Ini adalah petikan dari Harakah Daily mengenai hasrat Hadi Awang mahu menjadi nelayan sekiranya sudah tidak lagi memegang jawatan dalam politik.
Laporan ini adalah pada 2013. Selepas PRU13, Hadi terus menjadi wakil rakyat dan menjawat jawatan parti. Dengan itu dia tidak menjadi nelayan.
Namun kali ini selepas PRU14 ada harapan besar dia akan dapat memenuhi impiannya untuk menjadi seorang nelayan. Kerana parti PAS tidak menyertai Pakatan Harapan, malah lebih cenderung untuk memberi kerjasama dengan Umno.
Justeru langkah PAS itu akan memberi impak besar terutamanya para pengundi bukan melayu yang mengundi mereka pada PRU13.
Bukan sahaja PAS akan kehilangan pengundi bukan melayu malah sebahagian besar pengundi melayu juga tidak akan mengundi PAS lagi. Mereka mempunyai pilihan antara Bersatu dan Amanah. Dan kedua parti melayu itu kini sedang meningkat dari segi pengaruh dan momentum dikalangan orang melayu.
PAS mahu bertanding 130 kerusi parlimen pada PRU14 ini. Tetapi PAS hanya target menang 40 kerusi sahaja !
Namun boleh dijangka PAS hanya mampu menang tidak lebih 10 kerusi parlimen sahaja berdasarkan tindakan dan langkah politiknya mutakhir ini. Politik masuk Umno pun tidak dan menjadi pembangkang pun tidak. PAS banyak berkecuali dalam mendepani isu-isu nasional.
Oleh itu boleh dijangkakan selepas PRU14 ini hasrat dan cita-cita Hadi mahu menjadi seorang nelayan - Insya Allah akan termakbul...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan