TIMBALAN Presiden PKR, Azmin Ali semasa berkempen PRK Dun Kajang dengan nada angkuh dan sombong mahu melihat calon BN Chew Mei Fun hilang wang deposit kalah ditangan calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Azmin mahu pengundi Kajang beri signal pada kerajaan BN dan Najib yang Pakatan pembangkang sudah bersedia mengambil alih Putrajaya.
Namun keputusan PRK Dun Kajang hari ini telah memberi tamparan hebat pada Azmin. Walaupun PKR melalui Dr Wan Azizah berjaya mengekalkan kerusi tersebut namun dengan jumlah undi yang merosot berbanding jumlah yang diperolehi pada PRU13 lalu.
Dr Wan Azizah memperolehi undi sebanyak 16,741. Mei Fun mendapat undi 11,362. Majoriti 5,379. Sedangkan pada PRU13 lalu calon PKR dapat majoriti lebih 6,000 undi.
Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR, ahli parlimen dan Adun. Dia bukan budak tampal poster atau ahli pemuda cawangan ! Dia juga bukan budak panjat pokok pasang bendera PKR semasa pilihan raya.
Segala ucapan dan kenyataannya akan dinilai dan diberi perhatian semua orang. Dan semua orang tahu dia ada angan-angan Mat Jenin nak jadi menteri besar Selangor. Projek Kajang Move ini pun pasal dia juga. Kononnya Anwar Ibrahim mahu menyelesaikan masalahnya dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kini jelas Kajang Move adalah sesuatu yang sia-sia, membazir dan tidak perlu. Apa yang PKR dapat melalui PRK Kajang ini ? Anwar boleh jadi Perdana Menteri ? PKR akan menuju ke Putrajaya ? Semua itu adalah angan-angan Mat Jenin dan ibarat orang mimpi di siang hari.
Sebaliknya kerajaan BN berjalan seperti biasa dan tidak terjejas hatta seinci sekali pun. BN dengan semangat demokrasi menerima penuh keputusan para pengundi di Kajang.
Bukan seperti pihak sebelah sana yang hanya boleh menerima keputusan bila ianya berpihak pada mereka. Walaupun Azmin berhasrat mahu lihat calon BN hilang wang deposit tetapi ia tidak berlaku. Barangkali sembahyang hajat Azmin itu telah tidak dimakbulkan.
Cuma harap dengan keputusan PRK Kajang ini yang memberi keputusan merosot pada PKR dan calon BN tidak hilang wang depositnya, Azmin tidak akan mengambil sebarang tindakan budak-budak seperti berdemonstrasi di depan bangunan parlimen atau Istana Negara dengan berguling-guling di atas jalan raya.
Azmin kena ingat dia adalah Timbalan Presiden PKR dan bukan budak panjat pokok !

Azmin Ali bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan