Perdana Menteri |
Nilai mata wang ringgit terus jatuh ke paras lebih RM 4 bersamaan dengan Satu US Dollar.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan salahkan situasi politik negara sebagai puncanya.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat meneruskan siasatan terhadap 1MDB sehingga Oktober ini kerana tiada pengerusi. ( Tangguh lagi...)
Pada Jun lalu dua pegawai CEO 1MDB tidak dapat hadir mengadap PAC kerana alasan berada di luar negara. ( Pandai buat alasan...)
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, salah seorang ahli Task Force menyiasat 1MDB diberhentikan perkhidmatannya. Kini Task Force tersebut seperti tidak wujud lagi dan lumpuh sama sekali.
Dua pegawai tinggi SPRM dan lain-lainnya yang terlibat dalam siasatan 1MDB pula telah disiasat polis. Kata pegawai SPRM yang kena siasat polis - ' Ini kerja gila'.
Nama-nama mereka yang terlibat dalam isu 1MDB seperti seorang usahawan muda Cina tidak pun dipanggil untuk disoal siasat. Orang lain pulak yang kena soal siasat.
Sehingga hari ini Perdana Menteri belum lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal yang mendedahkan isu berkaitan 1MDB.
Dan banyak lagi dan banyak lagi.
Semua ini menimbulkan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri dan kerajaan. Sedangkan Perdana Menteri sendiri menyeru agar tidak melihat isu 1MDB hanya sudut persepsi. Tetapi dia lah yang mencipta dan menimbulkan persepsi negatif itu.
Perdana Menteri perlu segera menyelesaikan isu 1MDB ini secepat mungkin hingga ke akar umbinya sekiranya dia ingin melenyapkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan dirinya.
Atau pun dia mungkin rasa tidak perlu kerana beranggapan pilihan raya bukan hari ini atau esok atau lusa. Kerana dia pernah kata pilihan raya lambat lagi.
Mat Maslan IQ 3.85 pun kata pilihan raya lambat lagi.
Hooray !! Hooray !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan