Sabtu, 30 April 2016

Isu 1MDB Tidak Relevan di PRN Sarawak ?

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) Sarawak akan diadakan pada 7 Mei ini.

Banyak perkembangan menarik dalam PRN tersebut.

Antaranya; Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem berkata isu 1MDB tidak ada kena mengena dengan negeri Sarawak. Isu 1MDB adalah isu Semenanjung dan Putrajaya.


Berpuluh-puluh senarai para pemimpin pembangkang tidak dibenarkan masuk ke negeri Sarawak. Sekiranya mereka ingin ke Sarawak mereka kena minta izin dahulu dengan Ketua Menteri.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri (PM) terpaksa turun ke Sarawak berkempen bersama-sama Ketua Menteri dalam PRN.

Dan PM hanya menumpu kempen dan jelajahnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Dia tidak berkempen di kawasan bandar yang majoritinya kaum Cina. Khabarnya, PM tidak ke kawasan bandar kerana majoritinya lebih memahami isu 1MDB.

PRN Sarawak amat penting buat PM bagi memulihkan imej beliau dan kerajaan yang telah terjejas teruk di Semenanjung. Kemenangan BN di Sarawak pada perkiraan PM dan Umno boleh memberi 'political mileage' pada kerajaan untuk menghadapi PRU 14.

Walau pun isu 1MDB tidak boleh disentuh dan tidak relevan di Sarawak serta sekatan pada para pemimpin pembangkang dari memasuki Sarawak - adakah kemenangan Adenan Satem relevan buat PM ?

Sungguh menarik PRN Sarawak. Isu skandal 1MDB telah kecoh seluruh dunia. Di Swiss, Singapore, Amerika, London dan lain-lain pihak berkuasa berkenaan telah menjalankan siasatan dan pendakwaan di mahkamah berkaitan 1MDB.

Di Malaysia laporan PAC dan Ketua Audit Negara berkaitan penyelewengan 1MDB diklasifasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi.  Tiada pendakwaan. Tiada tangkapan. Dan tiada perletakkan jawatan dari para ahli Lembaga Pengarah. Fuyooo !!

Dengar sini wahai para parti pembangkang yang bertanding di Sarawak, sekiranya BN dibawah Adenan Satem menang besar pada 7 Mei, kamu semua boleh pi terjun Sungai Sarawak.

Ha ha ha...!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan