GAMBAR di atas dipetik dari The Malaysian Insider. Kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang meninjau dan melawat Sabah yang dilanda gempa bumi. Mereka kelihatan sedang diberi taklimat suasana di sana.
Apakah mereka berdua secara kebetulan bertemu di Sabah tanpa dirancang ? Atau memang mereka berdua berada dalam satu pesawat terbang ke Sabah ?
Mungkin juga Tan Sri Muhyiddin yang menjemput dan mempelawa Hadi bersamanya ke Sabah ?
Hadi baru sahaja selesai di Muktamar PAS di mana dalam ucapan penangguhannya dia ada menyatakan tidak salah berjumpa dengan Umno dan Umno tidaklah seburuk Firaun.
Muhyiddin pula kini adalah ketua kerajaan setelah Perdana Menteri Najib Razak terbang ke Arab Saudi selama tiga hari dalam lawatan rasmi.
Dengan Najib sedang menghadapi tekanan berkaitan isu RM42 billion 1MDB dan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP - segala macam boleh berlaku dalam satu atau dua minggu ini.
Tetapi yang pasti mereka yang pro DAP dan kumpulan yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini tidak selesa dengan perkembangan terbaru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan