Tidak pernah ada Perdana Menteri Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Dr Mahathir, Abdullah Badawi sehingga Najib Razak - seorang PM bercakap bodoh seperti PM sekarang yang mengaku dirinya "Pendekar Bugis".
Dahulu dia mengakui dia adalah pahlawan Bugis. Sehari dua ini semakin dekat Pru14, dia sebut pula dia sebagai pendekar!
Adoi lah... tak payah sebutlah pahlawan atau pendekar Bugis. Semua itu tidak memberi kesan apa-apa pada negara dan rakyat.
Yang perlu adalah usaha dan tindakannya membela nasib rakyat dan paling utama memulihkan imej negara dan maruahnya sebagai pemimpin.
Tak guna sebagai pendekar sekiranya tidak berani bertindak terhadap Jho Low yang telah merosakkan nama negara kerana skandal 1MDB. Bukan sahaja negara malah nama Umno turut terpalit.
Cakap-cakap bodohnya terlalu banyak sekiranya hendak disenaraikan. Rasanya malas nak sebut satu persatu.
Salah satunya yang terbaru adalah janjinya pada para pesawah seluruh negara sekiranya mereka mengundi BN pada Pru14 ini dan BN berjaya mempertahankan Putrajaya - malam itu juga dia mahu menaikkan bantuan khas para pesawah!
Nampak sangat dia dah tersepit dan mengharapkan undi daripada para pesawah. Kenapa mahu tunggu selepas BN diistiharkan menang ?
Betullah seperti tuduhan Dr Mahathir, dia ini suka menaburkan wang untuk mendapat sokongan - Cash Is King.
Memang betul juga seperti kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz, pemimpin yang mengaku pendekar Bugis ini telah mencemar nama baik seluruh keturunan Bugis.
Isu derma 2.6 billion, 1MDB, dan ketelusan pengurusan dalam Felda, MARA dan Tabung Haji telah meletakkan kerajaan dibawah paras defisit.
Lagi pula gelaran pendekar Bugis itu kelihatan seperti kebudak-budakan dan bodoh kerana pendekar itu tidak sanggup bersemuka dan berdebat dengan pemimpin tua berusia 93 tahun.
Semakin banyak dia bercakap semakin nampak kurang cerdiknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan