Ahad, 3 Februari 2013

Nik Aziz : Kewibawaannya dipertikai

ORANG melayu di negara ini perlu menilai kembali ketokohan Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar, Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam konteks politik parti dan kepimpinan. Nik Aziz telah berjaya meletakkan dirinya di kalangan pengikutnya seolah beliau adalah 'ulama besar' dan bertaraf wali.

Nik Aziz dan Karpal Singh
Setiap 'fatwa'nya adalah benar dan tidak boleh dipertikaikan sesiapa lebih-lebih lagi dalam partinya. Sesiapa yang cuba melangkahnya atau berbeza pandangan dengannya akan dianggap sebagai tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Yang betul dan benar hanyalah apa yang keluar dari mulutnya.

Sedangkan pada ketika tertentu sikap dan pendiriannya dalam banyak isu boleh menimbulkan persoalan dan keraguan. Kenyataan yang pernah disuarakannya seperti Tuhan mencarut dan Tuhan samseng sedikit masa dahulu seperti tidak memberi kesan apa-apa pada ahli Pas. Nik Aziz juga pernah berkata, Pas bersedia menerima bantuan dari sesiapa saja termasuk dari syaitan bagi memenangi pilihan raya.

Kesemua kenyataan itu tidak dianggap salah oleh pengikut Pas. Tetapi bila Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis dalam blognya dengan menggunakan ayat, 'Better the devil you know than the angel you don't', ia seperti mahu kiamat dengan menuduh mantan PM itu berbagai tuduhan dan hukuman. Yang sebenarnya ayat Inggeris yang digunakan Dr. Mahathir itu tidak fahami atau Pas sengaja tidak mahu  faham maksudnya yang sebenar.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah. Bila Lim Guan Eng mengesa kerajaan membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu, Nik Aziz adalah diantara orang pertama yang menyokongnya. Dalam isu ini Nik Aziz memberi berbagai hujah dan alasannya.

Namun tidak sampai beberapa hari, Nik Aziz telah membuat pusingan U dari pendirian asalnya yang menyokong pada tidak membenarkan kalimah itu digunakan pula oleh bukan Islam. Keputusan Nik Aziz itu selepas Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan menolak cadangan Lim Guan Eng.

Sehingga sekarang isu ini belum selesai dan jelas dalam konteks pendirian Pakatan Rakyat. PKR dan DAP tetap berpegang pada pendirian Pakatan itu dalam mesyuarat tertingginya pada 8 Januari lalu yang telah membuat keputusan bahawa orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ertinya, pendirian Pakatan Rakyat dengan pendirian Majlis Syura adalah bertentangan.

Isunya Nik Aziz boleh berubah-ubah pendiriannya semata-mata demi kepentingan politik. Dan yang lebih tidak boleh diterima dia dengan mudah boleh menuduh Umno sebagai tidak Islam dan sebagainya.  Lebih berat dia berkata undi Pas boleh pahala dan kalau undi Umno, orang itu akan dipersoal di akhirat kelak.

Yang terbaru dia mengatakan menteri yang menyekat royalti minyak negeri Kelantan akan masuk neraka. Sekiranya diteliti sikap Nik Aziz ini memang dia adalah seorang yang ekstrim dan melampau. Sikap ini tidak sesuai dengan tarafnya sebagai ulama atau tok guru. Nampak jelas dia seorang yang banyak dipengaruhi emosi dan berdendam.

Lihat dalam kes Nasharudin Mat Isa, bekas ahli Majlis Syura yang dipecat. Nik Aziz telah menggunakan perkataan seperti murtad, cerai, lidah bercabang dan sebagainya sebagai kiasan terhadap Nasharudin. Semua ini menggambarkan kemarahan dan perasaannya.  Apakah ini tutur kata seorang alim yang bertaraf ulama dan tok guru ?

Yang sedihnya para pengikut Pas menerima sahaja tanpa banyak soal. Ini kerana mereka telah dipengaruhi penyakit 3T iaitu; Taksub, Taklik dan Tak de otak.

Memang diakui dia seorang tok guru. Tetapi ilmunya itu telah digunakan untuk kepentingan politik parti yang mahu berkuasa dalam pilihan raya. Sekiranya kita mahu menilai Nik Aziz, kita perlu melihatnya dalam konteks politik bukan agama. Pandangannya bahawa sambutan maulud Nabi adalah berasal dari ajaran Kristian dan Nabi Muhammad S.A.W adalah sama seperti mamat-mamat di kampung, memerlukan kita menilai semula tokoh ulama ini.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan