kih. .

Barangkali, ini lah politik matang Pas. Hanya mampu 18 kerusi  dari 222 kerusi Parlimen.

Parti-parti lain seperti Umno, Amanah dan Bersatu bagaikan tebusan.  Ketiga parti tersebut mesti ikut telunjuk Pas dalam isu hudud. Sekiranya depa tidak ikut maka Tuan Presiden kata Pas sudah terlepas kewajibannya terhadapTuhan.

Amboi... terlebih-lebih matang  Tuan Presiden...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan