TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah dikecam oleh para pemimpin DAP dan ahli Majlis Peguam kerana terus memberi pandangannya mengenai kes liwat Anwar Ibrahim yang telah pun selesai. Shafee memberi hujah-hujahnya mengapa dia yakin Anwar tetap bersalah dalam interbiunya dengan akhbar New Straits Times dan Mingguan Malaysia.
Antara yang menarik kenyataan Shafee dalam interbiu tersebut bahawa dia berani bersumpah di Mekah dan dengan Quran bahawa Anwar tidak dianiaya sesiapa. Kes ini bukan kes politik tetapi lebih berdasarkan bukti-bukti saintifik dan melampaui keraguan munasabah.
Sehingga Shafee menyatakan sekiranya dia berkesempatan berkata-kata dengan Anwar, dia akan memberitahunya agar menghentikan tabiat buruknya itu dan bertaubat !
Segala kenyataan Shafee itu tidak disenangi para pemimpin DAP dan beberapa peguam dari Ahli Majlis Peguam kerana dianggap sebagai tidak adil pada Anwar yang tidak boleh membalas segala kenyataan tersebut. Mereka juga berpendapat tugas Shafee telah selesai pada hari keputusan di mahkamah persekutuan dan tidak wajar lagi bertindak melebihi batasannya sebagai peguam yang dilantik Peguam Negara mengendalikan kes tersebut bermula di mahkamah rayuan.
Dengan kata lain, bagi para pemimpin DAP dan Majlis Peguam, Shafee tidak boleh dan tidak wajar memberi sebarang pandangannya selepas kes itu selesai dan muktamad. Ertinya, dia tidak boleh bercakap dan membuka mulut. Tetapi yang peliknya dalam masa yang sama para pemimpin DAP dan sekutunya termasuk orang ramai bebas memberi berbagai reaksi dengan menuduh para hakim telah menjadi alat kerajaan, para hakim tidak mengadili secara saksama dalam kes tersebut dan berbagai tuduhan liar yang tidak berasas.
Sehingga hari ini pun demo dan himpunan secara kecil-kecilan kerana tidak mendapat sambutan orang ramai terus menghina sistem kehakiman negara dengan pelbagai tuduhan.
Apa perbezaannya dengan pandangan Shafee itu berbanding dengan tindakan DAP dan para penyokong Anwar ? Apakah ini dikatakan demokrasi dan kebebasan ? Di pihak sebelah kerajaan tidak boleh bercakap dan membuka mulut sedangkan pihak pembangkang boleh bercakap sesuka hati walaupun ia ternyata mengarut dan tahyul !
Pada pihak sebelah sana sekurang-kurangnya sambutlah cabaran Shafee yang sanggup berdebat dengan sesiapa sahaja dalam kes Anwar ini; baik dikalangan DAP atau ahli Majlis Peguam. Dan yang paling mudah sekali sambut lah cabaran Shafee yang berani bersumpah di Mekah dan menerima pembalasan di dunia sekiranya dia menganiaya Anwar !
Kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar, sila ambil perhatian !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan