Rabu, 30 Disember 2015

Tsunami Plastik

Foto Al Jazeera


Lebih 450,000 jaket keselamatan yang ditinggalkan para pelarian di Lesbos.

Isu 1MDB Umno Akan Hilang Kerusi

ISU 1MDB dan duit derma 2.6 billion tidak mungkin akan selesai dan akan terus menjadi  misteri buat rakyat negara ini. Kerana kemungkinan besar Peguam Negara akan membuat keputusan bahawa tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa mereka yang pecah amanah.

Kita semua akan ternganga kerana mereka yang terlibat dalam skandal ini akan terus bebas dari sebarang tindakan undang-undang. Sehingga ini pun kredibiliti kerajaan dalam usaha menjalankan siasatan ke akar umbi tidak menyakinkan khalayak. Ada unsur kaberap untuk melindungi individu tertentu.

Apa yang menghairankan kerajaan meminta agar rakyat tidak mempercayai sumber berita dari The Wall Street Journal (WSJ) berkaitan isu 1MDB.

Tetapi WSJ terus menerus secara  konsisten menerbitkan laporan salah laku urus niaga 1MDB. Ia tersebar seluruh dunia. Kerajaan tidak pun mengambil sebarang tindakan undang-undang bagi membersihkan imejnya yang tercemar. Kerajaan kata akan ambil tindakan. Namun sampai sekarang habuk pun tarak !

Bolehkah rakyat mempercayai dan menyakini segala jawaban kerajaan dalam menghadapi isu ini. Sudah tentu tidak. WSJ kelihatan lebih mempunyai kredibiliti dalam soal ini. Malah kerajaan berada dalam keadaan defisit dari sudut keyakinan orang ramai.

Kalau ini berlaku di Singapura, WSJ dah lama kena tindakan saman malu dan ganti rugi. Apakah pemimpin negara kita tidak ada teloq kot ? Kita hanya berdegar-degar umum dalam siasatan....dalam siasatan. Tetapi semua masuk angin keluar asap.

Apakah benar dalam kes ini ada cubaan kalangan tertentu untuk kaberap semuanya. Dan mahu kelihatan semuanya seolah tiada apa yang salah berlaku ?

Rakyat dah mula buka mata dan buka telinga dan mulai bijak menyaring segala maklumat antara yang benar dan palsu. Zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir.

Lebih menakjubkan adalah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan bahawa pilihan raya lambat lagi. Masih ada banyak masa lagi dan sebagainya.

Kalau beginilah sikap pemimpin tinggi dalam parti bagi menghadapi rakyat dalam PRU14, nampaknya Umno akan kehilangan banyak kerusi yang dikuasainya. Kini Umno mempunyai 88 kerusi di Parlimen. Tidak mustahil ia akan menang hanya 50 kerusi pada PRU akan datang.


Isnin, 28 Disember 2015

Mat Maslan Terjun Dengan Labu-Labunya...

TIMBALAN MENTERI Mat Maslan IQ 3.85 bercakap macam orang bodoh lagi. Kali ini dia menyarankan agar rakyat membuat dua jenis pekerjaan bagi menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Dulu dia suruh para pelajar masak sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan akibat cukai GST.

Mat Maslan memberi contoh dia sendiri mempunyai tiga pekerjaan sebagai wakil rakyat, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno. Tetapi dia tidak sebut dia ada menerima duit RM2 juta dari Presiden Umno.


Kenyataannya itu dibuat kononnya mahu menasihat rakyat agar mencari kerja lebih dari satu untuk menampung kehidupan yang semakin mencabar lantaran kelembapan ekonomi, kemerosotan nilai ringgit yang mengakibatkan segala-galanya meningkat.

Kenapalah pemimpin politik bertaraf menteri di negara ini sering sangat membuat kenyataan-kenyataan bodoh seolah memandang rendah tahap pemikiran rakyat.

Sebelum ini seorang lagi bertaraf menteri mencadangkan agar rakyat bangun awal pagi bagi mengelak bayar tol dan menghadapi kesesakkan lalulintas.

Kenyataan menteri-menteri ini telah mendapat reaksi panas dari sebahagian besar orang ramai dan menimbulkan kemarahan rakyat di bawah. Apakah mereka tidak berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan itu ?

Seperti kata Mat Maslan dia mempunyai tiga pekerjaan sekaligus. Adakah dia sedar dia juga menyindir bossnya yang juga mempunyai banyak pekerjaan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB dan wakil rakyat ?

Nampaknya, kenyataan-kenyataan bodoh dari pak-pak menteri akan terus didengar sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 2018.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan...

Selasa, 22 Disember 2015

Umno - PAS Tidak Mungkin Bersatu

ISU kerjasama Umno dan PAS kemungkinan besar tidak akan menjadi kenyataan. Nampak hanya Umno yang terhegeh-hegeh hendak bersatu semula dengan PAS kononnya untuk kepentingan Isle.

Walaupun Najib dan Hadi Awang telah memberikan isyarat positif ke arah itu namun kebanyakan pemimpin tertinggi parti Isle itu menunjukkan reaksi negatif.

Najib dan Hadi satu pentas..

Pada hal Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin telah memberi kenyataan hanya Presiden parti yang boleh memberikan ulasan tentang kerjasama dengan Umno itu bagi mengelak dari percanggahan pendapat.

Terbaru Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat sebelum kerjasama itu diadakan terlebih dahulu Presiden Umno, Najib perlu membersihkan dirinya dahulu berkaitan skandal 1MDB dan duit derma 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaunnya. Dan seterusnya membersihkan imej negara yang tercalar diperingkat antarabangsa akibat terbongkarnya isu tersebut.

Kemudian Naib Presiden parti Isle itu, Idris Ahmad pula memberi amaran sekiranya ada sesiapa pemimpin parti itu yang ghairah sangat hendak bekerjasama dengan Umno boleh keluar dari PAS.

Tuan Ibrahim dan Idris adalah Timbalan dan Naib bukan ketua cawangan atau budak pejabat di ibu pejabat PAS. Mereka berdua dipilih secara demokratik oleh para ahli.

Justeru itu kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini meramalkan sekiranya PAS bekerjasama dengan Umno menjadi kenyataan, parti Isle itu akan berpecah dua sekali lagi setelah ia telah pun berpecah melahirkan parti Amanah yang dipimpin bekas Timbalan Presiden Mohamed Sabu.

Tawaran Najib menghulur tangan persahabatan pada PAS adalah baik untuk perpaduan umat Islam di negara ini. Tetapi masanya tidak sesuai dan tidak kena lantaran Najib sendiri menghadapi masalah peribadi yang perlu ditangani bagi membersihkan rumahnya terlebih dahulu.

PAS tidak perlu terpalit dengan masalah Najib kini. Dan seolah mahu menongkat kedudukan Najib atas nama perpaduan ummah.

Pada Najib bersihkan sampah dan kekotoran dalam rumah sendiri dulu sehingga betul. Dan pada Hadi jangan perlekeh pandangan ahli akar umbi.


Isnin, 21 Disember 2015

Election Laws Stipulate Maximum Expenditure RM100 Million

Anonymous Anonymous said...

Najib has already caused irreparable damage to the country's economy, currency, political stability, inter-racial and inter-religious harmony, and most of all, our country's international standing.

The RM2.6 billion was allegedly donated to Najib for the 13th general Election polls campaign.

Malaysia’s election laws stipulate that the maximum expenditure legally permissible for a parliamentary candidate is RM200,000 while the maximum legal expenditure for a state assembly candidate is RM100,000.

With 222 parliamentary seats and 505 state assembly seats to be contested in the 13th general election, this meant that the maximum election expenditures permitted by Malaysian election laws come to RM44.4 million by all Umno-BN’s 222 parliamentary candidates and RM50.5 million by the 505 BN state assembly candidates, or a total of RM94.9 million - short of RM100 million!

But Najib has received RM2.6 billion ‘donation’ which is 26 times more than the legally permissible election expenditures for all the 222 parliamentary and 505 state assembly candidates from Barisan Nasional.

Two questions immediately arise: Firstly, are the anonymous donor/donors so ignorant of Malaysian election laws that they are prepared to donate 26 times what is legally permissible to be spent by the 222 parliamentary and 505 state assembly candidates of BN in the 13th general election? Where have the rest of the RM2.6 billion, which is over 96 percent of the donations, gone to?

Secondly, how can Najib accept RM2.6 billion donation for the 13th general election, when the maximum expenditure legally permissible for all the BN parliamentary and state assembly is less than RM100 million?

Ahad, 20 Disember 2015

Raja Petra Kamarudin Anti Agama

RAJA PETRA KAMARUDIN (RPK) adalah antara pengasas dan pemimpin era reformasi Anwar Ibrahim. RPK juga adalah antara pengasas parti Keadilan yang kini menjelma sebagai PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Beliau juga adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim selepas Anwar dipecat dari Umno dan kerajaan. Kini RPK menulis dalam portal Malaysia Today dengan mengulas isu-isu politik semasa negara.


Tetapi RPK kini bukan lagi RPK 17 tahun dahulu yang mempertahankan Anwar Ibrahim dan menghentam kerajaan. Sebaliknya kini beliau adalah penyokong dan pendokong kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak.

Malah pendirian RPK terhadap Anwar telah berpusing u turn dengan menyatakan Anwar memang bersalah dalam kes liwatnya.

Begitu juga dalam kes Altantuya, dia menggemparkan berita bahawa ada VIP berada di tempat kejadian pembunuhan itu berlaku.

RPK yang kini menetap di England setelah dia melarikan diri secara sulit ketika sedang menghadapi kes bangkrupsi di mahkamah. Dia bukan pelarian politik. Tetapi lari dari tindakan undang-undang. Sehingga kini menjadi misteri siapakah yang membantunya meloloskan diri keluar negara ?

Dengan sikap dan pendiriannya yang bertukar kembali mendokong kerajaan apakah dia adalah salah seorang blogger prepaid atau postpaid yang dibiayai kerajaan ?

Dalam tulisan terbarunya, RPK secara terus terang menyatakan beliau adalah seorang anti agama. Beliau tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Agama baginya adalah hanya ciptaan manusia.


Sabtu, 19 Disember 2015

Bauksit : Sembahyang Hajat Perdana



POSTER ini dipetik dari malaymailonline. Boleh baca berita selanjutnya.

Ia mengenai perlombongan bauksit di kawasan dekat dengan Kuantan. Aktiviti perlombongan ini telah mengancam kehidupan rakyat sekitar kawasan tersebut. Antara kesan serius dari pencemaran ini adalah sukar bernafas dan memberi kesan buruk pada mereka yang mengidap asma.

Walaupun banyak bantahan disampaikan pada pihak berkuasa dan sehingga dibawa ke Parlimen namun kegiatan itu masih berterusan.

Oleh kerana sudah tiada jalan lagi mereka memohon kepada Allah dengan bersembahyang hajat agar masalah mereka dapat di atasi segera.

Yang menariknya gambar poster itu diletakkan gambar Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang telah pun kembali ke alam fana lebih kurang 300 hari.

Mungkin gambar Tok Guru itu boleh menarik minat lebih ramai terhadap program tersebut. Ia juga seolah program sembahyang hajat tidak dapat dipisahkan dengan Tok Guru itu semasa hayatnya.



Jumaat, 18 Disember 2015

PM Najib Semakin Tertekan

ISU 1MDB dan derma RM2.6 billion yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan mudah lenyap begitu sahaja. Ia tetap akan timbul walau pun ada usaha menutup dan mengawal isu ini dari terus menjadi fokus semua orang.

Umno dan kerajaan cuba menyakinkan rakyat bahawa dua isu ini akan diselesaikan. Dan kebenaran akan berpihak pada Datuk Seri Najib.


Tetapi setakat ini semakin penjelasan cuba diberikan ke atas isu-isu tersebut ia semakin bertambah timbul banyak persoalan. Lubang-lubang pada masalah ini semakin membesar dan sukar ditutup lagi. Ia seperti tidak mahu hilang dan pergi begitu sahaja.

Walau pun Najib terus kukuh sebagai Perdana Menteri dan Presdien Umno dengan sokongan padu wakil-wakil rakyat BN dan majoriti Ketua-ketua Bahagian Umno, namun lain pula dari sudut pandangan majoriti rakyat di bawah.

Selain dari menghadapi kenaikan kos sara hidup rakyat terus dihimpit dengan kemerosotan ekonomi negara yang memberi banyak kesan pada para peniaga. Kerajaan seolah hanya dapat memberi jaminan bahawa langkah-langkah akan diambil mengatasinya.

Semua itu hanya janji-janji sahaja sedangkan pada hakikatnya tidak banyak berlaku perubahan dibawah melibatkan rakyat terbanyak.

Apa yang lebih menyedihkan pada pandangan rakyat dibawah adalah gaya hidup para pemimpin politik sama ada di pusat atau negeri tidak membayangkan keperitan dan kesukaran yang dihadapi rakyat. Wang seolah ditabur sesuka hati dan masalah pembaziran tidak terkawal.

Bagaimana pula perasaan rakyat bila wang berbillion ringgit hilang entah ke mana tanpa bukti-bukti dan penjelasan yang jelas.

Dalam PAU baru-baru ini ada perwakilan Umno menggesa pada semua perwakilan agar tidak banyak mempersoalkan dari mana duit 2.6 billion itu. Dia meminta agar semua menerimanya sahaja tanpa banyak soal.

Begitulah keadaan mentaliti para pemimpin Umno yang menjadi tunjang kerajaan.

PM Najib memberi jaminan akan menyelesaikan isu 1MDB yang sarat dengan hutang walaupun baru beroperasi selama enam tahun. Beliau banyak menekankan dan memberi tumpuan pada soal rasionalisasi dan penstrukturan semula syarikat pelaburan itu.

Tetapi Najib tidak pernah memberi komitmen yang serius dalam usaha melakukan forensik audit terhadap 1MDB bagi mengenal pasti petualang-petualang yang telah mempergunakan 1MDB dan kerajaan demi kepentingan peribadi serta menyalahgunakan wang rakyat.

Penyelesaian isu 1MDB mesti dilengkapkan dengan tangkapan terhadap individu-individu yang telah pecah amanah dan salah urus tadbir dalam operasi syarikat itu.

Banyak persoalan belum terjawab berkaitan Jho Low, Riza Aziz dan lain-lain berkaitan 1MDB. Semuanya telah menjadi berita dunia.

Apa peranan Goldman Sachs dalam urusannya membantu 1MDB mendapatkan pinjaman bank serta pembayaran komisen yang diperolehinya yang dikatakan terlampau tinggi? Kenapa 1MDB membayar dengan harga yang mahal ?

Dalam suasana ini kedudukan Najib pada hakikatnya tidaklah begitu kukuh sebagaimana yang digambarkan. Sekiranya tekanan diteruskan momentumnya terutama dari ahli-ahli Umno akar umbi bukan mustahil negara akan mempunyai Perdana Menteri dan Presiden Umno yang baru sebelum PRU 14.