Isnin, 8 Jun 2015

UMNO Selepas 2003

SELEPAS tahun 2003 bila Ayahanda tidak lagi menjadi PM, parti Umno dah mula jadi macam cendol. Bermula dengan Pak Lah Badawi, buat pertama kali kerajaan Umno - BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Bila giliran Najib Razak menggantikan Pak Lah pada 2009, kedudukan Umno bertambah teruk. Ia lebih teruk dari masa Pak Lah Badawi. Kemenangan majoriti dua pertiga yang dikecapi Umno - BN selama lima penggal berturut-turut dibawah pimpinan Ayahanda bertukar menjadi "jauh panggang dari api".

Umno bukan sahaja kehilangan dua pertiga malah tidak mampu menubuhkan kerajaan pusat sekiranya tidak dibantu oleh parti-parti komponen terutamanya dari Sarawak. Jika takdirnya parti-parti komponen ini keluar dari kerajaan BN sudah pasti kerajaan pada hari ini akan tumbang.

Umno hanya mempunyai kurang lebih 88 kerusi di Parlimen dari 222 kerusi keseluruhannya.


Namun sekiranya dibuat perbandingan di zaman Ayahanda, kerusi yang dimenangi Umno sahaja sudah memadai secara majoriti mudah membolehkan Umno mendirikan kerajaan tanpa bantuan dari parti-parti komponen. Ertinya, kerusi yang dimenangi Umno dalam setiap PRU membolehkannya mendirikan kerajaan secara sendirian.

Begitulah betapa kuat dan kukuhnya Umno yang menjadi tulang belakang BN. Tetapi Umno tidak tamak kuasa bila ia sanggup berkongsi dengan parti-parti komponen  menubuhkan kerajaan.

Namun suasana itu sudah berlalu. Kerajaan bukan sahaja kehilangan dua pertiga malah kekuatan Umno semakin mengecil dan susut.

Kini ramalan sekiranya diadakan pilihan raya bila-bila masa atau pada 2018, Umno - BN akan kehilangan kuasa dan tumbang.

Ini semua berpunca dari pimpinan yang lemah dan tidak memahami masalah-masalah yang dihadapi negara.

Kepimpinan yang kuat dan berkesan akan melahirkan kerajaan yang kukuh dan berkredibiliti.

Inilah yang membezakan kepimpinan Ayahanda dari 1981 hingga 2003 dengan zaman Pak Lah dan Najib sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan