JURULATIH Lions XII, V.Sundramoorthy resah dengan kedudukan pasukannya yang kini berada di tangga ke tujuh Liga Super.
Dari lima perlawanan dengan menang dua, seri satu dan kalah dua di tempat sendiri tidaklah memberi gambaran sebenar kekuatan Lions yang dibarisi pemain-pemain kebangsaan.
Kekalahan pada Kelantan 2-1 dan Trengganu 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura sedikit tercalar imejnya sebagai sebuah pasukan yang sukar ditewaskan digelanggang sendiri, lebih-lebih lagi dengan pasukan negeri dalam Liga.
Dalam sejarah penglibatan pasukan Singa itu dalam Liga Malaysia ia adalah sebuah pasukan yang sukar ditumpaskan; apa lagi dengan sorakan "Kallang roar" di Stadium Nasional yang boleh dibanjiri penonton sehingga 80,000.
Tetapi kini sorakan "Kallang" sudah tiada kerana stadium tersebut masih dalam proses perubahan. Mereka sekarang menggunakan Stadium Jalan Besar yang hanya mampu menampung para penonton sekitar tujuh hingga lapan ribu orang sahaja.
Pada Rabu ini Lions XII akan turun menentang Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Ini adalah perlawanan penting bagi kedua pasukan. Selangor yang berada ditangga kelima mempunyai rekod pertemuan kurang memberansangkan bila bertemu dengan pasukan Singa itu.
Sejak akhir-akhir ini pertemuan kedua pasukan ini lebih memihak pada pasukan Singapura. Irfan Bakti sebagai jurulatih baru Selangor tentu berazam mengubah rekod perlawanan dengan mencapai kemenangan Rabu ini.
Bagi V.Sundramoorthy pula pasukannya tidak boleh menerima kekalahan lagi kerana ini akan menyukarkan lagi kedudukan mereka di tangga Liga. Lions XII pasti akan turun "all out" bagi menewaskan Selangor dan membaiki kedudukannya yang sedikit ke bawah Liga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan