Jumaat, 26 September 2014

Anwar : Terima Kasih Daun Keladi

PARTI Isle Pas pih puh kalah dalam PRK Pengkalan Kubor. Calon BN telah menang dengan majoriti yang meningkat sebanyak 2,635 undi. Pada PRU 13 lalu majoriti calon BN adalah 1,736 undi. Ertinya, undi dan sokongan terhadap BN telah bertambah dan meningkat kali ini.

Biasa lah sebagai parti Isle bila masa ia beroleh kemenangan ia akan berkata ini adalah kemenangan Isle dan pertolongan dari langit dan bla, bla, bla...  Tetapi bila ia kalah ada lah banyak alasan tidak munasabah dan bodoh diberikan oleh para ostat dan pemimpin parti.

Antara alasan bodoh dan tidak boleh dipakai adalah; hari mengundi jatuh pada hari bekerja, ramai tidak balik mengundi dan sebagainya.

Tidak pula diambil kira disaat terakhir sebelum hari mengundi para tok guru parti Isle telah mengadakan sembahyang hajat berdoa memohon kemenangan. Dan juga telah mengadakan ceramah perdana mengeluarkan berbagai 'fatwa' atas nama Isle terhadap parti Umno dan BN.

Tuhan Maha Kaya dan lebih Berkuasa. DIA telah pun memberikan petunjuk dan jawaban terhadap semua doa-doa para pemimpin parti Isle Pas pih puh.

Seterusnya adakah parti Isle ini akan terus berada dalam kegelapan atau mendapat sedikit petunjuk dan pencerahan dalam perjuangan politik Isle - Pas itu Isle dan Isle itu Pas ? Atau Pas akan kembali ke jalan politik Islam yang sebenar. Bukan lagi politik Isle seperti sekarang ?

Semuanya bergantung pada para pemimpin dan ahlinya yang kini berada dalam keadaan menunggu retak. Bahkan bukan lagi retak tetapi dah menunggu pecah dan karam.

Tidak lupa juga ucapan tahniah dan jutaan terima kasih tidak terhingga pada pemimpin Anugerah Tuhan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencipta Langkah Kajang yang terbukti sudah jadi sate kajang.

Kerana Langkah Kajang lah telah mendedahkan banyak keaiban pada Pakatan Rakyat, khasnya parti Pas. Dalam konteks Pas, ia telah mendedahkan bahawa parti itu berpecah pada dua golongan. Satu golongan yang menolak Anwar dan satu lagi memuja Anwar.

Dalam konteks Pakatan pula siasah Pas yang berlapikkan tahaluf siyasi telah bertukar menjadi bahlol siyasi.

Kepada Anwar, terima kasih sekali lagi di atas Langkah Kajang. Terima kasih daun keladi. Lain kali buat lah lagi !!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan