Sabtu, 29 Mac 2014

Tun Musa Hitam lepas tangan isu Memali ?

APA motif Tun Musa Hitam menimbulkan kembali isu Memali dan mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu diskusi politik? Peristiwa Memali berlaku pada 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah yang telah mengorbankan 14 nyawa termasuk Ibrahim Libya yang dikatakan mati syahid.

Pihak polis mengepung rumah Ibrahim Libya untuk ditahan di bawah ISA. Tetapi berlaku pertempuran antara pengikut Ibrahim Libya dengan polis yang mengakibatkan berlaku korban nyawa.
Tun Musa Hitam

Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah sepakat memutuskan Ibrahim tidak mati syahid.

Ketika itu Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Memang betul seperti kata Tun Musa ketika peristiwa berlaku Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri masih berada di Kuala Lumpur sedang bersiap untuk membuat lawatan ke China.

Alasan Dr Mahathir, dia perlu teruskan jadualnya dan Tun Musa sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya menangani masalah itu.

Apakah Tun Musa mahu menyalahkan Dr M dalam isu Memali itu ? Seperti yang dilaporkan pihak polis telah bertindak bagi menahan Ibrahim dan mengepung kediamannya. Dan ini tentulah sudah dibincangkan dalam kabinet atau sekurang-kurangnya antara PM dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam konteks ini Tun Musa seolah tidak mahu turut bertanggungjawab. Pada hal dia adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab pada pasukan keselamatan. Apakah ia munasabah lepas tangan dan cuba mendiskreditkan Dr M dalam isu ini.

Apakah Tun Musa mahu menggambarkan beliau adalah seorang menteri yang tidak mempunyai kuasa? Sedangkan sejarah boleh membuktikan dia adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang berkuasa penuh dan begitu bangga dengan gelaran "Anak Pak Hitam".

Adalah tidak adil mengaitkan Dr M dalam peristiwa 30 tahun dahulu di atas pentas di mana Dr M tidak ada bagi menjawab persoalan itu.

Dr M sudah pasti mempunyai jawaban dan hujah bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Timbalannya itu.


Rabu, 26 Mac 2014

Kes Sodomi Satu

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad





p.s. Ini bukan saya cakap ok ? Ini adalah keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan, ok ?

Spice 250 - The Israeli Secret Weapon





Isnin, 24 Mac 2014

Pemimpin Anugerah Tuhan




 Anonymous said...
“He knows nothing; and he thinks he knows everything. That points clearly to a political career.”
― George Bernard Shaw

Both the political divide has this syndrome. Or else they cannot become politicians.

Ahad, 23 Mac 2014

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bukan budak-budak

TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali semasa berkempen PRK Dun Kajang dengan nada angkuh dan sombong mahu melihat calon BN Chew Mei Fun hilang wang deposit kalah ditangan calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azmin mahu pengundi Kajang beri signal pada kerajaan BN dan Najib yang Pakatan pembangkang sudah bersedia mengambil alih Putrajaya.

Namun keputusan PRK Dun Kajang hari ini telah memberi tamparan hebat pada Azmin. Walaupun PKR melalui Dr Wan Azizah berjaya mengekalkan kerusi tersebut namun dengan jumlah undi yang merosot berbanding jumlah yang diperolehi pada PRU13 lalu.
Azmin Ali bersama Dr  Wan Azizah Wan Ismail

Dr Wan Azizah memperolehi undi sebanyak 16,741. Mei Fun mendapat undi 11,362. Majoriti 5,379. Sedangkan pada PRU13 lalu calon PKR dapat majoriti lebih 6,000 undi.

Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR, ahli parlimen dan Adun. Dia bukan budak tampal poster atau ahli pemuda cawangan ! Dia juga bukan budak panjat pokok pasang bendera PKR semasa pilihan raya.

Segala ucapan dan kenyataannya akan dinilai dan diberi perhatian semua orang. Dan semua orang tahu dia ada angan-angan Mat Jenin nak jadi menteri besar Selangor. Projek Kajang Move ini pun pasal dia juga. Kononnya Anwar Ibrahim mahu menyelesaikan masalahnya dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kini jelas Kajang Move adalah sesuatu yang sia-sia, membazir dan tidak perlu. Apa yang PKR dapat melalui PRK Kajang ini ? Anwar boleh jadi Perdana Menteri ? PKR akan menuju ke Putrajaya ? Semua itu adalah angan-angan Mat Jenin dan ibarat orang mimpi di siang hari.

Sebaliknya kerajaan BN berjalan seperti biasa dan tidak terjejas hatta seinci sekali pun. BN dengan semangat demokrasi menerima penuh keputusan para pengundi di Kajang.

Bukan seperti pihak sebelah sana yang hanya boleh menerima keputusan bila ianya berpihak pada mereka. Walaupun Azmin berhasrat mahu lihat calon BN hilang wang deposit tetapi ia tidak berlaku. Barangkali sembahyang hajat Azmin itu telah tidak dimakbulkan.

Cuma harap dengan keputusan PRK Kajang ini yang memberi keputusan merosot pada PKR dan calon BN tidak hilang wang depositnya, Azmin tidak akan mengambil sebarang tindakan budak-budak seperti berdemonstrasi di depan bangunan parlimen atau Istana Negara dengan berguling-guling di atas jalan raya.

Azmin kena ingat dia adalah Timbalan Presiden PKR dan bukan budak panjat pokok ! 

Sabtu, 22 Mac 2014

Anwar lagi....Ini petikan dari blog AIDC

Reformasi 2.0 : Anwar Telah Capai Tahap ‘Wali’…

AIDCNews – 22/3/14 – Pemilik twitter @Rasbima menempelak satu dakwaan yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah mencapai tahap ‘wali’ walaupun telah melakukan aktiviti liwat secara suka sama suka.
“Tahap wali ? Meliwat dengan rela ? Wali mana yang meliwat ?,” soalnya ketika mengulas @hafizzudinz yang merujuk kepada artikel blog negarapakatanrakyat yang mendakwa, “….Lagipun kita bercakap tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim – menurut sesetengah pendapat alim ulamak, satu orang manusia yang sudah mencapai tahap wali!! Beliau sekarang sedang dizalimi, jadi antara membela wali Tuhan ini dengan berselawat, mana lebih penting?
Blog negarapakatanrakyat itu juga turut mendakwa,”…Jadi Pakatan Rakyat menyerulah kepada semua orang Islam, jangan jadi bodoh dan fikir keutamaan yang lebih besar. Kita mahu menegakkan keadilan untuk Anwar, kita juga mahu Anwar tidak dipenjarakan kerana dakwaan palsu – meliwat Saiful Bukhari secara paksa.
“Anwar tidak meliwat Saiful secara paksa, tapi perbuatan itu adalah secara sukarela, seperti yang disahkan sendiri oleh Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.”
Kenyataan blog itu mendapat respon negatif daripada pemilik twitter yang lain.
“Anwar wali? Ha ha ha,” @tunfaisal
“Wali tahi kucing..!!!!, @my1stmarch
“Wali Allah mungkin tidak, wali setan mungkin ya,” @alimshahban
“Wali nikah pon silap haribulan tak lepas kalau perangai tak senonoh macam tu..” @cik_jah
Sementara itu, pemilik twitter @tok4haq pula meenghantar gambar perbandingan di antara Selawat Perdana dengan Reformasi 2.0.

Jumaat, 21 Mac 2014

Subky berharap pada Anwar

SUBKY LATIFF dalam tulisan terbarunya ada mengulas tentang Anwar Ibrahim yang kemungkinan besar masuk ke penjara buat kali ketiga. Kali pertama ialah semasa menjadi tahanan ISA selama dua tahun di Kamunting. Keduanya adalah di penjara Sungai Buloh selama enam tahun di atas kesalahan menyalah gunakan kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dan yang terbaru adalah kali ketiga setelah mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dalam kes liwat II.

Tulis Subky lagi, Anwar tidak pernah rasa takut untuk ke penjara buat kali ketiga kerana dia tidak bersalah dan telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri pilihan rakyat. Semasa di Sungai Buloh, menurut Subky, Anwar telah menghafal sebahagian besar isi kandungan Al Quran.
Subky Latiff

Kali ini sekiranya Anwar masuk penjara lagi dia bakal menjadi seorang hafiz!

Ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Hamka dikatakan telah menyiapkan Tafsir Al Azhar ketika di dalam penjara semasa pemerintahan Sukarno. Begitu juga di Mesir, Asy Syahid Syed Qutub mengarang Tafsir Fi Zilalil Quran di dalam penjara semasa Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser.

Apakah Anwar sekiranya dipenjarakan buat kali ketiga akan menjadi seorang hafiz Quran atau dapat menghasilkan karya agung seperti Hamka dan Syed Qutub ?

Sehingga sekarang Anwar belum menghasilkan apa-apa buku hasil karyanya sendiri melainkan "The Asian Renaissance" pada 1996 ketika dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Buku tersebut adalah hasil koleksi ucapannya.

Seperti harapan Subky sekiranya Anwar berehat di penjara lagi dia bakal menjadi seorang hafiz ! Tetapi bagi orang seperti saya - cuma mengharapkan Anwar sekurang-kurangnya dapat menghasilkan sebuah memoir seumpama, "A Doctor In The House" karya Tun Dr Mahathir Mohamad yang tebalnya 800 halaman.

Karya Anwar itu tidak perlulah sampai 800 halaman. Memadailah ia separuh dari buku Dr Mahathir itu. Paling tidak Anwar perlu menjawab secara terperinci segala tuduhan Dr Mahathir terhadapnya dalam buku itu.

Tidak payahlah seret rakyat buat reformasi atau berguling-guling di atas jalan. Atau berniat mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan keganasan dan demonstrasi jalanan. Rakyat sudah letih.

Sayugia hingga sekarang Anwar tidak pernah mencabar kesahihan semua tuduhan terhadapnya oleh Dr Mahathir dalam buku itu di mahkamah.

Lalat singgah di muka Obama semasa berucap di White House..



Komen: Hahaha...wakaka...