Rabu, 17 Januari 2018

Najib Kata Dr Mahathir Cakap Mengarut

Pemuda Pakatan Harapan (PH) telah mencadangkan diadakan debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan calon Perdana Menteri PH, Dr Mahathir menjelang PRU 14 yang dijangka diadakan dalam dua tiga bulan ini.

Debat ini sekiranya menjadi kenyataan ianya adalah sesuatu yang ditunggu seluruh rakyat. Namun pada hakikat dan realitinya di negara ini ia tidak mungkin berlaku.

Dr Mahathir pada umumnya cukup bersedia dan sanggup untuk berdebat dengan Najib dalam semua isu nasional. Tetapi Najib dilihat tidak mampu dan tidak bersedia untuk menghadapi Dr Mahathir.


Sebelum ini dalam forum Nothing To Hide siri 1 dan 2, Najib gagal dan mengelak dari hadir bagi berdepan Dr Mahathir.

Malah dari jauh Najib sering menyindir Dr Mahathir sebagai seorang tua berusia 93 tahun yang suka cakap mengarut.

Tetapi setakat itu sahajalah Najib berani mengata-ngata terhadap orang tua 93 tahun itu. Itu pun cakap-cakap Najib terhadap Dr Mahathir selalunya tidak mempunyai isi dan hujah bernas.  Ia lebih bersifat kebudak-budakan dan tidak matang.

Berlainan Dr Mahathir yang banyak memberi fakta dan hujah bernas namun semuanya tidak dapat dijawab Najib. Contohnya isu yang dibangkitkan Dr Mahathir mengenai Bank Negara kehilangan rm160 billion dalam usaha mempertahankan nilai ringgit.  Isu 1MDB, 2.6 billion serta tuduhan Dr Mahathir terhadapnya sebagai pencuri, penyamun dan penyangak - tidak dapat dijawab Najib secara tegas dan jelas.

Sebaliknya semua itu dijawab oleh Salleh Keruak, Johari Abdul Ghani dan lain-lain menteri.  Dan selalunya jawaban dan penjelasan tersebut tidak lengkap dan memuaskan. Najib sepatut menjawabnya sendiri apa lagi ia melibatkan dirinya secara peribadi.

Tetapi apa yang kita lihat bila Dr Mahathir membangkitkan sebarang isu secara khusus terhadap Najib - Najib hanya sengeh dan senyum melebar beberapa inci. Itu sahaja.  Lepas itu dia mula mengata Dr Mahathir bermacam-macam yang lebih bersifat peribadi tetapi bukan dengan hujah balas dan mematahkan hujah.

Peliknya Najib kata Dr Mahathir dah tua dan cakap mengarut!

Walau pun dah tua Dr Mahathir mampu berdepan dalam sidang akhbar dan menjawab semua soalan dari media dalam dan luar negeri. Pihak media juga lebih seronok bertanya soalan dengan orang tua itu.

Beginilah tuan-tuan, cuba tanya berapa kali kah Najib sebagai PM mengadakan sidang akhbar pada semua media dan menerima soalan daripada mereka?

Sekiranya ada itu pun hanya pada media yang telah dipilih Najib terlebih dahulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan