Sabtu, 22 Ogos 2015

Antara Bersih dan Sehati Sejiwa

KEMENTERIAN Pendidikan telah mengeluarkan arahan semua pelajar sekolah di Pulau Pinang dilarang ikut serta dalam atur cara menyambut hari kemerdekaan di negeri itu pada 31 Ogos ini.

Ini berikutan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang menetapkan perkataan "Bersih" sebagai tema hari merdeka bagi negeri itu. Sedangkan tema yang ditetapkan kerajaan pusat adalah "Sehati Sejiwa".

"Bersih" bunyinya sama dengan Bersih 2.0 dan Bersih 4 sebuah pertubuhan yang sedang giat mengadakan perhimpunan di ibukota, Sabah dan Sarawak untuk menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan dan melakukan reformasi secara menyeluruh institusi kerajaan dari gejala rasuah serta segala bentuk ketidaktelusan

Bersih juga adalah antara slogan yang popular pada era Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen sebuah kerajaan Bersih, Cekap, Amanah.

Setakat ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak berganjak dengan tema pilihan negeri itu yang katanya mempunyai persamaan slogan kerajaan semasa Dr Mahathir.

Nampaknya bila sesuatu perkara itu melibatkan politik ia akan menjadi terlalu sensitif. Lebih-lebih lagi kini suasana dalam negara berada dalam keadaan super sensitif !

Nilai ringgit yang jatuh ke paras RM4.12 bersamaan USD.

Skandal 42 billion 1MDB yang semakin hilang fokus !

Dana 2.6 billion masuk dalam akaun PM.

Dan lain-lain lagi.

Barangkali dalam keadaan begini sensitif ibu-ibu yang bakal melahirkan anak seharusnya tidak memberikan nama anak-anak mereka seperti Najib, Razak, Rosmah, Mahathir, Guan Eng, Nuar, Hadi Bawang dan lain-lain kerana ia mungkin sensitif pada pihak tertentu.

Sekiranya mereka berdegil juga dengan memberikan nama-nama tersebut mereka bakal menghadapi masalah...hahaha...

Alahai, politik boleh bikin orang jadi bertambah dungu !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan