Khamis, 18 Januari 2018

Dr Mahathir Bukan Pemain Bolasepak

Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Naib Presiden Pas,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menganggap zaman kegemilangan Dr Mahathir sudah berlalu dan tidak diperlukan lagi dalam arena politik tanahair.

Mohd Amar menyindir sinis Dr Mahathir ekoran pertanyaan negarawan itu pada parti Pas - siapakah calon Perdana Menteri mereka sama ada Najib atau calon PH Dr Mahathir?

Sebenarnya soalan Dr Mahathir itu tepat kena batang hidung Pas kerana Pas lebih mesra dengan Najib.  Dan Pas pula tidak menamakan calon PM.

Malangnya Pas juga tidak pernah mencalonkan tuan Presidennya sebagai calon PM. Kerana Pas tahu dan sedar tuan Presiden partinya tidak layak jadi PM dan parti Pas hanya target menang 40 kerusi Parlimen.

Itu pun Pas tidak mungkin menang 40 kerusi Parlimen. Ia adalah perkara mustahil. Paling banyak Pas boleh menang dalam Pru14 ini hanya tidak lebih 10 kerusi sahaja. Ini realiti bukan lagi ramalan Pak Nujum.

Sebab itulah Pas tidak ada calon PM. Pas masuk bertanding dalam Pru14 hanya sebagai pengacau dan mahu menghalang PH menang. Tetapi Pas mendabik dada parti mereka adalah "king maker". Keh keh... keh...

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Balik pada Mohd Amar tadi, dia cuba bandingkan Dr Mahathir seperti pemain bolasepak yang sudah tua dan tidak selincah pemain muda. Katanya pemain bola yang sudah berusia tidak lagi sehebat zaman mudanya.

Woi,  Mohd Amar, politik bukan serupa main bola di padang. Pemain bola sepak bila sudah berusia 30an boleh dikira hampir mahu gantung kasutnya.

Tetapi ini arena politik. Walaupun usia 92 tahun namun akal masih tajam. Penulisan pula lebih tajam dari lidah. Itulah Dr Mahathir.

Yang tentunya Dr Mahathir lebih layak dan berhak menjadi PM sekali lagi jika dibandingkan dengan tuan Presiden!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan