Selasa, 9 Januari 2018

PRU14 : Najib Razak Dalam Tekanan

PRU14 semakin hampir dan tarikh keramat itu bukan lagi menjadi teka teki besar kerana ia perlu diadakan sebelum April ini.

Sebab bulan Mei sudah masuk bulan puasa. Dan bulan Jun pula kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara.  Umno tidak mungkin sanggup menghadapi gabungan Mahathir - Anwar dalam kempen pilihanraya nanti.

Tempoh masa sudah terbatas buat Umno dan BN. Ini semua ekoran tindakan Najib Razak melengah-lengahkan tarikh PRU14 sehingga rapat ke dinding.

Apakah ini mengambarkan Najib dan Umno belum bersedia menghadapi perhitungan rakyat? Sehingga terpaksa mengheretnya hingga ke peringkat akhir tamatnya tempoh mandat di Parlimen...

Inilah kesilapan besar Najib dalam memperlambatkan tarikh PRU14. Kesannya amat jelas terhadap Pakatan Harapan yang kini semakin tersusun dan mantap dalam misi mengambilalih Putrajaya.

Walaupun kelihatan cubaan Umno dan kerajaan melalui RoS memberi masalah pada proses pendaftaran Pakatan Harapan dan parti Bersatu - parti-parti dalam PH terus menyusun langkah dan persediaan bagi menghadapi PRU14.

Ertinya semakin lama PRU14 dilengah-lengahkan semakin mantap dan tersusun Pakatan Harapan.

Sekiranya dilihat pada suasana iklim politik semasa amat jelas Najib dan Umno belum cukup bersedia menghadapi ibu segala pilihanraya itu.

Banyak isu tidak terjawab. Terutamanya isu rasuah dan penyelewengan melibatkan Felda dan Mara.  Isu 1MDB dan 2.6 billion tidak perlu dikatakan lagi. Memang tidak ada jawaban jelas hingga sekarang.

Siapa sebenarnya yang tertekan? Apakah Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim di dalam tekanan bagi menghadapi PRU14 ?

Dr Mahathir sudah 92 tahun. Dia hanya ada masa sedikit sahaja bagi menyelesaikan kerjanya yang terakhir iaitu menjatuhkan Najib. Sebab itu PH melantiknya sebagai Perdana Menteri sementara sehinggalah Anwar mengambilalih.

Dan Anwar pula bakal dibebaskan dari penjara.

Sebaliknya Najib wajib menang dalam PRU14 ini.  Bukan sahaja mesti menang tetapi mesti menang besar majoriti dua pertiga.

Sekiranya Najib gagal dia pun tahu apakah nasibnya selepas PRU14 nanti. Malah jika Najib menang majoriti kecil di Parlimen, kedudukan dia sebagai Presiden Umno juga bakal bergoncang.

Jadi Najib lah sebenarnya yang tertekan. Kerana tugas beratnya bukan sahaja mesti menang pertahankan kedudukan malah misi mesti menang besar majoriti dua pertiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan