ISU 1MDB bagaikan seperti hantu yang menghantui Perdana Menteri Najib Razak dan parti Umno. Walau pun laporan Ketua Audit Negara dan PAC telah siap dibentangkan dalam parlimen ia tidak kelihatan akan muktamad dan meredakan kehangatan isu tersebut dari terus dipertikaikan umum.
Pertamanya, laporan itu tetap dibawah Akta OSA dan rakyat tidak berpeluang untuk membaca dan menelti isi kandungannya yang setebal 107 muka surat.
PM Najib dan para menteri kerajaan membuat kesimpulan dari laporan tersebut bahwa PM merangkap menteri kewangan tidak terlibat dalam sebarang kesalahan dan perbuatan rasuah.
Manakala kebanyakan dari pandangan umum serta para pemimpin di luar kerajaan berkeyakinan ada bukti kukuh unsur penyelewengan dan salah guna kuasa dalam urusan kewangan 1MDB di mana syarikat itu adalah dibawah kementerian Kewangan dan Najib sebagai Penasihat Lembaga Pengarahnya.
Laporan Audit dan PAC itu sendiri tidak lengkap dan sempurna gara-gara 1MDB tidak menyerahkan dokumen atau statement bank mereka di luar negara untuk dijadikan bahan siasatan. Justeru banyak persoalan tidak terjawab. Ertinya, laporan yang dibentangkan di parlimen dan dikategorikan sebagai bahan sulit di bawah OSA itu tidak lengkap dan terperinci.
Tetapi yang menariknya PM Najib menganggap isu 1MDB telah selesai dan muktamad. Dan dia adalah bersih dari segala tuduhan ! Najib sendiri telah membuat kenyataan bahawa rakyat negara ini perlu melangkah ke hadapan dan tidak lagi menumpu pada kes 1MDB.
Lebih menakjubkan Najib telah menyatakan bahawa 1MDB akan meninggalkan legasi pada negara ini melalui Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange !
Apakah Najib berada di dunia realiti atau ia sedang bermimpi ? Apakah semudah itu isu 1MDB boleh dipadamkan sedangkan terlalu banyak persoalan baru telah ditimbulkan. Tidak mungkin negara dapat melangkah ke hadapan selagi isu skandal terbesar negara dapat diselesaikan secara tuntas dan terbuka.
Isu persoalan seperti bagaimana 1MDB boleh membuat bayaran berbillion US Dollar pada syarikat Good Star milik Jho Low dan Aabar secara kong kalikong tanpa mengikut prosedur perniagaan yang betul ? Apakah peranan Jho Low sebagai pihak ketiga yang dikira banyak mengambil kesempatan ke atas 1MDB ?
Yang menariknya, Jho Low yang kini dikira sebagai pelarian tidak boleh disentuh oleh pihak berkuasa. Sedangkan dia adalah watak penting dan berpengaruh dalam isu 1MDB.
Begitu juga dengan bekas CEO 1MDB, Shahrol Halmi yang disebut dalam laporan sebagai bertanggungjawab dalam kelemahan pengurusan kewangan 1MDB. Laporan tersebut menyarankan agar Shahrol disiasat dan dikenakan tindakan.
Namun anehnya tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas Shahrol hingga sekarang. Bahkan dia masih bekerja di Putrajaya dibawah agensi Perdana Menteri.
Isu 1MDB adalah satu skandal yang simple dan mudah untuk difahami. Ia adalah isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan wang negara! Tetapi ia kelihatan begitu komplikated kerana ada tangan-tangan tertentu yang mahu melindungi mereka yang terlibat.
Dalam negara Peguam Negara mengambil keputusan tidak ada kes. Kes ditutup.
Tetapi diluar negara seperti di Swiss, UK, U.S, Hong Kong, Luxembourg dan Singapura kes 1MDB masih terus dalam proses siasatan berkenaan dengan transaksi kewangan yang mencurigakan.
Seperti kata Najib, 1MDB akan meninggalkan legasi untuk negara ini !!

al Syeikh Jho Low |

Shahrol Halmi |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan