Sabtu, 23 April 2016

Mahathir Atau Najib Low Class ?

ADA pemimpin Umno selaku menteri kabinet menganggap Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin low class kerana sanggup bersama dan berada satu pentas dengan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan lain-lain.

Apakah Dr Mahathir seorang yang low class ?  Hanya rakyat terbanyak dapat menilai dan menentukannya bukan menteri Umno yang seorang itu.

Lagi pula Dr Mahathir bukan lagi ahli Umno. Dia dah keluar dari parti Umno.

Dr Mahathir bersama pembangkang bukan mahu melawan Umno tetapi mahu Najib Razak berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Dr Mahathir

Ketika masih dalam Umno, Dr Mahathir telah menggunakan berbagai cara dan saluran dalam parti agar Najib berundur. Tetapi semuanya tidak berkesan.

Akhirnya dia keluar parti bukan parti yang memecatnya.

Prinsip perjuangannya tidak berubah. Dia tidak sokong DAP atau PKR. Dia hanya mahu Najib meletakkan jawatan. Mahathir juga tetap konsisten dalam isu Anwar Ibrahim.

Setelah usahanya gagal melalui Umno, dia bergabung dengan parti pembangkang bagi mencapai matlamat agar Najib berundur.

Dr Mahathir bukan sahaja mahu selamatkan Umno tetapi yang lebih utama adalah menyelamatkan negara yang kini semakin hari semakin merosot dan mundur ke belakang dalam segala bidang. Negara bukan lagi seperti 13 tahun dahulu yang berada dalam kedudukan dihormati dan disegani diperingkat antarabangsa.

Baik diperingkat ASEAN, OIC, PBB, Eropah dan Afrika, Malaysia di bawah Dr Mahathir tetap berperanan dan berpengaruh.

Dibawah Najib, di mana Malaysia sekarang ? Diperingkat ASEAN pun kelihatan kedudukan Najib seperti nyawa-nyawa ikan ! Masa Dr Mahathir, negara adalah saingan utama negara jiran Singapura.
Tetapi sekarang Malaysia sedang bersaing dengan Laos, Myanmar, Kampuchea etc.


Negara Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam telah jauh ke hadapan dalam banyak bidang terutama ekonomi dan perdagangan.

Kita di sini masih lagi dengan cerita bodoh - 1MDB yang kini masih membayar kadar faedah bank hampir RM 2 billion setahun. Berdasarkan laporan 1MDB kini berhutang bagi membayar kadar faedah. Ia juga berhutang untuk membayar hutang pokok.

Perniagaan 1MDB adalah berhutang untuk membayar hutang. Segala assetnya juga telah dijual bagi mengurangkan beban hutang yang dikatakan mencecah RM 50 billion !

Yang tentunya 1MDB tiada wang tunai. Tiada aliran wang masuk. Tiada perniagaan. Fungsinya sekarang hanya berhutang untuk membayar hutang dan menjual segala asset yang ada.

Adakah ini yang dikatakan syarikat pelaburan strategik negara ? 1MDB adalah dibawah kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang juga Penasihat Lembaga Pengarahnya.

Menurut Peguam Perdana Menteri, Najib selaku Menteri Kewangan mungkin tidak baca dan tidak tahu semasa menandatangani segala dokumen berkaitan transaksi 1MDB. Hmm..hmm....

Kita nak tanya menteri Umno yang sorang tu...siapa yang low class ??








Tiada ulasan:

Catat Ulasan