Isnin, 16 Februari 2015

Pas bertanding di Permatang Pauh ?

PANDANGAN agar Umno tidak bertanding dalam PRK Dun Chempaka adalah baik untuk rakyat negeri Kelantan dan parti Umno/BN khususnya. Tidak ada impak besar pada mana-mana pihak hasil dari PRK itu. Kedudukan Pas dan Umno dalam DUN tidak akan terjejas atau sebaliknya jika ditakdir ada pertandingan.

Walau pun sepanjang hayatnya Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah berpatah arang dan telah membakar jambatan antaranya dengan Umno, namun para penyokong Umno seharusnya memberi penghormatan padanya dengan menyerahkan kerusi Chempaka pada Pas sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 tiba. Pada PRU 14 nanti Umno boleh meletakkan calonnya semula.

Tetapi bagi kerusi parlimen Permatang Pauh, Umno perlu sedikit analisis dan strategi sebelum membuat sebarang keputusan. Kerusi Permatang Pauh dimenangi Anwar Ibrahim sejak 1982 ketika dia mula-mula baru menyertai Umno. 

Sebelum itu pada 1978 kerusi tersebut adalah milik parti Pas melalui calonnya Zabidi Ali. Pada PRU 1982, Umno berjaya merampas kerusi itu dari Pas melalui Anwar. Sehingga sekarang kerusi itu bukan lagi milik Umno atau Pas tetapi telah dikuasai PKR.

Umno perlu ingat Pas kini terbahagi dua kumpulan yang bertelagah. Satu dipihak ulama konservatif dan satu pihak lagi ialah kumpulan Edorgan.

Di pihak ulama dikatakan dahulu lebih cenderung mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Namun idea ini ditentang keras puak Edorgan. Siapa Edorgan ini ? Tidak lain dari nama-nama seperti Mat Sabu, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Hanipa Maidin dll.

Dan ulama yang menjadi broker ke hulu ke hilir bagi menjayakan idea ini tidak lain bekas Timbalan Presiden parti, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Nasharuddin masih ahli Pas dan sehingga kini antara pemimpin yang boleh keluar masuk ke Putrajaya berjumpa dengan Perdana Menteri tanpa sekatan.

Nasha sendiri baru-baru ini menegaskan isu kerajaan perpaduan masih relevan dan berjalan.
Kelihatan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, Najib dan sebelah kanan sekali Nasharuddin semasa lawatan ke Gaza

Umno perlu memainkan peranan melalui Nasha agar mencadangkan pada barisan ulama Pas agar mengambil kembali kerusi parlimen Permatang Pauh yang dipegangnya pada 1978. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan calon Pas dalam PRK Permatang Pauh.

Umno tidak perlu campurtangan. Biarkan Pas dan PKR berurusan dalam PRK tersebut !!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan