Selasa, 18 Ogos 2015

Apo Nok Di Kato Lu Pikir Lah Sendiri !!

Tan Sri Shahrir Abdul Samad


RAKYAT menerima dengan baik penjelasan kerajaan berkenaan dengan wang RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno Tan Sri Shahrir Samad.

No problem !

Para pemimpin Umno pun ada menerima bahagian masing-masing. Ada yang dapat RM2 juta. Ada dapat RM1juta dan RM50,000.

Rakyat pun dapat juga melalui BR1M secara ansuran RM300 x 3 = RM 900 dalam masa setahun.

Jadi tak payah lah banyak komplen itu ini, begitu begini.

Rakyat terima BR1M seperti orang minta sedekah beratur panjang mengikut giliran.

Kesian  pada pakcik dan makcik selepas terima BR1M bila pihak TV tanya nak buat apa dengan duit itu ? Mereka kata nak beli barang-barang dapur, nak simpan belanja untuk cucu dan sebagainya. Ada juga dengan muka yang senyum berkata, " Makcik nak simpan.' Apa lah yang ada pada nilai RM900 dengan segala kenaikkan kos sara hidup sekarang. Apatah lagi duit BR1M dibagi secara tiga kali ansuran.

Berita baru ada wakil rakyat menggesa kerajaan menaikkan elaun mereka kerana tidak cukup dan berkesan dalam menjalankan tugas sebagai YB dengan elaun sedia ada. Mereka mahu elaun mereka dinaikkan. Satu lagi alasan mereka bagi mengelakkan perbuatan rasuah !

Pada hal elaun wakil rakyat parlimen baru sahaja dinaikkan baru-baru ini dari RM6,000 kepada RM16,000 !

Haha...apo nok dikato ! Lu pikir lah sendiri !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan