Sabtu, 12 April 2014

Antara politik dan brotherhood !

Najib Ziarah Haron Din Di IJN

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.
Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin – BRNAMA



Gambar di bawah ini pula kelihatan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Dr Haron Din beberapa bulan dulu.


Dan ini pula kelihatan Datuk Seri Najib Razak menziarahi Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika beliau masih MB Kelantan yang jatuh sakit sedang dirawat di sebuah hospital.

Subahanallah! Para pemimpin Umno masih dapat membezakan antara kepentingan politik dan persaudaraan  seagama.

Khamis, 10 April 2014

PKR: Siapa buli siapa ?

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali meluahkan rasa bimbangnya kerajaan pusat akan membuli kerajaan negeri Selangor dalam isu perjanjian penstrukturan industri air di negeri itu. Menurut Azmin sehingga kini dia dan para pemimpin PKR tidak mengetahui butiran secara terperinci kandungan MOU yang telah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Putrajaya.

Dalam kes ini soalan perlu ditanya pada Azmin; siapa buli siapa ? Kerajaan negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat yang diketuai parti PKR. Azmin adalah Timbalan Presiden parti itu. Dan Anwar Ibrahim adalah selaku Penasihat Ekonomi kerajaan negeri.

Justeru itu apa yang telah berlaku ? Adalah suatu yang memalukan Anwar dan Azmin tidak tahu apa-apa berkaitan dengan urusan pentadbiran negeri Selangor; di mana PKR menerajui pentadbiran negeri itu di samping DAP dan Pas.

Tan Sri Khalid hanyalah seorang Menteri Besar dan tidak memegang apa-apa jawatan tinggi parti seperti Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Bagaimana Tan Sri Khalid boleh membelakangkan mereka dalam isu besar seperti ini ?

Di mana letaknya nilai Penasihat Ekonomi atau Timbalan Presiden parti ?

Jelaslah dalam isu air ini bukan Putrajaya buli Selangor tetapi Tan Sri Khalid sudah buli Anwar dan Azmin. Ertinya, Anwar dan Azmin sudah kena main !

Dan Azmin kini kena main lagi bila Tan Sri Khalid mencabarnya dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR bulan depan. Bagi menutup keaiban dan kelemahan PKR dalam isu ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution turut terjun bertanding mencabar Azmin dan Khalid. Langkah Saifuddin adalah untuk memastikan kedua pemimpin tersebut disingkirkan dari pentadbiran parti dan negeri Selangor.

Masalahnya Saifuddin bukan ADUN atau ahli Parlimen. Dia hanya Setiausaha Agung parti. Jadi potensinya untuk menjadi calon menteri besar terkeluar dengan sendirinya. Kecuali ada lagi langkah seperti Langkah Kajang seperti yang telah berlaku.

Faktor Dr Wan Azizah Wan Ismail pula bagaimana ? Siapa buli siapa nih ??

Rabu, 9 April 2014

Azmin Ali boleh tarik diri dari bertanding

AZMIN Ali telah hilang wibawanya sebagai Timbalan Presdien PKR dalam mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti bulan depan. Ini ekoran ramai pemimpin parti itu seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa orang lagi secara terbuka menyokong dan berada dibelakang Saifuddin Nasution dalam pertandingan jawatan nombor dua parti itu.

Saifuddin adalah Setiausaha Agung PKR merupakan antara calon heavyweight selain dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mampu menewaskan Azmin.

Sokongan terbuka Rafizi, Nurul Izzah dan Nik Nazmi pada Saifuddin memberi mesej jelas mereka menolak kepimpinan Azmin dalam parti. Ini tentunya berkait dengan kualiti dan kematangan Azmin jika dibandingkan dengan Saifuddin.
Dari kiri Nik Nazmi, Rafizi, Saifuddin dan Nurul Izzah

Azmin perlu berpijak di bumi dan menerima realiti bahawa beliau tidak lagi relevan dalam parti. Ada lagi calon yang lebih baik mampu memikul tugas sebagai Timbalan Presiden parti.

Saingan untuk jawatan nombor dua parti pada hakikatnya hanya tertumpu pada dua calon sahaja. Mereka ialah Saifuddin dan Tan Sri Khalid. Calon-calon lain sekiranya ada hanyalah bersifat pengacau dan memenuhi syarat demokrasi parti.
Azmin...Pemimpin yang tersungkur..

Masa masih ada untuk Azmin mempertimbangkan soal pengunduran dirinya dari bertanding. Pendirian pemimpin parti seperti Rafizi, Nurul dan Nik Nazmi sudah cukup memberi tamparan padanya. Tarik dirilah dari bertanding sebelum dikalahkan dan dimalukan dalam pemilihan parti.

Azmin tidak layak menjadi Timbalan Presiden parti apatah lagi berfikir mahu menjadi calon Menteri Besar Selangor. Dia tidak layak !

Tumpukan sahaja tugasnya sebagai ahli Parlimen dan Dun di Selangor. Itu pun terlebih sudah...!!


Jumaat, 4 April 2014

Ini petikan dari blog MyMassa




PERTEMUAN KEDUA MB KELANTAN - PM BAKAL LAKSANA HUDUD DI KELANTAN


PAS BEKERJASAMA DENGAN UMNO LAKSANA HUDUD,
PKR & DAP CACING KEPANASAN
Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh hari ini sekali lagi membidas usaha kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II.
Walaupun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 1993, Karpal menerusi satu kenyataanya hari ini berkata ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ujar beliau lagi DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan enakmen berkenaan manakala Parlimen pula tidak boleh menguatkuasakan enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan.
“Hudud jelas bukan undang-undang pada masa dan zaman ini. Hanya Parlimen yang berhak meluluskan undang-undang jenayah.
“Hudud beri implikasi dan akibat yang sangat serius. Parlimen tidak akan dan tidak boleh meluluskan enakmen tersebut,” kata Karpal dalam satu kenyataannya hari ini.
Terdahulu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata negeri itu akan membentangkan usul rang undnag-undang persendirian menerusi ahli Parlimennya bagi membuat pengisytiharan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud agar dapat dilaksanakan di negeri itu.
Jelas Ahmad, jika Parlimen meluluskan usul berkenaan, maka kerajaan Kelantan akan melaksanakan hudud seawal tahun hadapan.
Sehubungan itu, Karpal yang juga bekas Pengerusi DAP itu berpendapat apa yang dinyatakan Ahmad sebagai tidak tepat dan pendirian DAP jelas sejak dahulu tidak akan berkompromi di dalam perlaksanaan hudud.
Diharap pertemuan kedua Menteri Besar Kelantan dan Perdana Menteri tidak lama lagi untuk memuktamadkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan akan terlaksana dengan jayanya.

Rabu, 2 April 2014

Azmin Ali dan Tian Chua tidak perlu bertanding

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan jawatan parti itu bulan depan. Bagi jawatan Presiden tidak ada unsur suspen kerana telah disahkan jawatan tersebut suami lawan isteri; hanya dua orang menjadi calon iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa yang menjadi tumpuan hanyalah bagi jawatan Timbalan Presiden. Setakat ini ada enam calon akan merebut jawatan tersebut. Selain penyandangnya Azmin Ali; lainnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution, Tian Chua dan dua calon lagi entah siapa. Mereka tidak dikenali umum dan tidak begitu penting.
Saifuddin Nasution

Tumpuan hanya pada empat calon tadi iaitu Azmin, Khalid, Saifuddin dan Tian Chua. Ertinya saingan sengit empat penjuru bagi jawatan nombor dua. Apakah perlu pertandingan empat penjuru bagi jawatan nombor dua itu dalam parti seperti PKR ?

Azmin adalah Timbalan Presiden sekarang. Tan Sri Khalid adalah Menteri Besar Selangor, Saifuddin pula ialah Setiausaha Agung parti dan Tian Chua adalah Naib Presiden.
Tan Sri Khalid Ibrahim

Azmin merasakan dia perlu kekal dan layak sebagai pemimpin. Dia tidak merahsiakan cita-citanya untuk menjadi menteri besar Selangor. Manakala Khalid telah buktikan pengurusan dan pentadbirannya di Selangor adalah terbaik yang mendapat pujian dari dalam dan luar.

Bagi Saifuddin, dia yakin dapat mengatasi dan menewaskan Azmin sebagai Timbalan Presiden. Tian Chua pula merasakan dirinya lebih senior dan antara yang terawal berjuang dalam parti sejak ia ditubuhkan.

Namun sebagai pemerhati luar, saya merasakan antara empat calon tersebut hanya Tan Sri Khalid dan Saifuddin merupakan calon yang boleh dianggap serius dan paling layak berada di kerusi nombor dua parti itu.
Azmin Ali

Tan Sri Khalid dan Saifuddin kelihatan lebih matang jika dibandingkan dengan Azmin dan Tian Chua. Trek rekod kerja mereka berdua boleh menjadi buktinya.

Azmin dan Tian Chua lebih bijak jika mereka menarik diri dari bertanding dan memberi laluan bagi pertandingan satu lawan satu. Azmin sudah pun sepenggal memegang jawatan itu. Dia perlu memberi laluan pada calon lain pula. Tian Chua pula perlu terima hakikat dia tidak layak berada di kerusi Timbalan Presiden.
Tian Chua

Azmin dan Tian Chua tidak boleh disamakan dengan kematangan yang ada pada Tan Sri Khalid dan Saifuddin. Mereka berdua jauh lebih berwibawa dan dewasa dalam bersiasah. Azmin dan Tian Chua lebih sesuai berperanan di jalan-jalanraya bila ada perhimpunan atau program reformasi.

Tian Chua telah buktikan dia boleh tidur atau berguling-guling di atas jalan kerana nak unjuk rasa pada kerajaan. Begitu juga dengan Azmin.

So, Azmin dan Tian Chua tidak payahlah bertanding. Bagi laluan saja pada Tan Sri Khalid dan Saifuddin !



Selasa, 1 April 2014

Badut Politik Aka CLOWN !


" Akak akan berjuang bebaskan laki akak"- Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR



" Kita tidak akan biarkan Anwar dipenjarakan walaupun sehari. Kita akan lawan cara kekerasan dan reformasi "- Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR



" Kita akan tumbangkan kerajaan BN dan Najib dalam masa lima bulan dan seterusnya mentadbir Putrajaya " - Tian Chua, Naib Presiden PKR


Inilah tiga watak ahli politik dunggu yang hanya layak dipanggil badut. Mereka persis seperti Mat Jenin yang bermimpi di siang hari.
Semoga kita diselamatkan dipimpin dan dikuasai dari jenis seperti ini.



Sabtu, 29 Mac 2014

Tun Musa Hitam lepas tangan isu Memali ?

APA motif Tun Musa Hitam menimbulkan kembali isu Memali dan mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu diskusi politik? Peristiwa Memali berlaku pada 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah yang telah mengorbankan 14 nyawa termasuk Ibrahim Libya yang dikatakan mati syahid.

Pihak polis mengepung rumah Ibrahim Libya untuk ditahan di bawah ISA. Tetapi berlaku pertempuran antara pengikut Ibrahim Libya dengan polis yang mengakibatkan berlaku korban nyawa.
Tun Musa Hitam

Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah sepakat memutuskan Ibrahim tidak mati syahid.

Ketika itu Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Memang betul seperti kata Tun Musa ketika peristiwa berlaku Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri masih berada di Kuala Lumpur sedang bersiap untuk membuat lawatan ke China.

Alasan Dr Mahathir, dia perlu teruskan jadualnya dan Tun Musa sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya menangani masalah itu.

Apakah Tun Musa mahu menyalahkan Dr M dalam isu Memali itu ? Seperti yang dilaporkan pihak polis telah bertindak bagi menahan Ibrahim dan mengepung kediamannya. Dan ini tentulah sudah dibincangkan dalam kabinet atau sekurang-kurangnya antara PM dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam konteks ini Tun Musa seolah tidak mahu turut bertanggungjawab. Pada hal dia adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab pada pasukan keselamatan. Apakah ia munasabah lepas tangan dan cuba mendiskreditkan Dr M dalam isu ini.

Apakah Tun Musa mahu menggambarkan beliau adalah seorang menteri yang tidak mempunyai kuasa? Sedangkan sejarah boleh membuktikan dia adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang berkuasa penuh dan begitu bangga dengan gelaran "Anak Pak Hitam".

Adalah tidak adil mengaitkan Dr M dalam peristiwa 30 tahun dahulu di atas pentas di mana Dr M tidak ada bagi menjawab persoalan itu.

Dr M sudah pasti mempunyai jawaban dan hujah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Timbalannya itu.


Rabu, 26 Mac 2014

Kes Sodomi Satu

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad





p.s. Ini bukan saya cakap ok ? Ini adalah keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan, ok ?

Spice 250 - The Israeli Secret Weapon