Sabtu, 3 Mac 2018
Jumaat, 2 Mac 2018
Antara Jho Low dan Robert Kuok
Menteri Nazri Aziz dilaporkan bertikam lidah dengan para menteri MCA dan Gerakan dalam mesyuarat kabinet.
Isunya berpunca dari serangan Nazri terhadap jutawan Robert Kuok yang dilaporkan memberi sumbangan dana pada DAP.
Nazri juga mencabar jutawan itu yang berusia 94 tahun bertanding dalam Pru14 ini. Dan menggelarnya sebagai pondan!
Robert Kuok menafikan dia memberi dana pada DAP dan menyatakan berita itu adalah palsu.
Berita itu adalah sumber dan dipetik daripada Raja Petra Kamaruddin. Seorang blogger yang muflis dan bertaraf pelarian menetap di London.
Umum mengetahui RPK adalah blogger pre paid dan post paid yang tulisannya menjadi rujukan Utusan, Berita Harian dan TV tiga suku.
Yang peliknya Nazri dan para menteri Umno begitu lantang mengkritik jutawan Kuok yang terkenal sebagai ahli perniagaan yang berjaya serta mempunyai rekod bersih dalam kerjayanya. Kuok adalah ahli perniagaan tulen. Dia bukan pencuri, penyamun dan penyangak seperti seorang lagi yang kini menjadi pelarian entah ke mana.
Pencuri, penyamun dan penyangak itu adalah Jho Low yang dituduh DOJ Amerika menyamun berbillion wang 1MDB untuk berjoli dan membeli barang-barang mewah bagi kepentingan dirinya. Dan Jho Low adalah kenalan pada keluarga MO1.
Siapa itu MO1 ? Ketua Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib Razak. Ini bukan saya cakap. Tapi Rahman Dahlan yang cakap.
Nazri dan para pemimpin Umno begitu berani menghentam Robert Kuok hanya bersumberkan berita seorang muflis.
Berita Jho Low menyamun bersumberkan seluruh media dunia antarabangsa.
Namun Nazri dan Umno tidak ada batu pe--r dan tidak berani menyentuh Jho Low.
Umno kasihkan Jho Low lebih daripada Robert Kuok. Umno lebih kasihkan penyamun.
Huh..!!

![]() |
| Al Syeh Jho Low Al Penyamun... |

Selasa, 27 Februari 2018
PRU14 Ogos Ini ??
Perdana Menteri Najib Razak kemungkinan besar membuat keputusan mengadakan Pru14 pada Ogos ini.
Ini bererti dia mahu mandat parlimen pada Pru13 lalu terbubar dengan sendirinya.
Umumnya ramalan Pru14 akan diadakan pada April dan awal Mei sebelum bulan puasa.
Tetapi melihat pada suasana politik dan beberapa isu utama seperti Felda, persempadanan semula kawasan pilihanraya belum muktamad dan lain-lain isu - Pru14 tidak berlaku pada April dan awal Mei ini.
Apalah bezanya jarak antara April hingga Ogos ia tidaklah terlalu jauh.
Mandat kerajaan BN akan tamat pada Jun ini dan secara otomatisnya Pru14 mesti diadakan bulan Ogos.
Saya kira PM akan tunggu sehingga Ogos. Umno dan BN juga perlu banyak lagi membuat kerja sebelum turun ke medan tempur yang dianggap sebagai ibu segala pilihanraya.
Tempoh jarak April -Mei dan Ogos hanya 2, 3 bulan sahaja. Ia tidak akan memberi sebarang impak besar terutama pada Umno.
Soal pendapat mengatakan ia tidak mungkin diadakan pada Ogos kerana Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Sg. Buloh pada Jun ini. Dan ini sesuatu yang mahu dielakkan oleh Umno. Kerana Umno tidak mahu melihat Anwar berkempen membantu Pakatan Harapan.
Namun Umno sebagai kerajaan berkuasa boleh sahaja dengan alasan apa pun bagi melanjutkan tempoh pembebasan Anwar sehingga selepas Ogos.
Tarikh bebasnya Anwar Ibrahim bukan muktamat ! Apa sahaja boleh berlaku.

Ahad, 28 Januari 2018
Sabtu, 27 Januari 2018
Tengku Razaleigh Hamzah Tidak Relevan
Semakin hampir Pru14, politikus veteran Tengku Razaleigh Hamzah semakin banyak mengulas dan memberi kenyataan bersabit isu-isu politik semasa.
Antaranya, keyakinan beliau BN akan memenangi Pru14 ini berdasarkan terdapat terlalu banyak parti pembangkang sedangkan BN hanya satu !
Beliau juga mengkritik kelemahan Putrajaya dalam beberapa tindakan yang memberi gambaran negatif imej kerajaan. Seperti langkah polis menyoal siasat Tun Dr Siti Hasmah, isteri Dr Mahathir berkaitan ucapannya dalam satu perhimpunan.
Tengku Razaleigh atau Ku Li, 81 tahun adalah wakil parlimen paling lama iaitu selama 45 tahun. Masih belum bersara dari dunia politik. Dan tidak pasti apakah masih akan dicalonkan dikubu kuatnya di Gua Musang dalam Pru14 nanti.
Ku Li juga adalah anak didik Tun Razak Hussein pada tahun 1970an sebagai salah seorang calon bakal Perdana Menteri.
Bertanding sebanyak dua kali jawatan Timbalan Presiden Umno menentang Tun Musa Hitam. Namun tewas kedua-dua pertandingan tersebut.
Cuba bertanding Presiden Umno menentang Dr Mahathir. Tetapi kalah juga dengan majoriti 40 undi.
Kerana cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau cuba lagi sekali mahu bertanding jawatan Presiden parti semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi. Cubaan itu juga gagal kerana beliau tidak layak bertanding akibat tidak cukup pencalonan dari Ketua-ketua Bahagian Umno.
Persoalannya, apakah Ku Li masih menyimpan hasrat mahu menjadi Perdana Menteri?
Apapun beliau belum membuat sebarang kenyataan mahu berundur atau bersara dari politik. Beliau masih melihat dan menunggu peluang terbuka di hadapannya.
Namun pada saya yang telah mengikuti jejak politiknya sejak 1981, saya menganggap Ku Li tidak lagi relevan dalam hieraki pimpinan Umno dan negara umumnya.
Sama ada Ku Li sokong Najib atau Mahathir, kehadiran beliau dalam dunia politik tidak memberi sebarang impak.
Sekiranya satu masa dahulu beliau adalah antara tokoh penting namun kini ia telah berlalu. Sudah tiba masa beliau terus bersara dari politik seperti bekas rakan saingannya Tun Musa Hitam.
Suasana politik kini memperlihatkan kehadiran Ku Li tidak memberi sebarang kesan atau impak besar pada Umno lebih-lebih lagi terhadap Pakatan Harapan. Beliau hanya layak sebagai penumpang sahaja. Bukan lagi mampu berada di hadapan atau menerajui sebarang kumpulan.
Ku Li bukan tokoh seperti Dr Mahathir yang jauh lebih tua darinya tetapi terus berpengaruh dan berkesan dalam sebarang tindakan dan ucapan-ucapannya. Orang tua itu yang kini 93 tahun masih tajam pemikiran, hujah dan lidah dalam menyampaikan sebarang mesejnya.
Ku Li boleh bersara dan ia tidak akan memberi sebarang kesan pada iklim politik negara.
Tetapi setiap langkah dan keputusan si tua 93 tahun itu akan menentukan suhu panas atau sejuk politik negara sebelum dan selepas Pru14.
Ku Li bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri namun tidak tercapai.
Si tua 93 tahun itu sudah menjadi PM ke 4 selama 22 tahun. Dan kini dicalonkan lagi buat kali kedua sebagai bakal PM ke 7.
Itu satu fakta membezakan antara dua tokoh tersebut.

| Tengku Razaleigh Hamzah |

Ahad, 21 Januari 2018
RUU 355 : Pas Mahu Berperang Dengan Umno?
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah memberi peringatan parti Pas akan mengistiharkan perang terhadap Umno sekiranya parti itu tidak menyokong usul pindaan RUU 355 bagi mempertingkatkan Akta Mahkamah Syariah di Parlimen.
Sudah hampir tiga kali usul ini dibawa Presiden Pas, Hadi Awang untuk dipinda dan diluluskan. Namun kesemuanya seperti hangat-hangat tahi ayam.
Umno menunjukkan sokongan terhadap Pas dalam meminda akta tersebut. Tetapi setiap kali cadangan itu dikemukakan di Parlimen maka setiap kali ada sahaja alasan dan halangan dari usul itu dibincang dan dibahaskan oleh semua ahli Parlimen untuk diluluskan.
Ia seolah seperti bola ditendang ke sana ke mari. Sehingga hari ini usul meminda Akta itu tergantung terkapai-kapai.
Tuan Speaker Umno pula memainkan peranan besar dalam menentukan usul ini berjaya dibahas dan diluluskan majoriti ahli.
Namun segalanya seperti satu sandiwara politik antara Umno sebagai pihak yang mempunyai kuasa dan Pas yang mencadangkan pindaan RUU 355 tersebut. Dan apakah yang berlaku pada RUU 355 kini?
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menjelaskan akta ini akan terus diperjuangkan selepas PRU14 setelah tiga kali gagal dibahas dan diluluskan.
Pas bergantung sepenuhnya pada sokongan Umno dalam meminda akta ini yang akan memberi laluan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Apa pun segalanya seperti masuk angin keluar asap. Semua yang berlaku di Parlimen berkaitan RUU 355 antara Pas dan Umno hanyalah retorik politik untuk kepentingan parti masing-masing.
Tidak ada apa yang berlaku. Dan pastinya RUU 355 ini hanya akan dibangkitkan semula selepas PRU14. Buat masa ini ia akan terus menjadi umpan pada orang-orang melayu bagi menarik sokongan terutamanya bagi parti Pas.
Maka kita teringat kata dua Mohd Amar pada Umno yang Pas akan memerangi Umno sekiranya parti itu mengagalkan usaha meminda RUU itu.
Malah apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Pas bukan sahaja tidak memerangi Umno tetapi mereka pada hakikatnya bersama Umno dalam menghadapi Pakatan Harapan.
Mohd Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan baru-baru ini telah menganggap PM Najib Razak sebagai Bapa Pembangunan Negeri Kelantan. Kerana bagi Pas, Najib lebih banyak membantu Kelantan berbanding zaman Dr Mahathir sebagai PM.
Alahai Mohd Amar, di mana letak muka demo kata hendak memerangi Umno demi RUU 355 ?

Khamis, 18 Januari 2018
Dr Mahathir Bukan Pemain Bolasepak
Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menganggap zaman kegemilangan Dr Mahathir sudah berlalu dan tidak diperlukan lagi dalam arena politik tanahair.
Mohd Amar menyindir sinis Dr Mahathir ekoran pertanyaan negarawan itu pada parti Pas - siapakah calon Perdana Menteri mereka sama ada Najib atau calon PH Dr Mahathir?
Sebenarnya soalan Dr Mahathir itu tepat kena batang hidung Pas kerana Pas lebih mesra dengan Najib. Dan Pas pula tidak menamakan calon PM.
Malangnya Pas juga tidak pernah mencalonkan tuan Presidennya sebagai calon PM. Kerana Pas tahu dan sedar tuan Presiden partinya tidak layak jadi PM dan parti Pas hanya target menang 40 kerusi Parlimen.
Itu pun Pas tidak mungkin menang 40 kerusi Parlimen. Ia adalah perkara mustahil. Paling banyak Pas boleh menang dalam Pru14 ini hanya tidak lebih 10 kerusi sahaja. Ini realiti bukan lagi ramalan Pak Nujum.
Sebab itulah Pas tidak ada calon PM. Pas masuk bertanding dalam Pru14 hanya sebagai pengacau dan mahu menghalang PH menang. Tetapi Pas mendabik dada parti mereka adalah "king maker". Keh keh... keh...
Balik pada Mohd Amar tadi, dia cuba bandingkan Dr Mahathir seperti pemain bolasepak yang sudah tua dan tidak selincah pemain muda. Katanya pemain bola yang sudah berusia tidak lagi sehebat zaman mudanya.
Woi, Mohd Amar, politik bukan serupa main bola di padang. Pemain bola sepak bila sudah berusia 30an boleh dikira hampir mahu gantung kasutnya.
Tetapi ini arena politik. Walaupun usia 92 tahun namun akal masih tajam. Penulisan pula lebih tajam dari lidah. Itulah Dr Mahathir.
Yang tentunya Dr Mahathir lebih layak dan berhak menjadi PM sekali lagi jika dibandingkan dengan tuan Presiden!

| Datuk Mohd Amar Nik Abdullah |

Rabu, 17 Januari 2018
Najib Kata Dr Mahathir Cakap Mengarut
Pemuda Pakatan Harapan (PH) telah mencadangkan diadakan debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan calon Perdana Menteri PH, Dr Mahathir menjelang PRU 14 yang dijangka diadakan dalam dua tiga bulan ini.
Debat ini sekiranya menjadi kenyataan ianya adalah sesuatu yang ditunggu seluruh rakyat. Namun pada hakikat dan realitinya di negara ini ia tidak mungkin berlaku.
Dr Mahathir pada umumnya cukup bersedia dan sanggup untuk berdebat dengan Najib dalam semua isu nasional. Tetapi Najib dilihat tidak mampu dan tidak bersedia untuk menghadapi Dr Mahathir.
Sebelum ini dalam forum Nothing To Hide siri 1 dan 2, Najib gagal dan mengelak dari hadir bagi berdepan Dr Mahathir.
Malah dari jauh Najib sering menyindir Dr Mahathir sebagai seorang tua berusia 93 tahun yang suka cakap mengarut.
Tetapi setakat itu sahajalah Najib berani mengata-ngata terhadap orang tua 93 tahun itu. Itu pun cakap-cakap Najib terhadap Dr Mahathir selalunya tidak mempunyai isi dan hujah bernas. Ia lebih bersifat kebudak-budakan dan tidak matang.
Berlainan Dr Mahathir yang banyak memberi fakta dan hujah bernas namun semuanya tidak dapat dijawab Najib. Contohnya isu yang dibangkitkan Dr Mahathir mengenai Bank Negara kehilangan rm160 billion dalam usaha mempertahankan nilai ringgit. Isu 1MDB, 2.6 billion serta tuduhan Dr Mahathir terhadapnya sebagai pencuri, penyamun dan penyangak - tidak dapat dijawab Najib secara tegas dan jelas.
Sebaliknya semua itu dijawab oleh Salleh Keruak, Johari Abdul Ghani dan lain-lain menteri. Dan selalunya jawaban dan penjelasan tersebut tidak lengkap dan memuaskan. Najib sepatut menjawabnya sendiri apa lagi ia melibatkan dirinya secara peribadi.
Tetapi apa yang kita lihat bila Dr Mahathir membangkitkan sebarang isu secara khusus terhadap Najib - Najib hanya sengeh dan senyum melebar beberapa inci. Itu sahaja. Lepas itu dia mula mengata Dr Mahathir bermacam-macam yang lebih bersifat peribadi tetapi bukan dengan hujah balas dan mematahkan hujah.
Peliknya Najib kata Dr Mahathir dah tua dan cakap mengarut!
Walau pun dah tua Dr Mahathir mampu berdepan dalam sidang akhbar dan menjawab semua soalan dari media dalam dan luar negeri. Pihak media juga lebih seronok bertanya soalan dengan orang tua itu.
Beginilah tuan-tuan, cuba tanya berapa kali kah Najib sebagai PM mengadakan sidang akhbar pada semua media dan menerima soalan daripada mereka?
Sekiranya ada itu pun hanya pada media yang telah dipilih Najib terlebih dahulu.

Selasa, 16 Januari 2018
Update : Repost
https://youtu.be/gjCCcHCbyhI
Message from Malaysian to the world.
Message from Malaysian to the world.
Langgan:
Catatan (Atom)