Selasa, 27 Februari 2018

PRU14 Ogos Ini ??

Perdana Menteri Najib Razak kemungkinan besar membuat keputusan mengadakan Pru14 pada Ogos ini.

Ini bererti dia mahu mandat parlimen pada Pru13 lalu terbubar dengan sendirinya.

Umumnya ramalan Pru14 akan diadakan pada April dan awal Mei sebelum bulan puasa.

Tetapi melihat pada suasana politik dan beberapa isu utama seperti Felda, persempadanan semula kawasan pilihanraya belum muktamad dan lain-lain isu - Pru14 tidak berlaku pada April dan awal Mei ini.

Apalah bezanya jarak antara April hingga Ogos ia tidaklah terlalu jauh.

Mandat kerajaan BN akan tamat pada Jun ini dan secara otomatisnya Pru14 mesti diadakan bulan Ogos.


Saya kira PM akan tunggu sehingga Ogos. Umno dan BN juga perlu banyak lagi membuat kerja sebelum turun ke medan tempur yang dianggap sebagai ibu segala pilihanraya.

Tempoh jarak April -Mei dan Ogos hanya 2, 3 bulan sahaja. Ia tidak akan memberi sebarang impak besar terutama pada Umno.

Soal pendapat mengatakan ia tidak mungkin diadakan pada Ogos kerana Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Sg. Buloh pada Jun ini. Dan ini sesuatu yang mahu dielakkan oleh Umno. Kerana Umno tidak mahu melihat Anwar berkempen membantu Pakatan Harapan.

Namun Umno sebagai kerajaan berkuasa boleh sahaja dengan alasan apa pun bagi melanjutkan tempoh pembebasan Anwar sehingga selepas Ogos.

Tarikh bebasnya Anwar Ibrahim bukan muktamat ! Apa sahaja boleh berlaku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan