SETIAP kali musim cuti perayaan terutamanya pada Hari Raya bandar Kota Bharu, Kelantan dan sekitarnya penuh sesak dan trafik jem. Semua orang pulang bercuti berkereta.
Pada hari biasa pun trafik jem sudah menjadi perkara biasa apatah lagi pada hari cuti perayaan. Jalan-jalanraya seperti sediakala sedangkan jumlah kenderaan semakin bertambah.
Bandar Kota Bharu, jalan ke Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang dan lain-lain sering kali penuh sesak. Kereta bergerak seperti kura-kura.
Begitulah saban tahun sehingga ada orang tempatan yang serik keluar memandu pada hari berkenaan. Bagi setengah anak-anak Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur dan sebagainya serta orang-orang bukan asal negeri ini beranggapan ini adalah tanda kemajuan negeri ini di bawah kerajaan PAS.
Inilah yang acap kali disebut malah menunjukkan bukti betapa Kelantan tidak mundur. Kalau negeri mundur dan tidak maju masakan kenderaan penuh sesak ? Begitulah soalan yang ditimbulkan sekiranya ada pihak yang mempersoalkan kemajuan negeri itu selama 22 tahun di bawah kerajaan PAS.
Nampaknya, ukuran dan perbandingan jalan yang sesak dan kereta yang banyak pada setiap hari perayaan telah menjadi hujah setengah pihak betapa Kelantan semakin maju dan tidak mundur. Tidaklah pasti ukuran dan standard apakah yang dipakai dalam membuat penilaian ini.
Tetapi siap ! Raya sudah tidak beberapa hari lagi. Setengah kawasan di negeri ini masih mengalami masalah ketiadaan air. Kesian orang kampung, lebih-lebih lagi orang-orang tua yang terpaksa memunggah air di telaga dan sungai bagi memenuhi keperluan setiap hari.
Ada yang merungut bila buka paip hanya keluar desingan angin. Lebih menyakitkan hati bil air perlu dibayar walaupun air tidak keluar. Ini semua telah menyusah dan meresahkan setiap orang bagi menghadapi sambutan hari raya.
Bagi yang berada diperantauan dan akan balik pada hari raya ini mereka akan mengalami suasana ini. Setiap isi rumah akan bertambah bilangan dengan kembalinya mereka ke kampung masing-masing. Bekalan air sekarang pun sering terganggu dan tidak mencukupi apa lagi dengan pertambahan para penggunanya.
Mereka yang dulunya yang megah dan mendabik dada memuji kerajaan PAS Kelantan dengan memberi alasan negeri ini tidak mundur dengan memberi petunjuk suasana sesak dan trafik jem yang dialami negeri ini sebagai bukti "kemajuan" yang telah dicapai kerajaan PAS.
Namun kali ini datang pula masalah air yang meleret-leret hingga kini tanpa penyelesaian. Kerajaan negeri memberi berbagai alasan tanpa sebarang tindakan yang memuaskan. Alih-alih Umno dan kerajaan pusat akan disalahkan.
Orang kata Kelantan terus maju di bawah PAS. Biar air tidak ada asalkan parti bulan terus memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan