Jumaat, 5 Jun 2015

Isu 1MDB : Adakan Forum Lain Secepat Mungkin !!

PERDANA MENTERI Najib Tun Razak memang tak der teloq bila dia tidak hadir dalam forum, "Nothing To Hide", satu majlis soal jawab berkenaan isu kontroversi 1MDB yang kini berhutang RM42 billion.

Sehingga hari ini tidak ada satu pun jawaban atau penjelasan yang memuaskan daripada Najib tentang bagaimana syarikat pelaburan kerajaan itu boleh berhutang sehingga 42 billion hanya dalam masa enam tahun penubuhannya.

Forum yang diadakan hari ini dibatalkan pihak polis dan Najib tidak hadir di atas alasan soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Dr Mahathir sedang beri nasihat pada Najib...

Tun Dr Mahathir Mohamad pengkritik utama Najib yang menggesanya meletakkan jawatan ekoran kegagalan Najib memberi jawaban tentang isu 1MDB hadir dalam forum tersebut untuk bersemuka dengan Perdana Menteri itu.

Namun semua pihak amat kecewa kegagalan Najib untuk hadir bagi merebut peluang memberi penjelasan sejelasnya tentang isu 1MDB yang telah kehilangan wang berbillion kerana salah guna kuasa dan pengurusan korporat yang lemah.

Najib boleh bagi berbagai alasan untuk tidak hadir dalam forum tersebut yang mempunyai tajuk yang menarik - Nothing To Hide. Tetapi dengan pembatalan majlis ini ia telah menjejaskan imej dan kredibilitinya dengan teruk sekali. Orang ramai akan semakin sangsi dengan keupayaannya menjadi pemimpin nombor satu negara.

Alasan keselamatan untuk tidak hadir dan pembatalan forum ini yang dihadiri lebih seribu orang dalam bangunan PWTC, Ibu pejabat Umno adalah tidak munasabah langsung. Apakah Najib tidak selamat berada di bangunan parti yang dipimpinnya sendiri ?

Dia boleh berada dalam perhimpunan rakyat di Sarawak dan Pahang yang dihadiri puluhan ribu orang - tidak timbul pula soal keselamatan. Dalam bangunan Umno di PWTC yang dihadiri hanya seribu orang lebih; apakah dia rasa tidak selamat ?

Kita sebagai rakyat berharap Najib boleh membuktikan kata-katanya baru-baru ini bahawa dia seorang yang bersemangat pahlawan dan tidak patah semangat menghadapi segala cabaran sebagai Perdana Menteri. Oleh itu dia patut anjurkan forum lain secepat mungkin bagi membuktikan dia betul seorang pahlawan dan dia - Nothing To Hide, dalam isu 1MDB.

Dan satu lagi dia jangan gentar atau beri berbagai alasan untuk tidak berdepan dengan Dr Mahathir bagi memberi penjelasan dan jawaban tentang 1MDB.

Segala penjelasan dan jawaban bukan untuk Dr Mahathir tetapi untuk rakyat !!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan