Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa dia tidak pernah mencampuri urusan suaminya Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Tugasnya hanyalah mengurus keluarga dan rumahtangga. Rosmah menafikan sekerasnya dia banyak mencampuri dan kontrol suaminya dalam urusan pentadbiran negara.
Dia rasa kesal di atas semua tuduhan fitnah terhadapnya di laman sosial dan menganggap semua tuduhan tersebut tidak benar.
Dalam sejarah negara inilah julung kali isteri PM terpaksa membuat kenyataan terbuka bagi membela dirinya dari segala tuduhan dan persepsi negatif orang ramai.
Sebelum ini ia tidak pernah berlaku sejak dari Tunku Abdul Rahman sebagai PM sehingga ke zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Para isteri PM terdahulu tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi isteri Najib Razak.
Mereka semua tidak begitu menonjol dikhalayak ramai dan sentiasa berada dalam suasana low profile.
Namun ini tidak berlaku ketika di zaman Najib. Rosmah lebih menonjol dan menarik perhatian ramai.
Apakah Rosmah lebih pintar dan lincah dari isteri-isteri PM yang terdahulu? Lebih banyak mendapat publisiti dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai persepsi?
Ada pandangan menyatakan Rosmah adakala menjadikan dirinya sebagai liabiliti pada parti dan kerajaan. Apakah itu benar?
Jawaban ini hanya dapat dijawab oleh para cyber trooper kerajaan dan pendokongnya.
Tetapi kenapa Rosmah ? Kenapa tidak pada Syarifah Rodziah, Toh Puan Rahah, Tun Suhailah, Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Jane Abdullah ?
Ternyata mereka semua diterima baik khalayak ramai dan terhindar dari segala kontroversi.
Sekali lagi kenapa Rosmah Mansor???

Tiada ulasan:
Catat Ulasan