Datuk Seri Najib Razak seringkali memuji dan mengangkat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai contoh pemimpin Umno yang setia pada parti.
Tun Abdullah telah pun bersara dari politik dan beliau tidak lagi aktif bersuara atau pun memberi sebarang pandangan mengenai politik semasa negara.
Semua orang pun tahu apa reaksi dan komen Tun Abdullah atau Pak Lah bila pihak media bertanyakan soalan padanya mengenai isu semasa. Kadang-kadang pihak media tanya soalan lain jawabannya pun lain.
Berbeza dengan beberapa pemimpin veteran yang lain seperti Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rais Yatim. Mereka bertiga mempunyai fikiran yang kritikal dan hujah yang bernas dalam memberi komen dan ulasan.
Najib sendiri suatu masa pernah berkata dia lebih menghargai ahli parti yang kurang cerdik tapi setia pada parti daripada ahli yang cerdik tapi tidak setia.
Nampaknya itulah yang berlaku dalam parti Umno sekarang ini. Mereka yang cerdik seperti Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz telah pun keluar dari parti.
Dan yang terbaru, Daim, Rafidah dan Rais yang bersikap kritikal pada parti juga akan keluar dari parti.
Dalam konteks maksud ucapan Najib tadi ia telah benar berlaku. Najib tidak perlu mereka yang cerdik tapi tidak setia. Dia mahu mereka yang kurang cerdik tapi setia.
Namun maksud setia bagi mereka yang telah keluar parti mungkin kesetiaan mereka adalah pada parti bukan pada individu.
Justeru itu seperti kata Dr Mahathir, Umno pimpinan Najib sekarang bukan lagi Umno yang asal tetapi adalah parti Najib!!
Dalam ertikata lain, Umno hari ini adalah Umno untuk mempertahankan Najib.
Sikap Najib memuji Pak Lah sebagai pemimpin contoh dan teladan tidak memberi sebarang impak dan kesan.
Kerana sebahagian besar rakyat dapat menilai dan mampu membuat perbandingan kualiti ketokohan pemimpin seperti Pak Lah dengan tokoh-tokoh seperti Daim, Rafidah dan Rais.
Apa lagi mahu dibuat perbandingan dengan ketokohan Dr Mahathir yang boleh diibaratkan seperti langit dan bumi.

Pak Lah dan Najib |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan